Ada sesetengah orang terpaksa keluar ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan. Mungkin perlu keluar bekerja atau mencari barangan keperluan buat keluarga. Dalam keadaan sekarang, sangatlah berisiko untuk berada di luar rumah.
Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi zikir ringkas yang boleh diamalkan untuk memohon perlindungan dari bahaya ketika berada di luar rumah.
ZIKIR MUDAH, AMALKAN UNTUK KESELAMATAN
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Ads
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
❤️ Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
✅ Bahaya dan malapetaka.
✅ Keracunan makanan.
Ads
✅ Sihir dan santau.
✅ Gangguan makhluk halus.
✅ Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Ads
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.
#KAB
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan.
Semoga dengan perkongsian Ustaz Khairul Anuar ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Perbanyakkan bacaan zikir untuk melindungi diri anda dari segala kesulitan sekiranya keadaan memerlukan anda keluar rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bayangkan, percutian impian bertukar trauma. anak pengsan di atas Salji. Perkongsian seorang ibu, Syira Charms, di Facebook begitu meruntun jiwa apabila anak tersayang mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti di salji semasa bercuti di Switzerland.
Inilah yang dilaluinya oleh ibu ini. Ada hari-hari tertentu dalam hidup seorang ibu hati rasa digenggam kuat sampai nafas sendiri pun terasa berat. Lama dia pendam, lama dia cuba kuatkan hati sebelum berani nak buka cerita sebenar.
Hari ini, selepas berbulan-bulan, barulah seorang ibu bernama Syira Charms ada kekuatan menceritakan semula detik hitam yang hampir meragut nyawa anaknya ketika bercuti di Switzerland pada bulan Jun lalu.
Ikuti perkongsian ibu ini penuh dengan luahan hati. Semoga ia menjadi pengajaran buat semua.
Bayangkan percutian impian bertukar jadi detik paling menakutkan untuk seorang ibu di Switzerland. Anak pengsan selepas terpelanting atas lantai salji keras dan hanya helikopter yang boleh selamatkan!
Hari ini barulah mommy ada kekuatan utk berkongsi kisah trauma kami di Switzerland pada Jun yg lepas.
Hari yang cerah 7 Jun 2025, kegembiraan anak-anak menyambut rancangan ke Jungfrau, Top of Europe, sangat terasa seawal jam 6.30 pagi. Mereka begitu teruja untuk bermain salji dan snowtube, aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh semua anak. Kami menggunakan Swiss Pass untuk bergerak ke stesen kereta api menuju Jungfrau, tiba di sana pada jam 1 tengah hari. Sebelum meneruskan perjalanan ke puncak, anak-anak meminta untuk menikmati snowtube terlebih dahulu.
Setibanya di kawasan snowtubing, salji renyai-renyai turun seakan menyambut kehadiran kami. Suasana nyaman, angin tidak terlalu kuat dan kami sekeluarga selesa bermain salji. Si kecil, Ahmed, ketawa tak berhenti sambil memegang salji. Kami membeli tiket masuk ke park dan setiap orang diberi masa setengah jam untuk bermain. Namun, kami perhatikan tidak ada pekerja di bahagian bawah slide, hanya pekerja di bahagian tiket dan pemberi tube sahaja. Tiada arahan jelas untuk giliran turun, jadi kami turun bersama lima orang sekaligus. Semuanya berjalan lancar ketika itu.
Pada cubaan kedua, kelajuan tube berbeza. Mommy, Safiyah, daddy dan Ahmed sampai ke bawah lebih awal. Fayyadh, Hannah dan Aisyah tertinggal di tengah. Kejadian tragis berlaku apabila tube Fayyadh bertembung dengan tube mommy dan Safiyah. Tube
Fayyadh meluncur laju dan slide agak curam, menyebabkan Fayyadh tercampak keluar daripada tube, terus jatuh di atas lantai salji yg keras, kepala sblh kanannya terhentak ke lantai dan terus pengsan. Fayyadh ketika itu sedang merakam suasana menggunakan telefon mommy. Safiyah, Hannah dan Aisyah pun terpelanting juga. Tu dengar anak yg menangis kat situ. Paling mommy syukur, Ahmed terselamat
Dua pelancong Korea yang baru turun segera membantu membawa Fayyadh ke sisi. Mommy memeriksa Fayyadh, menepuk mukanya dalam keadaan cemas, @nik gerila non stop panggil Fayyadh. Pekerja di atas turun membawa walkie talkie lebih kurang 10 minit kemudian. Fayyadh mulai sedar, mengerang kesakitan, dan menyatakan dia merasa gelap seketika, kemungkinan akibat pengsan. Kepala Fayyadh bengkak di sebelah kanan. Mereka segera membawanya ke pondok tiket kecil untuk menunggu pasukan kecemasan.
Pihak snowtubing menganggap kecederaan kepala Fayyadh adalah serius. Mereka letakkan ais di kepala Fayyadh dan bertanya keadaannya berulang kali. Setelah mendapat arahan, mereka perlu membawa Fayyadh ke bilik medical service sekitar 10 minit dari situ untuk pemeriksaan lanjut. Mommy terpaksa berpisah seketika daripada suami dan anak-anak lain bagi menemani Fayyadh ke pemeriksaan perubatan. Medical officer bertindak cekap. Beliau segera menyatakan Fayyadh perlu dibawa ke Hospital Kanak-kanak di Bern melalui helikopter kerana hospital di Interlaken adalah utk org dewasa.. Mommy sangat risau melihat bengkak di kepala Fayyadh walaupun sudah sedikit surut. Mommy bersedia naik train dua jam ke Bern, namun medical officer menegaskan helikopter sedang dalam perjalanan. Hati mommy berdebar. Demi keselamatan anak, mommy gagahkan diri menaiki helikopter bersama seorang doktor kanak-kanak, juruterbang dan pembantu.
Perjalanan mengambil 30 minit ke Inselspital Bern. Setibanya di sana, Fayyadh dikendalikan pantas di jabatan kecemasan. Pilot dan pembantu malah membantu urusan pendaftaran Fayyadh. Selepas 30 minit, Fayyadh mendapat wad dan dipantau setiap setengah jam oleh jururawat dan doktor selama 4 jam untuk memastikan tiada tanda-tanda komplikasi serius seperti muntah atau sakit kepala teruk.
Mommy sendiri berjalan mencari kedai halal untuk bungkus makanan. Suami dan anak-anak yang lain terpaksa kembali ke Interlaken menyebabkan mommy dan Fayyadh berdua sahaja di Bern. Fokus mommy hanya kepada kesihatan anak, tidak memikirkan diri sendiri atau hal lain.
Setelah doctor membuat pemeriksaan menyeluruh, Fayyadh dibenarkan balik. Mommy sangat bersyukur. Pesanan doktor agar terus pantau Fayyadh untuk 48 jam seterusnya. Jam 8 malam, mommy dan Fayyadh menaiki bas ke Bern Train Station untuk pulang ke Interlaken.
Banyak pengajaran dikutip dari insiden ini, keselamatan semasa bermain, pentingnya pengurusan kritikal, dan rasa syukur atas sokongan padu pihak Jungfrau dan orang ramai. Tidak terucap rasa terima kasih mommy dan keluarga kepada mereka yang membantu sepenuhnya.
✔ Keselamatan di kawasan permainan bukit/salji mesti diambil serius
✔ Jangan anggap semua park di luar negara selamat 100%
✔ Pengurusan krisis sangat penting
✔ Insurans perjalanan bukan pilihan ia wajib
✔ Sentiasa peka, walaupun momen itu nampak menyeronokkan
Tahniah diucapkan buat penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora yang mengumumkan kini dirinya hamil anak kedua.
Perkhabaran gembira itu turut diumumkan sendiri oleh Lesti dan suaminya, Rizky Billar dalam satu majlis yang disiarkan oleh televisyen Indonesia baru-baru ini.
Lesti kini difahamkan sedang hamil 12 minggu iaitu kira-kira tiga bulan.
“Kita ada satu perkara istimewa yang ingin disampaikan untuk saudara Leslar Lovers,” ujar Lesti.
Lesti awalnya membuat kejutan buat suami dengan menghadiahkan seutas jam tangan disertakan dengan kotak berisi alat ujian kehamilan.
“Kamu hamil? Dapat tahu dari mana? Sejak bila?
“Ini berita paling Bahagia yang sudah lama kita nantikan ternyata saya dapat hadiah ini.
“Ya Allah, semoga kehamilan kali ini berjalan lancar, bayinya sihat. Terima kasih,” kata Rizky Billar.
Khabarnya Lesti sengaja menyimpan rahsia tersebut kerana mahu membuat kejutan sempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 19 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia dua tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Pempengaruh media sosial, Imran Aqil meluahkan rasa syukur dan terharunya kerana perjalanan impiannya untuk bergelar Ironman direstui oleh isterinya, Dahlia Rizal.
Imran yang dalam rangka menyertai Ironman 70.3 itu berkongsi luahan rasa kasih dan cinta menerusi Instagramnya.
Kata Imran lagi, dia mengakui keadaan Dahlia yang masih dalam proses pemulihan selepas baru melahirkan bayi sulung mereka empat bulan yang lalu.
Namun kata Imran dia amat kagum dengan Dahlia yang merestui malah menjadi penyokongnya untuk mengejar impian biarpun mendapat tentangan diawalnya.
“Jujur, perjalanan ini bukan mudah.
Bahagikan masa antara training, kerja, dan keluarga… sangat susah. Aku jujur, aku selfish bila register IRONMAN 70.3 tanpa bagitahu Dahlia. gaduh besar pernah berlaku hanya kerana kegagalan aku mengurus masa dengan baik.
Pressure is real. bila training tak cukup, aku risau tak mampu habiskan IRONMAN 70.3 dengan baik. Dalam masa yang sama, aku sedar aku makin kurang luangkan masa dengan keluarga.
“Anak sulung kami baru berusia 4 bulan, Dahlia pula masih dalam fasa pemulihan selepas pantang. Saat dia perlukan sokongan suami, aku pula sibuk kejar impian,” luahnya berkongsi.
Tambah Imran lagi, dia mengakui semua itu namun dia percaya bahawa semua ini adalah aturan terbaik dari Allah malah dia mencari solusi yang lebih baik buat dirinya dan isteri.
Imran juga meluahkan rasa syukur dan bahagianya malah berterima kasih kepada orang-orang sekeliling terutama keluarga yang sentiasa menyokong Dahlia dalam menguruskan anak pertama mereka, Yusra.
“Kalau nak jujur memang wrong timing.
Tapi Allah hadirkan jalan. Dengan komunikasi yang ikhlas, dengan keluarga dan mentua yang sanggup hulurkan tangan jaga Yusra, aku perlahan lahan dapat ruang untuk training.
Dan paling besar, sokongan Dahlia. Terima kasih sayang @dshazall kerana tetap ada, tetap memahami, tetap jaga Yusra dengan penuh kasih sayang, walaupun i kadang hilang dalam kerja dan training.
I love you. moga Allah angkat darjat you, kerana jadi isteri yang sabar, kuat, dan luar biasa. IRONMAN 70.3 adalah salah satu impian terbesar aku. Doakan semoga aku dapat habiskan dengan cemerlang,” tambahnya lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!