Apa sahaja teguran dari mak ayah tidak langsung diendahkannya anak. Ada sahaja jawapannya. Bukan salah anak seratus peratus, ada kalanya sikap kita sendiri menyebabkan anak menjadi makin tak dengar kata.
Tersalah cara dan percakapan kita ada waktunya buat anak jadi keras hatinya. Dr Taufiq Razif, berkongsi lima perkara yang perlu mak ayah berikan perhatian. Kita ubah sebelum terlambat.
5 Penyebab Anak Jadi Keras Kepala
1. Hypercritical
Bila ibubapa terlalu suka kritik setiap perbuatan anak.
– Anak buat salah sikit, kena kritik
– Anak cuba buat sesuatu, kena kritik
– Anak cuba bantu, kena kritik
2. Labelling
Bila ibubapa suka label batang tubuh anak
– Awak ni PEMALAS
– Awak ni DEGIL
– Awak ni NAKAL
3. Permissive
Bila ibubapa terlalu ikut cakap anak dan dikuasai anak anaknya sendiri
– tak mampu tengok anak menangis langsung
– tak tahan bila anak merengek nak sesuatu
– semua permintaan anak ditunaikan
– biarkan anak buat sesuka hati mereka
– takut dengan anak sendiri
4. Negligence
Anak yang merasa diabaikan biasanya mempunyai tangki emosi yang kosong jadi dia akan guna apa sahaja cara untuk mendapatkan perhatian ibubapanya kembali dengan cara :
– memberontak
– melawan
– protes
– bersikap kasar
5. Punitive Discipline
Bila ibubapa terlampau menggunakan hukuman dalam membentuk dan mendidik anak.
Ada 2 jenis cara untuk disiplinkan anak :
1. Punitive discipline – gunakan hukuman
2. Restorative discipline – lebih banyak gunakan tunjuk ajar, teguran, galakan, pujian dan sokongan
Hukuman ni umpama garam dalam masakan. Ianya diperlukan untuk menyedapkan makanan tetapi jangan sampai berlebihan.
p/s : Tolong simpan ilmu ini dan kongsikan pada pasangan masing masing juga sebab ilmu ni sangat sangat penting untuk didik anak masing masing.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebaknya Ya Allah! Video Pesanan Terakhir Ayah Buat Anaknya Sebelum Maut Kemalangan Jalan Raya
Ajal maut di tangan Allah. Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya. Setiap yang hidup, pasti akan mati juga suatu hari nanti. Mungkin bagi orang yang terpilih mereka seolah-olah tahu mereka akan pergi meninggalkan insan yang disayanginya.
Begitu juga dengan arwah ini yang merekod video bersama anaknya buat kali terakhir sebelum arwah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Ya Allah sebaknya, arwah mcm tahu je dia nak tinggalkan anak dia .
Al-fatihah??? pic.twitter.com/IDW7FgD9T8— Asyraf (@Acap_aan) July 26, 2018
Melalui video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter kelmarin, video yang direkod oleh arwah bersama anaknya betul-betul terkesan dan membuatkan semua yang menontonnya sebak.
Menurut beberapa individu yang mengenalinya, arwah adalah pemilik sebuah butik dan mempunyai karakter yang sangat baik dan suka bersedekah. Paling sebak bila lihat reaksi anaknya memandang muka bapanya seolah-olah dapat merasainya bakal kehilangan ayah.
Netizen yang menonton video ini semuanya berkongsi perasaan sedih dan menceritakan serba sedikit mengenai arwah semasa hidup.
Video yang berdurasi 1.14 saat ini telah mendapat tontonan 193,000. Al-Fatihah dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana.
Sumber: Twitter Asyraf @Acap_aan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suami Tak Marah Nak Tambah Emas” Siap Bagi Galakkan, Baru Semangat Isteri Nak Kumpul Aset!
Memang tak rugi kita sebagai wanita mengumpul dan memiliki emas sendiri. Bukan hanya untuk kepuasan bahkan ia aset paling berguna dan pantas ditukarkan kepada wang disaat berlaku kecemasan.
