Terpaksa berpantang di rumah ibu bapanya kerana rumahnya kini sedang dalam proses renovasi, Ezzaty Abdullah berdepan dengan situasi lebih rumit apabila ibu dan ayahnya dilaporkan positif Covid-19.
Bimbang dengan keselamatan Ezatty dan anak-anak, kedua ibu bapanya memutuskan untuk keluar daripada rumah mereka dan menjalani kuarantin di rumah neneknya di Ampang.
Menurut pelakon drama KL Gangster Underworld ini, dia sememangnya berasa amat bersalah dengan situasi yang harus dilalui oleh kedua ibu bapanya itu.
“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. bersepah dan berhabuk. bising orang buat kerja lagi.
“kesian baby saya kalau berpantang di rumah. dengan tak ade dapur lagi. tak boleh masak.
“Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Parents saya dua-dua positif covid. Mula- mula mereka kuarantin di tingkat atas. tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah utk kuarantin di rumah arwah nenek saya di ampang sebab tak ade orang di sana.
“Sedih, serba salah, terkilan, semua ade. Parents saya pula yg terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri.,” tulisnya.
Dalam masa yang sama Ezzaty juga turut meminta warganet untuk mendoakan dia dan anak-anaknya supaya tidak dijangkiti virus Covid-19 dan turut mendoakan keluarganya yang dijangkiti virus itu cepat sembuh.
“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru 2 minggu. Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti covid ye. doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh.” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesihatan keluarga Ezzaty
Terdahulu Ezzaty telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Feb yang lalu.
Ads
Untuk rekod Ezzaty dan suaminya Azwan telah mendirikan rumah tangga mereka pada 16 Julai 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia 5 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Syukur alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Akhirnya pembedahan membuang cecair yang menyebabkan leher Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan yang membesar sebelum ini diharapkan tidak lagi menganggu aktiviti harian.
Menurut ibunya Nur Atekah, Icha (nama manja) selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuang cecair yang menyebabkan leher anaknya itu membesar pada petang Rabu.
“Keadaan Icha nampaknya stabil dan anak kesayangan kami tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana pernafasannya dalam keadaan baik.
“Icha mula dibedah 10 pagi dan selepas itu dia berada dalam keadaan baik namun masih separuh sedar dan batuk serta muntah-muntah kerana kesan bius.
“Sebaik sedar dia memanggil ‘ayah dan ibu’ serta mengadu sakit dan menangis minta dibuka tiub pada lehernya.
“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan serta menyumbang untuk Icha dan berkat doa ramai semuanya dipermudahkan,” katanya.
Sebelum ini Icha dikesan menghidap penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi ketika berusia 21 bulan.
Fokus kesihatan Icha
Berkongsi perkembangan terbaru Icha selepas dibedah, Icha kini dalam pemantauan rapi doktor dan fokus kami sekarang mahu Icha pulih sepenuhnya.
Katanya, dia bersyukur pembedahan itu berjalan lancar dan pasukan perubatan dapat membuang semua cecair di leher anaknya itu.
Sebelum ini media melaporkan, leher kiri Icha membesar dan mengandungi cecair atau air bisa dalam badan yang sepatutnya keluar melalui najis namun sebaliknya berkumpul di leher.
Seawal usia enam bulan bayi anda mungkin sudah ada yang tumbuh gigi. Selari dengan umur mereka yang kini sudah boleh diperkenalkan dengan makanan sebenar. Tapi ada juga sesetengah bayi yang sebaik sahaja dilahirkan sudah mempunyai gig, namun perkara itu jarang berlaku.
Setelah si kecil mempunyai gigi, pastinya rutin penjagaan gigi si kecil akan bermula. Bersama Dr. Ahmad Faizal Ismail, Penolong Professor Pergigian Kanak-kanak di Kuliah Pergigian UIAM dan Pakar Pergigian Kanak-kanak di Pusat Perubatan UIAM untuk mengulas lanjut mengenai pertumbuhan dan penjagaan gigi bayi.
Gigi desidus atau gigi susu adalah asset yang penting untuk bayi. Gigi susu adalah penting untuk fungsi pemakanan, pengunyahan dan juga estetik. Selain itu, gigi susu juga berfungsi mengekalkan ruang (space maintainer) untuk pertumbuhan gigi kekal kelak. Secara umumnya, jumlah gigi susu untuk seorang kanak-kanak adalah 20 batang. Ia terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring dan 8 batang gigi geraham. Gigi susu pertama akan mula tumbuh pada umur 6 bulan, iaitu gigi kacip bawah, diikuti gigi kacip atas. Gigi susu lain akan mula tumbuh mengikut umur bayi sehingga lengkap 20 gigi susu sekitar umur 3 tahun.
