Gara-gara menggunakan krim yang dipercayai tiruan, seorang wanita di Wythenshawe, England terpaksa menanggung malu apabila badannya bertukar menjadi hijau.
Difahamkan, wanita tersebut Jenni Coleman, 35, menggunakan krim berkenaan untuk menggelapkan kulit.
Menerusi laporan The Sun, Jenni mendakwa dia telah menggunakan krim itu di seluruh badannya dari kepala hingga kaki tanpa meragui ketulenan barangan tersebut.
Namun, keesokannya, dia terkejut menyedari dirinya bertukar warna hijau seakan watak animasi Shrek.
“Saya tak pasti apa yang menyebabkan kejadian itu berlaku dan mungkin dari penggunaan krim tersebut.
“Saya lihat botol itu dan ternyata ia tiruan, palsu. Sudah berkali-kali mandi termasuk menggunakan krim ‘exfoliant’ dalam usaha menghilangkan warna tersebut, namun masih gagal” katanya.
Menurut Jenny lagi rakan-rakannya turut mengusiknya dengan memberitahu dia seakan ahli sihir.
Sumber: The Sun, Sinar Harian, Gempak