Paling seronok dan tambah semangat bila mana suami turut sama menyokong malah turut sama berkongsi dan membeli rekaan terbaru. Makin bertambah minatlah si isteri. Walau terpaksa mengumpul sedikit demi sedikit, namun sokongan suami seperti yang dikongsikan oleh Wan Rosni ini buat rasa lebih semangat.
WANITA DAN EMAS MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN.
Setuju tak dengan statement Mama ni? Kenapa Mama cakap macam tu? Sebab majoriti wanita minat emas/sekut kuning. Betul tak?
Keluar je design baru mesti ada je yang nak tambah koleksi walaupun dah ada banyakkkk. Kepada yang mampu boleh beli baru. Kepada yang tak mampu boleh jugak trade in emas lama untuk dapatkan design terbaru. So simple, semua orang boleh dapatkan emas mengikut kemampuan masing-masing.
Memang ada yang kata dia tak minat emas. Takde masalah. Raikan perbezaan. Tapi kalau tak minat pun, boleh jugak beli untuk simpanan waktu kecemasan.
Emas adalah aset yang paling mudah untuk dicairkan jika tiba-tiba kita perlukan duit. Bawak je ke Ar Rahnu/pajak gadai berdekatan, on the spot kita akan dapat duit. Dan kita boleh tebus balik dalam masa yang ditetapkan. So emas tu masih boleh jadi milik kita semula.
Kalau susah-susah tak mampu nak tebus balik pun, boleh je letgo untuk dilelong. Jika ada lebihan dari nilai yang dijual, kita akan dapat wang lebihan tersebut. Best kan?
Sebab tu Mama suka galakkan anak-anak Tupperware Mama kumpul emas buat koleksi masing-masing. Dapat komisyen, peruntukkan sedikit untuk tabung emas. Sampai masa boleh beli. Bermula dari kecik-kecik dulu, lama-lama pasti boleh beli yang lebih besar. Yang penting kena ada impian.
So Mama jadikan diri Mama role model kepada mereka bukan setakat dalam bisnes, tapi untuk mengumpul emas juga. Kenapa? Kerana dengan emas nilah boleh menjadi penyelamat jika kita tengah susah dan perlukan duit. Anak-anak pun follow je. Alhamdulillah.
Jika beli rumah memang bagus sebagai aset. Tapi bukan mudah untuk dijual. Prosesnya sangat memakan masa. Beli kereta? Ada susut nilai. Emas adalah pelaburan terbaik. Selain beli untuk pakai sendiri, boleh jugak beli untuk simpanan.
Sebab tu Papa tak pernah marah jika Mama asyik nak beli gelang baru. Malah dia galakkan lagi. Kadang-kadang dia beli sendiri senyap-senyap. Tengok-tengok bangun tidur, ada kat sebelah bantal Mama. Kadang-kadang dia pakaikan terus time Mama tidur. Bangun pagi rasa berat tangan, hahaha.
Apa-apapun jika ada emas berlebihan yang tak dipakai, jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita, bayar zakat emas.
Okay, sekian sharing Mama di pagi Jumaat yang indah ni. Last but not least, tolong bantu Mama pilih koleksi sekut kuning di bawah untuk tambah koleksi terbaru ya!
Menarik: Tak Perlu Berahsia Soal Gaji, Suami Isteri Kongsi Sama-Sama, Makin Berkat Rumah Tangga
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Wan Rosni
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bawa Anak Berjalan Atau Balik Kampung, Setiap 2 Jam Perlu Berhenti Rehat! Barulah Anak Tak Meragam
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka bersuka ria! Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang mempunyai keluarga.
Namun tempoh itu akan meninggalkan ‘igauan ngeri’ jika ada anak-anak mula ‘buat hal’. Bagaimanapun ada caranya untuk mengelak atau mengendalikan anak-anak seumpama ini semasa bercuti atau melancong.
