Setiap ujian yang Allah berikan tak sama buat kita. Ada diuji dengan susah nak dapat anak, anak sakit, atau kehilangan orang tersayang yang sebelum ini memberi keceriaan pada seluruh ahli keluarga.
Bagaimanapun tak semua ujian itu mampu dilalui jika tiada sokongan dari seluruh ahli keluarga. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Wanie Honey di facebooknya, dia dan suami diuji dengan pemergian dua anak syurga.
Walaupun sebelum ini dah nampak sinar kegembiraan tetapi perancangan Allah lebih dari segalanya setelah Allah ambil dulu anak-anaknya.
Buat pengetahuan semua, ini ada lah kehilangan anak syurga kami buat kali yang ke-. Arwah anak saya yang sulung sejak dia dilahirkan, diuji dengan sakit dan tiba waktunya arwah anak saya pulang juga ke pangkuan ilahi pada penghujung tahun lepas dalam usianya mencecah 2 tahun 9 bulan.
Disahkan hamil sekali lagi
Dengan kuasa Allah, saya disahkan pregnant setelah 6 bulan pemergian arwah anak yang sulung. Syukur yang tidak terhingga pada saat itu, kerana Allah menggantikan sesuatu kepada saya dan suami di atas kehilangan satu-satunya zuriat yang pernah hadir dahulu menceriakan hiddp kami suami isteri.
Arwah anak yang sulung dahulu, masa dia dilahirkan normal seperti anak-anak yang lain, tapi bila umurnya mencecah 4 bulan anak saya mulai sakit, demam on off dan beberapa minggu selepas itu doktor mengesahkan anak saya di diagnosis satu penyakit yang dinamakan ” TYROSENIMIA TYPE 1″.. Sejenis penyakit yang tidak boleh menerima dan memproses sumber bahan dari protein, lantas menjadi racun yang terkumpul dalam badan.
Penyakit ini ada penyakit yang rare, kerana sangat jarang ada di dunia ini, dan anak saya adalah diantara bawah 10 kanak-kanak di MALAYSIA sahaja yang menghidap penyakit ini. Dan penyakit ini amat sukar dijumpai penawarnya sehingga saat ini, dan ia adalah satu-satunya penyakit hati yang sangat kronik dan boleh memudaratkan kehidupan anak-anak ini.
Disebabkan penyakit ini juga, agak merisaukan saya dan suami kerana bimbang kandungan yang akan datang menerima nasib yang sama walaupun kadar peratus penyakit ini hanya 25% akan berulang kembali kepada kandungan yang seterusnya dan dari keturunan saya atau suami saya tiada siapa yang mewarisi penyakit ini, dan kami juga tiada pertalian persaudaraan, kerana dari hasil kajian doktor, penyakit ini memungkinkan ia berlaku disebabkan dari keturunan.
Bila diri disahkan pregnant, saya dinasihatkan oleh doktor pakar bahagian genetik untuk melalui 1 lagi ujian iaitu AMNIOSINTESIS ( pengambilan sedikit air ketuban ) bagi memastikan anak yang dikandungkan ini, melepasi penyakit yang sama seperti arwah abangnya. Semua dokumen telah diuruskan oleh doktor pakar bahagian genetik HKL kepada doktor di PPUM untuk urusan pengambilan air ketuban. Setelah di ambil keputusan results mengambil masa selama 3 minggu untuk mendapatkan hasilnya adakah ia bebas dari penyakit yang sama atau sebaliknya. Waktu ini saya tak pernah putus berdoa kepada Allah moga rezeki berpihak kepada kami.
Doktor beri pilihan terus atau gugurkan kandungan
1/10/2019
Masa yang ditunggu sudah tiba, results akhirnya sudah berada di tangan doktor pakar HKL, berdebar untuk mengetahui keputusannya, setelah doktor menerangkan, terus berjuraian air mata kami suami isteri dan perasaan sedih yg teramat dan tidak dapat di bendung lagi saat itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilu dan sedihnya hati saat itu kerana mendapat tahu khabar berita bahawa anak yang di kandung juga mewarisi penyakit yang sama seperti arwah abang nya 😭 Doktor memberi pilihan sama ada mahu teruskan / tidak, sekiranya di teruskan juga saya dan suami akan melalui lagi apa yang pernah arwah abangnya lalui satu masa dulu, betapa seksanya kehidupan dia, yang mungkin kita ini kalau berada ditempatnya pun tidak mampu menanggung kesakitan yang dia sendiri lalui 😭
Seharian dlm perjalanan pulang air mata tak berhenti mengalir mengenangkan nasib anak yang dikandungkan ini, saya dan suami diuji lagi oleh Allah. Diikutkan hati ini saya memang tak sanggup nak gugurkan kandungan ini, anak saya masih hidup di dalam kandungan saya, sehari sebelum tuhh, pertama kali saya dengar degupan jantungnya, keesokkan harinya saya dapat perkhabaran tidak gembira 😭 Allahuakhbar sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepada kami suami isteri..
Akhirnya saya dan suami berbincang untuk tidak meneruskan kandungan ini, hati saya sedih dan tak sanggup sebenarnya, tapi suami berkata dengan saya bukan rezeki kita untuk kali ini, kenangkan laa anak ini bila dia dilahirkan nanti, sanggupkah kita tengok penderitaan dia seperti mana arwah abang dia pernah lalui .. Saya akur dengan kata-kata suami saya, saya terpaksa melepaskan zuriat ini pergi walau dalam keadaan hati saya yang terpaksa .. Allah kuat kan laa aku 😭
2/10/2019
Sy dimasukkan ke Hospital HTJS Seremban, doktor telah menerangkan proses untuk terminatedkan kandungan, saya diinduce keesokkan harinya, suami sentiasa ada di sisi memberikan kekuatan dan semangat buat saya, sungguh saya perlukan seseorang pada saat ini.
Harap Allah hadirkan lagi zuriat dalam rahim
5/10/2019
Alhamdulillah, Hari ke-3 anak saya lahir dengan amat mudah, dan saya melalui sakit pun tak lama saat itu. Allah permudahkan urusan saya saat itu. Nurse memberikan saya melihat zuriat yang saya kandung selama 4 bulan 6 hari, Allahu 😭 Sudah cukup sifat anak yang dikandung selama ini. Hati menangis tanpa tak sedar air mata jatuh sekali lagii 😭
Suami saya menguruskan segalanya urusan arwah anak saya, dan waktu itu saya masih lagi berada dihospital, setelah segala selesai petang itu saya dibenarkan pulang. Ramai saudara mara yang datang ziarah dan memberi ucapan takziah buat kami suami isteri .. Tiada apa yang dapat dikatakan lagi, hanya satu pengharapan moga ada lagi rezeki buat kami suami isteri selepas ini. Bukan mudah sebenarnya mengharungi ujian ini, hanya hati yang kental dan kuat sahaja dapat melepasi ujian dari Allah ini.
Mohon doa kan saya ibu-ibu semua, semoga saya terus kuat mengharungi setiap ujian dan dugaan yang Allah turunkan kepada kami suami isteri. Dan semoga ada rezeki kami lagi selepas ini untuk mempunyai zuriat dan anak-anak yang sihat seperti orang lain.
Sumber: Waniey Honey