Tersentuh Hati Lihat Anak Berebut Baca Al-Quran. Tomok Doa Moga Perjalanan Dipermudahkan

Share

Mendidik dan membentuk anak bermula dari kecil lebih mudah agar seimbang dunia dan akhirat. Kepetahan anak-anak Tomok memang selalu diperkatakan. Terkini Arrian dan Andra mula menghafal ayat-ayat Al-Quran.

Anak penyanyi Tomok iaitu Arrianshah Akid,7 tahun dan Andrasha Iman, 4 tahun, kedua-duanya semakin bijak. Memiliki suara yang merdu, telatah kedua-dua anak lelaki ini dimuatnaik bapa mereka ke Instagram.

Tomok telah memuat naik video di laman Instagramnya memaparkan dia sendiri sedang menguji bacaan surah ayat Kursi yang dihafal dua orang anaknya itu.

Dalam video berkenaan, Arrian dan Andra kelihatan sudah boleh menghafal ayat Kursi dan menyambung bacaan ayat dengan mudah.

Melentur buluh dari rebung
Bahagia sekali melihat keluarga Tomok yang bergilir-gilir menyambungkan ayat Al-Quran. Kemerduan suara mengalunkan ayat suci Al-Quran dipuji para follower. Tomok turut merakamkan kapsyennya agar para follower mendoakan hanya yang baik-baik buat dua orang puteranya itu.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung. Maksudnya, kalau ibu bapa ingin  nak mendidik anak-anak ke arah kebaikan memulakan daripada usia mereka masih kecil adalah langkah yang tebaik.

Warganet memuji tindakan Tomok dan isteri yang berjaya mendidik kedua-dua anak lelaki yang bersopan santun.

SYURGA IBU AYAH

ALHAMDULILLAH AJAR ANAKYA SENDIRI

BAGUS TANAMKAN SEMANGAT 

Sumber: IG Tomok

Published by
Azma ML