- Perancangan awal
Sebelum memulakan perjalanan, anda telah membuat perancangan yang rapi tempat atau lokasi secara tepat yang bakal dilawati. Tempat yang dilawati mestilah selamat dan cuaca yang tidak terlalu panas atau sejuk. Lokasi sama ada pusat peranginan, taman tema, pantai atau air terjun.
- Tempah penginapan
Tempat penginapan ditempah lebih awal. Perjalanan yang jauh menjadikan kanak-kanak mudah letih. Keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal sekiranya anda tidak dapat menyediakan segera tempat untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti yang disukai semasa sampai di tempat yang dituju.
- Mesti ada peraturan
Jelaskan kepada anak bahawa biar di mana pun mereka berada, peraturan tetap ada, sekalipun pergi bercuti. Oleh itu, jelaskan beberapa peraturan yang ditetapkan semasa bercuti misalnya tidak membuang bising di lobi hotel, tidak berebut semasa mengambil makanan semasa di hotel dan beberapa peraturan lain. Malah sentiasa mewujudkan ‘peraturan’ sebelum bergerak sesuatu tempat yang ingin dilawati. Dalam masa yang sama anda boleh menyelitkan beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa percutian tersebut.
- Senarai aktiviti
Aktiviti yang dirancang tidak terlalu padat. Makin kurang aktiviti yang di rancangan makin kurang tekanan pada anak. Percutian adalah sesuatu yang menggembirakan anak-anak. Oleh itu, jangan jadikan ia sesuatu mimpi ngeri buat anak anda.
- Jangka masa
Sekiranya anda merancang untuk melancong dalam jangka masa yang lama dan jauh, mulakan dengan membawa anak melancong dalam tempoh masa yang pendek. Tujuannya adalah untuk melihat sikapnya sama ada mudah menerima perubahan atau tidak. Kesan daripada itu, anda akan ketahui tindakan yang boleh diambil bagi membantu mengawal tingkah lakunya.
- Persiapan minda
Sediakan minda anak untuk berjalan jauh atau melancong. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum perjalanan bermula. Berbincang dengan anak tentang percutian dan tunjukkan gambar tempat yang bakal dikunjungi. Secara tidak langsung mereka akan mempunyai perasaan gembira untuk pergi bercuti dan sentiasa mendengar arahan anda.
7. Sedia kamera
Beri anak kamera untuk kegunaan mereka sendiri. Banyak terdapat di pasaran kamera yang murah dan senang digunakan. Tingkah laku yang tidak diingini dapat dialih bila kanak-kanak sibuk mengambil gambar yang dilihatnya atau yang diminatinya. Kesibukan dengan aktiviti baru ini membuatkan mereka ceria sepanjang percutian.
- Permainan kegemaran
Bawa bersama mainan yang digemarinya Anda memasukkan mainan tersebut dalam beg kecil. Mudah untuk anda mencarinya apabila diperlukan oleh anak anda. Mainan yang digemari akan dapat membantu mengalih perhatian anak anda daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
- Muat turun permainan
Bagi anak yang lebih besar, anda boleh sediakan permainan muat turun di tablet anak anda. Pastikan juga anda telah memasukkan beberapa permainan atau program yang mencukupi serta menarik. Namun hadkan permainan ini kerana kanak-kanak tidak digalakkan melihat skrin tablet dalam tempoh yang lama.
- Pakaian selesa
Sepanjang perjalanan anak memakai pakaian yang selesa. Pakaian tersebut sebaik-baiknya mudah ditanggalkan dan fabrik yang tidak terlalu panas atau sejuk. Ia juga tidak terlalu ketat atau longgar supaya mudah untuk bergerak dengan aktif. Cara ini mengelak anak meragam disebabkan rasa panas dan tidak selesa.
- Makanan
Kadang kala anak-anak mula membuat perangai atau tidak dengar cakap apabila mula berasa lapar. Bawa bekalan makanan ringan, buah-buahan dan roti yang secukup sepanjang perjalanan. Jika perlu bawa beg tahan sejuk supaya anak-anak dapat minum minuman yang sejuk semasa perjalanan.
