Hati ibu mana yang tak sedih bila anak asyik merengek minta nak makan makanan kegemarannya tapi tak dapat ditunaikan atas kekangan tertentu. Begitulah yang berlaku kepada salah seorang ibu ini yang bersyukur sangat hajat anaknya tercapai.
“Lega rasanya apabila hajat anak untuk makan ayam goreng kesukaannya Kentucky Fried Chicken (KFC) sejak sekian lama akhirnya tercapai.
“Sebagai ibu, tersentuh hati apabila melihat reaksinya yang menikmati hidangan dipesan dengan bersungguh-sungguh,” ujar asnaf, Azlina Abdullah.
Azlina, 42, berkata, hampir tiga tahun, anak tunggalnya Muhammad Amirul Aiman Abd Rasid, 11, meluahkan hasrat supaya membawanya ke restoran makanan segera itu kerana ingin menikmati ayam goreng.
Ads
“Bukan tidak mahu tunaikan permintaannya itu tetapi saya tidak berkemampuan, duit yang ada cukup untuk perbelanjaan harian sahaja.
“Boleh dikatakan, kerap juga dia memberitahu teringin untuk makan ayam KFC, tetapi saya minta supaya bersabar, kalau ada rezeki lebih nanti saya belikan,” katanya.
Ads
Azlina dan anaknya itu ditemui selepas Program Wayang Sekampung Merlimau yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh, di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, di sini, baru-baru ini.
Menurut ibu tunggal itu, semasa arwah bapa Muhammad Amirul Aiman ada, suaminya agak kerap membawa anak mereka ke restoran makanan segera terbabit.
“Selepas kematian suami dan saya tidak lagi dapat bekerja akibat kemalangan, jadi kami hanya bergantung kepada pencen arwah untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Melewati Insta Story Shuib malam tadi sememangnya buat hati sesiapa pun akan turut menangis. Perkongsian beberapa video Shuib bersama anak-anaknya yang menangis dan amat merindui ibu mereka pastinya bukan hal yang mudah dilalui oleh tiga anak kecil ini.
Berkongsi cerita dan meluangkan masa selepas bersolat bersama ketiga-tiga anaknya, Shuib dilihat begitu tenang demi menguatkan anak-anaknya yang masih kecil.
Anak sulung Shuib, Uwais Al-Qadri dilihat hanya membisu tapi air matanya tak berhenti-henti mengalir. Lebih memahami apa yang terjadi dan merasai kehilangan berbanding dua adiknya.
Sementara anak kedua dan ketiga Allahyarham Siti Sarah masih lagi bertanyakan pelbagai soalan mengenai ibu mereka, seolah-olah cuba memahami apa yang terjadi.
Terdahulu, berkongsi detik menyayat hati ketika memberitahu anak-anak mengenai pemergian ibu mereka, kata Shuib menerusi Live petang semalam, pada mulanya dia keberatan untuk menyampaikan berita pemergian arwah kepada anak-anak. Namun dia mencari kekuatan untuk menyampaikan perkhabaran itu kepada anak-anak tersayangnya.
Tiga permata hati Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menangis teresak-esak sebaik diberitahu ibu tersayang tidak akan pulang ke rumah lagi. Anak ketiganya menangis tanpa henti kerana dialah anak paling manja dan begitu merindui ibunya.
“Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya ligat memikirkan bagaimana hendak beritahu anak-anak mengenai ibu mereka. Sebaik sampai, saya naik ke bilik untuk membersihkan diri.
“Saya mandi sangat lama, terlalu lama. Selesai mandi, saya turun untuk makan. Kebetulan, azan Asar berkumandang, jadi saya naik semula untuk ambil wuduk.
“Tiba-tiba bapa mentua (Raissuddin Hamzah) hubungi dan beritahu saya perlu beritahu anak-anak kerana mereka sudah menonton kisah ibu mereka di YouTube.
“Saya pun turun dan kebetulan, berita pemergian isteri ditayangkan di televisyen (TV). Anak sulung, Uwais bertanya betulkah ibu sudah tiada? Lalu, saya panggil semua anak-anak dan terangkan perkara sebenar.
“Saya beritahu, mereka takkan dapat jumpa ibu lagi. Anak-anak menangis teresak-esak. Anak bongsu, Matin teruk menangis kerana paling manja dengan arwah dan belum faham apa yang berlaku,” katanya pada sesi live di Instagram (IG), petang semalam.
“Ibu bukan milik kita, bukan milik daddy”
Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, berkata ketiga anak-anaknya kemudian mula reda dan faham apa yang berlaku terhadap ibu mereka.