Gigi susu terbentuk semasa bayi masih di dalam kandungan ibu. Pada minggu ke 6 kehamilan, lamina germa gigi susu akan mula terbentuk. Proses pembentukan ini akan berterusan sehingga gigi susu tumbuh sepenuhnya pada umur 3 tahun. Amat penting untuk ibu mengandung mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil nutrien yang diperlukan seperti kalsium supaya pembentukan gigi bayi di dalam kandungan tidak terganggu. Jika terdapat gangguan sistemik seperti infeksi yang teruk, pengambilan alcohol, atau pengambilan sesetengah ubat oleh ibu mengandung, ia boleh menyebabkan gangguan terhadap pembentukan atau morfologi gigi bayi di dalam kandungan.
Penjagaan mulut dan gigi bayi amat penting kerana ianya bergantung sepenuhnya kepada ibubapa. Pemahaman ibubapa amat penting dalam memastikan gigi susu agar tidak rosak dan bayi mendapat penjagaan gigi yang sempurna.
Jika terdapat kerosakan atau karies pada gigi susu, ini boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi. Memandangkan bayi belum dapat berkomunikasi, bayi akan meragam dan mengelak untuk minum susu jika bayi sakit gigi. Jika karies pada gigi susu ini tidak dirawat, kuman pada gigi tersebut boleh merebak ke bahagian pipi dan muka, menyebabkan kebengkakan muka (facial cellulitis).
Gigi natal dan neonatal
Gigi susu pertama akan mula tumbuh apabila bayi berumur 6 bulan Namun terdapat juga bayi yang dilahirkan mempunyai gigi. Gigi natal adalah gigi yang telah tumbuh semasa bayi lahir, manakala gigi neonatal adalah gigi yang tumbuh dalam sebulan pertama kelahiran (Gambar 1). Gigi natal dan neonatal adalah gigi susu yang tumbuh secara awal dan pra-matang. Gigi natal dan neonatal amat jarang berlaku. Jika bayi mempunyai gigi natal atau neonatal, rujukan kepada pakar pergigian kanak-kanak dan pakar kanak-kanak adalah perlu. Ini bagi mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi yang menyusu. Pemeriksaan awal mulut bayi sejurus dilahirkan amat penting bagi memastikan rujukan awal dapat dilakukan.
Ciri-ciri gigi natal dan neonatal
Berbentuk kecil atau konikal
Merupakan gigi susu
Longgar dan mudah goyang
Akar gigi yang pendek dan tidak sempurna
Selalunya melekat pada gusi
Komplikasi gigi natal dan neonatal
Boleh menyebabkan ulser pada bahagian hujung atau bawah lidah bayi akibat bergesel dengan permukaan gigi yang tajam semasa menyusu. Keadaan ini disebut sebagai Sindrom Riga-Fede.
Bayi tertelan (aspiration) gigi natal dan neonatal. Jika gigi tersebut tersekat dalam saluran pernafasan, ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada paru-paru bayi (pneumonia).
Kecederaan pada puting ibu yang menyusu akibat terkena permukaan gigi bayi.
Sakit dan tidak selesa semasa bayi menyusu
Bayi menolak untuk menyusu.
Penjagaan gusi dan gigi bayi
Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, adalah digalakkan untuk ibubapa membersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain tuala yang lembut yang dililit pada jari. Ia boleh dilakukan setiap kali selepas menyusu atau semasa memandikan bayi. Selain itu, lidah bayi juga perlulah dibersihkan dari sisa-sisa susu yang melekat pada permukaan lidah.
Selepas lahir sehingga umur bayi 6 bulan
Sentiasa membersihkan gusi bayi selepas menyusu. Dukung bayi dengan sebelah lengan, manakala sebelah tangan lagi memegang kain tuala yang dilembapkan. Bersihkan gusi bayi secara perlahan-lahan.
Jangan biarkan bayi tidur sambil menyusu. Setelah bayi tidur, alihkan puting/botol susu dari mulut bayi bagi mengelakkan susu bertakung di dalam mulut.
Bayi akan mula gatal gusi (teething) pada umur 4-6 bulan. Gusi bayi ditempat gigi yang akan tumbuh mungkin kemerahan dan air liur akan meleleh dari mulut bayi (drooling).
