
Luluhnya hati apabila anak bongsu berusia setahun enam bulan maut selepas tersembam dalam baldi berisi air di bilik air rumah dan ditemui sendiri oleh ibu bapanya.
Kejadian yang berlaku di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Kuala Terengganu tengah hari semalam langsung tak disangka.
Mangsa ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan oleh ibu bapanya kira-kira 12.30 tengah hari, selepas bayi lelaki itu didapati tiada di tempat tidur dalam bilik mereka.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika ibu bapa mangsa sedang tidur selepas keletihan bekerja.
Beliau berkata, sebaik bapa mangsa bangun tidur kira-kira jam 12 tengah hari, dia terkejut mendapati anak bongsu daripada sembilan beradik itu tiada di tempat tidur, lalu mengejutkan isterinya.
“Mereka kemudian mencari di sekitar rumah sebelum menemui mangsa dalam keadaan tersembam dan tidak sedarkan diri dalam baldi berisi air di dalam bilik air.
“Bapa mangsa berusia 40-an bersama isterinya kemudian membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 50 minit diberi bantuan kecemasan di klinik berkenaan,” katanya.
Suffian berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Sebelum Kebakaran, Rania Nak Durian. Masih Terngiang-Ngiang Suaranya, Kami Reda”

“Ketika tiba di rumah, keadaan agak gelap kerana asap sudah berkepul-kepul dan saya hanya menemui anak kedua sedang menangis di ruang tamu,” kata Mohd Zaid Husmin, 34, yang kematian anak sulungnya dalam kebakaran di rumahnya di Kondominium The Rise Collection II, Jalan Dr Wu Lien Teh, Georgetown, Pulau Pinang, pagi semalam (5 Jun).
ARTIKEL BERKAITAN [Anak Tidur, Ibu Bapa Keluar Ke Pasar. Rumah Terbakar, Kakak Meninggal, Adik Selamat]

Rumah dengan pasar kurang 5 minit perjalanan
Dalam kejadian itu, Nur Rania Adelia,6, meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.
Mohd Zaid berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri, Tuti Harnida Harun, 34, dan anak bongsunya berusia setahun keluar ke pasar bagi membeli barangan keperluan, manakala Nur Rania Adelia bersama anak keduanya, Muhammad Ariq Zakwan, 4, yang sedang tidur ditinggalkan di rumah.

“Berikutan mereka nyenyak tidur, saya ambil keputusan tinggalkan mereka sebentar, tambahan pula pasar tidak jauh dari rumah iaitu kurang lima minit perjalanan.
“Saya turut mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau secara langsung keadaan anak di rumah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), selepas kejadian itu.
Dengar tangisan anak kedua, nampak kepulan asap melalui app Zoom
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, kira-kira 10 minit ketika berada di pasar, dia terdengar anak keduanya menangis menerusi aplikasi itu, selain melihat kepulan asap memenuhi ruang tamu rumahnya, lalu mereka bergegas pulang.

Katanya, sebaik tiba di rumah, anak keduanya ditemukan di ruang tamu sedang menangis, namun dia tidak dapat mengesan Nur Rania Adelia.
“Saya selamatkan Muhammad Ariq Zakwan dulu sebelum masuk semula dalam rumah, tetapi keadaan asap tebal menyebabkan saya sukar mengesan kedudukan Nur Rania Adelia.
“Hanya selepas saya membuka tingkap bagi ruang pengudaraan, Nur Rania Adelia dilihat terbaring atas tilam di bilik utama dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Tiada ibu bapa minta kejadian ini berlaku pada anak
Mohd Zaid berkata, pasukan bomba tiba sebaik kedua-dua anaknya diselamatkan dan memberi rawatan serta bantuan pernafasan sebelum mangsa dibawa ke HPP bagi tindakan lanjut.
Katanya, dia reda kejadian menimpa keluarganya dan berharap orang ramai tidak menyalahkan sesiapa.

