Tersembam Pijak Selimut, Lidah Anak Terkoyak ‘Terkacip’ Gigi Ketika Bermain

Share

Walaupun rumah adalah lokasi paling selamat untuk anak-anak, tetapi tetap kena pantau sepanjang masa. Bukan apa risau kejadian tak diingini berlaku. Jika tiba-tiba anak diam masa main pun mesti jenguk juga sekali sekala.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu Ddi Facebook Puan Nedy Zhara, dia memberitahu anak perempuannya jatuh tersembam dan tergigit lidahnya sendiri ketika bermain sehingga terkoyak.

Kejadian yang menimpa Zara pada 5/1/2020. Dalam waktu tengah hari masa tu.. Ummi tengah menyusukan Medina dalam bilik. Tiba-tiba dengar bunyi dentum yang kuat.

Tidak lama lepas tu dengar Zara panggil.. “Ummi.. Sakit..” tapi tak menangis. Ummi keluar nampak dia pegang mulut dia. Ummi suruh buka mulut..ALLAHUAKBAR darah melimpah keluar. Lidah koyak teruk. Tapi dia sikit pun tak nangis. Ummi pula yang menangis macam apa.. Subhanallah.

Walaupun semasa jatuh tak nampak macam mana kejadian sebelum itu, Puan Nedy membuat tanggapan yang anaknya mungkin terpijak selimut yang dipegangnya semasa bermain sebelum jatuh tersembam dan tergigit lidahnya.

Buat pembedahan untuk jahit lidah

Zara terpaksa melalui pembedahan selama 2 jam untuk menjahit semula lidahnya yang terkoyak. Saat ini hanya Allah yang tahu perasaannya.

Biarpun kita orang dewasa pun rasa sakit terjatuh, tapi Zara sungguh kuat. Dari mula jatuh sehingga nak menjalani pembedahan tak menangis.

Kongsi Puan Nedy keadaan Zara semakin bertambah baik dan sekarang perlu minum susu dengan straw dan makan makanan yang lembut dulu secara perlahan-lahan.

Sumber: Puan Nadya Rusli

Published by
Wan Amy