Elakkan merasa puting botol susu dengan mulut ibu atau berkongsi sudu bayi dengan ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan pemindahan bakteria ke dalam mulut bayi.
Bayi berumur 6 bulan sehingga 12 bulan
Semasa fasa ini, bayi akan mula tumbuh gigi susu yang pertama.
Gusi bayi perlu sentiasa dibersihkan selepas makan atau menyusu.
Apabila gigi susu pertama telah tumbuh, mulakan memberus gigi bayi menggunakan berus gigi yang berbulu lembut (soft bristle atau silicon) tanpa ubat gigi
Apabila bayi mula minum menggunakan cawan dan makan makanan pejal (solid), ibubapa perlu mengurangkan penggunaan botol susu (wean off).
Galakkan bayi untuk minum menggunakan cawan. Pada umur 12 sehingga 14 bulan, bayi sudah mampu untuk minum menggunakan cawan dengan sendiri.
Apabila gigi susu atas telah tumbuh, amalkan pemeriksaan gigi bayi dirumah dengan mengangkat bibir atas bayi bagi memeriksa sebarang perubahan warna pada gigi (tompokan putih atau perang). Jika terdapat tanda-tanda ini, ia menunjukkan karies gigi peringkat awal dan dapatkan temujanji dengan doktor gigi.
Dapatkan pemeriksaan pergigian pada umur 1 tahun atau dalam masa 6 bulan selepas gigi susu pertamanya tumbuh.
Elakkan berkongsi sudu bayi dengan ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan pemindahan bakteria ke dalam mulut bayi.
Tanda-tanda bayi gatal gusi (teething)
Air liur meleleh.
Gusi sedikit kemerahan dan sensitif.
Bayi suka menggigit dan memasukkan jari/objek ke dalam mulut.
Bonjolan gusi yang menampakkan sedikit gigi susu yang sedang tumbuh.
Menangis dan meragam. Ini kerana bagi kebanyakan bayi, keradangan gusi menyebabkan bayi tidak selesa.
Sesetengah bayi mungkin mengalami demam apabila gatal gusi. Ini disebabkan oleh bayi memasukkan objek Bayi kurang selera makan atau mengelak untuk makan.
Bayi menarik telinga atau menggosok pipi. Ini disebabkan saraf yang menghubungkan gigi juga turut menghubungkan pipi dan telinga. Oleh itu, bayi boleh merasa ‘gatal’ di telinga atau pipi.
Tips untuk ibubapa jika bayi gatal gusi
Berikan buah yang sejuk dan dipotong kepada bayi. Buah yang sejuk boleh mengurangkan gatal disamping memperkenalkan makan pejal kepada bayi.
Gunakan jari atau kain tuala lembut yang dilembapkan untuk menggosok gusi bayi
Bersihkan air liur yang meleleh bagi mengelakkan keradangan pada pipi.
Berikan mainan gigit (teething rings) yang telah disejukkan. Elakkan meletak didalam peti sejukbeku (freezer) kerana mainan gigit yang keras akan melukakan gusi bayi.
Akademi Pediatrik Amerika (AAP) tidak menggalakkan menyapu gel anaestetik (bius) pada gusi kerana boleh menyebabkan bayi tertelan gel tersebut. Gel anaestetik mengandungi bahan ‘Lidocaine’ yang boleh memudaratkan bayi jika tertelan secara berlebihan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie yang selamat bergelar ibu dan bapa selepas kelahiran cahaya mata sulung mereka Sabtu lalu.
Sheryl yang kini bergelar ibu selemat melahirkan bayi perempuan seberat 2.89kg secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Baik Sheryl, kedua-dua mereka turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah itu malah bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah isteri telah selamat memlahirkan anak. Baru sahaja keluar bilik pembedahan. Isteri dan anak dalam keadaan sihat,” kongsinya.
Pengalaman paling berharga bagi Azzam pastinya dapat menamani isteri tercintanya saat berdepan detik cemas bagi menyambut cahaya mata sulung mereka.
Azzam yang berpeluang menemani isterinya itu turut menyaksikan sendiri pembedahan itu yang membuatkan dirinya insaf.
Malah kongsi Azzam lagi dia sudah pastinya tidak mampu membayar harga pengorbanan isterinya itu saat bertarung nyawa melahirkan cahaya mata sulung mereka.
“Sebenarnya saya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira.
“Saya dapat masuk ke bilik pembedahan dan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya,” ujarnya.
Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.