“Tiada ibu bapa mahu tinggalkan anak di rumah dalam keadaan begitu, malah saya juga mengambil inisiatif mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau mereka secara langsung.
“Masih terngiang-ngiang suara Nur Rania Adelia mahu makan durian, malah dia kelihatan gembira dan ceria selepas saya bawa pulang buah itu sehari sebelum kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Aazelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi.
Katanya, tugas menyelamat membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Lebuh Pantai.
Api berjaya dikawal pada jam 9.36 pagi dengan kemusnahan kebakaran sehingga 70 peratus.
Kredit: Berita Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
[Video] – Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh
![[Video] - Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh 19 [Video] - Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh](https://cdn.majalahpama.my/2022/07/NEWBORN-2022-07-04T141912.890.jpg)
Video detik-detik cemas ketika seorang kanak-kanak perempuan yang memerlukan pertolongan di luar tingkap sebuah bangunan akhirnya diselamatkan oleh seorang pemuda lelaki yang merisikokan nyawanya sendiri untuk memberikan bantuan.
Menerusi video yang berdurasi kurang 5 minit tersebut, jelas kanak-kanak tersebut berpaut pada tingkap sebuah bangunan tinggi selama beberapa minit.
![[Video] - Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh 20 [Video] – Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh](https://cdn.majalahpama.my/2022/07/Screenshot-2676.png)
Situasi tersebut mengundang rasa tidak senang warga maya. Mujur ada yang sudi membantu dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Jelas kedengaran kanak-kanak tersebut menangis ketakutan. Untuk peringatan, sila awasi anak kecil anda!
![[Video] - Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh 21 [Video] – Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh](https://cdn.majalahpama.my/2022/07/Screenshot-2677.png)
Apabila bercakap mengenai penjagaan kanak-kanak, terutamanya anak kecil, ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar.
Jom ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah.
Keselamatan di rumah untuk penjagaan kanak-kanak
Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu ibu bapa ketahui untuk menjaga aspek keselamatan anak semasa berada di rumah:
Keselamatan balkoni
Ini adalah tip untuk memastikan keselamatan di rumah pada bahagian balkoni:
1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni
Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh.
Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni
Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut.
Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.
Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza.
Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
Keselamatan di bahagian dapur
Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.
Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.
Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.
Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak.
Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.
Pastikan bilik mandi selamat
Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir.
Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.
Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.
Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.
Bahagian tingkap
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
- Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm
- Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm
- Hanya boleh dibuka daripada atas
- Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap
- Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap
- Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap
- Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting
- Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik.
Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.
Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.
Ajari anak aspek keselamatan di rumah
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:
Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Kredit info: Hello Doktor, TV3
![[Video] - Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh 22 [Video] – Detik Cemas Kanak-Kanak Bepaut Pada Tingkap Sebuah Bangunan Tinggi, Nyaris Terjatuh](https://cdn.majalahpama.my/2022/06/kQQVDOsY-WhatsApp-Image-2022-06-21-at-12.14.37-PM.jpeg)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Panjang Lukanya…’ Bahu Anak Tertoreh, Ibu Tak Sangka Sofa Mewah Undang Bahaya

Ruang tamu yang cantik dan selesa pastinya menjadi idaman setiap ibu bapa. Lagi-lagi bila rumah dihias dengan sofa mewah berwarna lembut, lengkap dengan kemasan manik yang menyerlahkan gaya elegan. Tapi siapa sangka, keindahan itu boleh bertukar menjadi perangkap bahaya – lebih-lebih lagi jika ada si kecil yang sedang aktif membesar!
Itulah yang berlaku kepada seorang ibu, Puan Anis, apabila anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun mengalami luka panjang di bahu hanya kerana tertoreh pada manik tajam di sofa kegemaran mereka.

“Semalam bahu anak saya tertoreh… panjang lukanya. Trauma betul bila tengok darah dan kesan torehan tu,” luahnya dalam nada sebak.
Sofa Mewah, Tapi Bahayakan Anak
Segalanya berlaku sekelip mata. Si kecil ketika itu sedang bermain-main seperti biasa. Namun, tanpa disedari, bahagian manik pada sandaran sofa yang terkeluar sedikit telah menyebabkan torehan yang dalam pada kulit bahu anaknya.
Apa yang lebih menyedihkan, Puan Anis tidak pernah menyangka bahawa hiasan manik kecil itu boleh bertukar menjadi ‘senjata’ yang mencederakan anak tersayang.

“Saya terus cabut semua manik kat sofa tu. Biarlah nampak pelik atau kurang cantik, asalkan anak saya selamat…” katanya nekad.
Jangan Pandang Ringan Bahaya Manik & Hiasan Tajam
Sofa jenis bermanik atau berhiaskan perincian keras seperti kancing besi, kristal, dan stud hiasan memang nampak mewah. Tapi bagi rumah yang ada anak kecil, ia boleh jadi punca kecederaan seperti:
Luka tercalar atau tertoreh
Kesan lebam akibat terhantuk
Risiko tercabut dan tertelan manik
Bahaya pada mata atau muka jika terkena

“Tak Nak Dah Rumah Cantik Tapi Anak Luka”
Selepas kejadian itu, Puan Anis akui beliau serik dan trauma. Kini, soal hiasan rumah bukan lagi keutamaan. Apa yang penting baginya hanyalah keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.
“Cantik macam mana pun perabot tu, kalau tak selamat untuk anak… saya memang takkan ambil risiko lagi.”
Beliau turut menitipkan nasihat penuh kasih buat para ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati bila memilih perabot rumah.
Tip Pilih Sofa Selamat Untuk Anak
💡 Pilih rekaan ringkas dan lembut – Elakkan hiasan keras seperti manik, butang besi atau rekaan bersegi tajam.
💡 Periksa bahagian tersembunyi – Pastikan tiada paku, kayu atau bahan tajam terdedah.
💡 Lapisan fabrik & span tebal – Lebih selamat dan selesa untuk anak.
💡 Letak sarung tambahan – Jika sudah ada sofa bermanik, tutup dengan sarung pelindung sementara.
💡 Ajarkan anak guna sofa dengan betul – Elak melompat atau bermain kasar di sofa.
Ingat mama, rumah kita adalah syurga buat anak-anak. Biarlah sederhana asalkan selamat, biarlah tidak terlalu mewah asalkan si kecil gembira membesar tanpa bahaya.
Jika mama sedang merancang untuk ubah suai rumah atau beli perabot baru, semoga kisah ini menjadi pengajaran yang sangat bermakna. 💖
Sumber: Anis Abdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