“Saya katakan kepada anak-anak, ibu bukan milik ‘daddy’ atau mereka. Walaupun kita semua berharap ibu pulang ke rumah, tetapi Allah tidak mahu pulangkan dia kepada kita kerana Allah lebih sayangkan ibu.
“Jadi, ibu pesan Uwais, Talita, dan Ayash kena jadi anak soleh, pandai mengaji dan jaga sembahyang. Doa dari anak soleh menjadi harta ibu di alam sana,” katanya lagi.
Begitu kongsi Shuib menerusi Livenya. Walaupun payah namun dia bersyukur tiga anaknya, Uwais, Talita dan Mateen akhirnya mula reda dan menerima pemergian ibu mereka. Malah kata Shuib dia bersyukur kerana Allah mengurniakan anak-anak yang baik untuknya.
Shuib yang sempat menunaikan solat Asar berjemaah bersama anak-anak memberitahu, dia memanjatkan doa agar Allah membimbing hatinya dan anak-anak untuk menjadi seperti arwah yang tidak kedekut, selalu bersedekah dan sering berbuat baik dengan semua orang.
Pada jam 5.13 pagi semalam, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat COVID-19.
Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari semalam.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: @shuibsepahtu & Berita Harian Online & @era.je
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam perutusan khas yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri kita pada Jumaat lalu ada menyatakan bahawa kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat. Salah satunya adalah operasi kedai gunting rambut.
Namun dalam sidang akhbar pada petang semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi semula seperti kedai gunting rambut, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, ditangguhkan sementara waktu.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia juga termasuk cadangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membenarkan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) pulang ke kediaman masing-masing.
“Dari segi pelaksanaan penangguhan sekurang-kurangnya dua minggu, atau setidak-tidaknya untuk kita lihat dalam tempoh seminggu ini sama ada kita dapat kawal COVID-19 dalam komuniti.
“Ataupun kita mungkin bermula (membenarkan pengoperasian) berperingkat… kita tak boleh kembali terus seperti biasa… kita kena rancang dengan lebih teliti lagi untuk mengelakkan perhimpunan seperti di stadium, hentian bas (tempat awam),” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata KKM akan meneliti data-data terkini kes COVID-19 sepanjang minggu pertama PKP fasa ketiga sebelum mengusulkan nasihat kepada KPT sama ada pelajar boleh dibenarkan balik ke kampung halaman atau sebaliknya.
“Begitu juga cadangan kita kepada KPT, memandangkan kita memasuki fasa yang penting iaitu fasa ketiga, kita perlu memperketatkan lagi kawalan kita untuk menurunkan kes… kita mungkin akan berjaya sekiranya rakyat Malaysia bersama-sama KKM untuk memastikan kita dapat mengurangkan kes.
“Cadangan dan nasihat kita kepada KPT supaya bersabar, mungkin dalam seminggu dua, sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata langkah pencegahan yang dilaksanakan pada PKP fasa pertama dan kedua telah menunjukkan tanda-tanda kejayaan awal menurunkan kes.
Beliau berkata antara tindakan yang telah dilaksanakan semasa tempoh tersebut ialah kawalan sempadan, kawalan pergerakan, larangan perhimpunan dan amalan penjarakan sosial.
“Unjuran kita semakin menyakinkan, orang cakap kalau kita lari 100 meter, ini 10 meter yang terakhir yang paling penting sekali. Kalau kita lari maraton, 10 meter yang terakhir ini lah (yang menentukan) kejayaan atau tidak.
“Jadi kita kena bersabar dalam perjuangan kita, yang penting ialah penjarakan (sosial), tiada perhimpunan di tempat awam dan sentiasa cuci tangan.
“Yang paling penting kejayaan kita ialah duduk di rumah kerana lebih ramai orang tidak duduk di rumah dan keluar, kebarangkalian untuk dijangkiti akan meningkat. Konsepnya mudah, duduk di rumah dan kurangkan jangkitan,” katanya.
Walaupun insiden ini berlaku di luar negara, ia tetap memberi kesan kepada emosi kita. Penemuan 25 bayi di Dakar ini amat menegjutkan. Dipercayai kesemua bayi malang ini adalah mangsa sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo.
DAKAR – Polis menemui mayat 25 bayi di tanah perkuburan di Ivory Coast, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan. Penemuan menyayat hati itu berlaku di bandar Gagnoa, kira-kira 230 kilometer dari Abidjan, bandar terbesar di negara itu.
Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan, polis bergegas ke lokasi dan mendapati mayat bayi itu diletakkan dalam bungkusan berwarna hitam. Siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan pihak berkuasa keselamatan.
Media tempatan melaporkan bayi-bayi itu mungkin digunakan oleh sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo. – Bernama