Di saat kita sedang berdepan dengan pandemik yang mengancam semua dan kes Covid-19 yang semakin menampakkan kebimbangan, ada baiknya kita mempersiapkan diri dengan menyediakan beberapa jenis ubat-ubatan dan peralatan yang wajib disimpan di rumah.
Ini bagi mengelakkan sebarang kecemasan jika salah seorang ahli keluarga dijangkiti virus berbahaya itu. Salah satu peralatan wajib ada adalah Oximeter.
Pun begitu, menilai bacaan pulse Oximeter ini perlulah tepat. Ini yang dikongsikan oleh Doktor Ahmad Zubaidi Ahmad untuk panduan semua. Salah cara dan teknik, bacaan jadi tidak tepat.
KETAHUI BACAAN PULSE OXIMETER
Tahukah anda penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda? Pulse oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.
Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.
Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:
1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran.
3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
4. Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.
5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.
Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati.
Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.
Satu Keluarga, Satu Pulse Oximeter!
Menarik: Biar Ada Ubat, Tak Perlu Ke Klinik & Beratur Panjang, 13 Jenis Ubat-Ubatan Ni Wajib Ada Di Rumah
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)