Tersembam Hingga Tercucuk Plastik Mainan Tiup, Darah Tak Henti & Lelangit Anak Koyak

Share

Niat gembirakan anak tapi sebaliknya pula berlaku tanpa disangka-sangka. Itu yang dialami oleh seorang ibu apabila anaknya mengalami koyakan di lelangit akibat tercucuk mainan tiup yang biasa digunakan ketika majlis hari jadi.

Hanya sebab terjatuh telah meninggalkan kesan trauma buat Puan Nur Hidayah Baharom dan anaknya dan perkongsian ini juga dapat memberi peringatan bersama buat ibu bapa.

Bismillahirrahmanirrahim..Untuk pengajaran buat saya dan ibu bapa di luar sana supaya tidak leka. Apa pun yang anak-anak kita pegang, main kena lihat boleh terjadi tercucuk di mata, hidung atau seperti sekarang yang terjadi pada anak sendiri.

Tujuan saya update cerita ini hanya untuk di jadikan peringatan dan pengajaran agar lebih berhati-hati untuk masa depan anak.

Jatuh tersembam ketika bermain

Anak saya Nur Alisha Safiya binti Mohd Khairul Anuar umur 2 tahun sedang main mainan yang tiup-tiup seperti yang ada dalam majlis hari jadi itu. Ketika mainan itu berada dalam mulutnya tiba-tiba dia terjatuh dan terus tersembam sehingga tergodok masuk dalam mulutnya. 

Oleh kerana jatuh secara mengejut dan berlaku depan mata sendiri, darah tak berhenti keluar. Tak boleh nak bayangkan situasi pada waktu itu kerana saya sendiri mengigil tengok arah yang keluar tanpa henti .

Mainan tiup yang tercucuk ke lelangit

Koyakan di lelangit, kena jahit

Akibat menangis sampai hilang suara Alisha dan muka mula jadi kebiruan. Tanpa berlengah masa terus basuhkan mukanya dan bagi minum air sejuk. 

Bila darah dah kurang sikit jelas kelihatan koyakan yang agak besar di tepi lelangitnya dan terus bawa ke hospital. Sampai di hospital terus di rujuk pakar untuk rawatan selanjutnya dan jahit di tempat koyakan tersebut.

Peringatan buat ibu bapa 

Bila kes ini berlaku pada anak sendiri rasa menyesal sangat tapi tujuan perkongsian ini bukan untuk meminta simpati atau buka aib sendiri.

Harapnya perkongsian saya ini dapat beri peringatan pada semua ibu bapa lain. Kadang-kadang kita nak anak gembira tetapi kita tak perasan mainan yang biasa itu sekadar straw je boleh jadi puncanya.

Mohon doakan kesembuhan untuk anak saya semoga cepat baik dan tiada apa-apa yang serius untuknya.

Sumber: Nur Hidayah Baharom

 

 

 

 

Published by
Wan Amy