12. Kotak pertolongan cemas
Pelbagai ubat-ubatan ada dalam kotak pertolongan cemas termasuk ubat demam dan sebagainya. Juga jangan lupa membawa ubat yang sepatutnya terutamanya jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai jadual pengambilan ubat-ubatan.
13. Elak makanan manis
Semasa perjalanan elak daripada memberi gula-gula atau makanan manis pada anak. Pemberian gula hanya akan membantu merangsang kanak-kanak aktif. Ia akan membuat anak anda sukar dikawal seperti tidak duduk diam terutama sekali bagi anak yang berusia satu hingga empat tahun.
- Makanan biasa dimakan
Sekiranya anda melancong ke tempat yang belum pernah anda kunjungi, anak anda mungkin akan mengalami kejutan daripada segi makanan. Mereka mungkin tidak selesa dengan ‘makanan baru’ itu. Akibatnya anak tidak mahu makan. Situasi lapar boleh menyebabkan anak tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda harus bersedia dengan makanan yang dimasak sendiri atau makanan yang biasa dimakan oleh anak.
- Perjalanan malam
Memulakan perjalanan pada waktu malam adalah digalakkan. Waktu malam adalah waktu tidur buat anak-anak. Situasi ini juga dapat membantu mengelakkan anak anda dari bosan semasa berada dalam perjalanan.
16. Melancong dengan minda terbuka
Semasa melancong anda dan anak mungkin akan bertemu dengan perkara atau peristiwa yang di luar dugaan anda. Jangan cepat membuat kesimpulan yang negatif tentang sesuatu yang bertentangan dengan budaya sendiri. Jangan cepat menilai dan cuba sedaya mungkin mencari perkataan yang boleh mengalih rasa ketakutan atau tidak selesa anak anda.
17. Persekitaran tenang
Melancong ke tempat yang sesak dengan orang ramai membuatkan anak tidak berasa selesa. Cara ini membuatkan anak berasa rimas. Bawa anak ke kawasan yang tenang, nyaman dan damai. Itulah percutian buat anak. Jika anda bercadang untuk membeli belah di kawasan yang sesak, seharusnya tinggal sementara anak di hotel.
18. Tidak ke kedai permainan
Jika anda dalam percutian bajet. Elakkan membawa anak singgah ke kedai permainan atau cenderahati yang berdekatan dengan hotel. Kebiasaan harga yang di tempat seumpama ini agak mahal. Cara ini mengelak anak meragam apabila permintaannya tidak dipenuhi.
19. Lokasi lawatan
Pergi bercuti memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun tempat lawatan atau aktiviti lebih berbentuk orientasi kekeluargaan dan kanak-kanak. Jangan lupa, kawasan yang menawarkan kolam renang dan taman permainan tema. Kanak-kanak pastinya sepanjang hari berseronok dan gembira.
20. Dalam pesawat
Jika anda memilih untuk menaiki kapal terbang untuk ke destinasi percutian, anak akan mengalami perubahan tekanan dalam kapal terbang semasa berlepas atau mendarat. Ia mungkin akan membuatkan mereka meragam atau menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu, tip untuk mengelak daripada berlaku ialah berikan sesuatu untuk diminum atau berikan lollipop pada anak yang lebih besar.
21. Beg kecil
Jika anda mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil, masukkan pakaian setiap anak-anak ke dalam plastik secara berasingan sebelum anda memasukkan kesemuanya dalam beg besar anda. Keadaan ini akan memudahkan dan mempercepatkan tindakan anda semasa mengurus anak kecil tersebut. Dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anak daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
22. Berhenti rehat secukupnya.
Sekiranya anda melakukan perjalanan hampir separuh hari dengan menggunakan kereta, anda perlu singgah berehat, sekurang-kurangnya dua jam sekali. Kanak-kanak memerlukan masa antara 15 hingga 30 minit untuk menghilang rasa letih, lenguh dan juga untuk bermain seketika sebentar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI