Bermacam-macam perisa dan warna, kebanyakan lolipop antara yang menjadi kesukaan kanak-kanak tak kira berapa harganya.
Ada juga ibu bapa yang menjadikan ia sebagai hadiah untuk pujuk anak dari tak buat perangai dengan niat untuk beri kegembiraan pada anak. Tapi anda harus juga berhati-hati kerana ia mungkin boleh membawa maut.
Perkongsian dari Dr Nor Aniza Ali mengenai bahaya lolipop pada kanak-kanak sehingga tertelan sekali dengan batang plastiknya.
Awas lolipop, bukan selalu membawa keseronokan kepada anak-anak.
Ads
Ibu bapa dan penjaga perlu beri perhatian betapa BAHAYAnya makanan ringan ini.
Ads
Antara kes yang berlaku baru-baru ini akibat bergurau dengan kawan-kawan sewaktu menikmati lolipop, seorang kanak-kanak tertelan lolipop bersekali dengan stick ( batang plastik).
Doktor menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan batang yang tersengkang di peti suara. Amat berisiko tinggi masuk ke salur pernafasan dan paru-paru.
Ads
Namun semuanya selamat, apabila pasukan doktor berjaya juga mengeluarkan lolipop tersebut dengan scope.
Jadi berhati-hatilah kepada semua ibu bapa. Apa yang kita beri anak makan, pantaulah dulu. Kadang-kadang ia akan menjadi punca yang tak dijangka.
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Buat anda yang mungkin belum tahu, flos gigi adalah perbuatan mencuci kawasan di antara celah-celah gigi menggunakan flos – sejenis tali atau jaring halus yang boleh memasuki kawasan celah gigi.
Kebiasaannya, proses mencuci kawasan celah gigi ini dilakukan selepas memberus gigi untuk melengkapkan kitaran atau aturan mencuci mulut. Namun inilah yang menjadi masalahnya kerana individu cenderung menganggap bahawa memberus gigi sahaja sudah lebih daripada cukup.
TIDAK, ini kerana memberus tanpa memflos tidak akan mengeluarkan plak yang tersepit di kawasan celah gigi. Dengan flos, maka segala kotoran tersembunyi dapat dibuang lantas menghindarkan masalah mulut berbau.
Siapa perlu flos gigi?
Hakikatnya, persoalan ini tidak perlu timbul kerana semua orang perlu tahu maksud flos gigi dan melakukannya demi kesihatan oral yang lebih baik. Di sebalik kenyataan ini, mungkin terdapat beberapa golongan yang wajar menitikberatkan soal ini iaitu pemakai pendakap gigi.
Ini kerana pengguna pendakap gigi adalah lebih disarankan untuk memflos gigi ekoran besi yang dipakai pada gigi itu akan menyukarkan atau menyulitkan proses memberus gigi.
Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak plak berkumpul pada kawasan celah gigi dan juga celah besi yang digunakan untuk merapatkan atau meratakan susunan gigi itu.
Selain itu, ada satu lagi golongan yang ditekankan iaitu kanak-kanak atau bayi.
Persoalannya, bila ibu bapa boleh mula membantu si kecil melakukannya?
Umur berapa si kecil boleh mula melakukannya?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Stanford Children’s Health, ibu bapa perlu mula memflos gigi anak apabila si kecil sudah mempunyai 2 batang gigi.
Ini adalah sekitar usia 2 ke 3 tahun di mana proses pertumbuhan gigi susu biasa berlaku. Sebelum 2 batang gigi si kecil anda tumbuh, maka flos gigi masih belum diperlukan.
Kebiasaannya, ibu bapa perlu membantu mereka memflos gigi dari usia 2 ke 3 tahun sehingga 8 ke 10 tahun sebelum mereka boleh melakukannya secara sendiri.
Namun, ini sudah pasti menjadi satu cabaran buat ibu bapa bukan?
Bagaimana ibu bapa boleh membantu si kecil?
Pertama sekali, ibu bapa perlu sentiasa menemani anak anda di dalam bilik air dan membantu gosokkan gigi mereka lebih-lebih lagi golongan bayi.
Berikut merupakan langkah yang wajar ibu bapa ikuti:
-Gunakan berus gigi kecil dan lembut yang boleh anda masukkan ke dalam satu jari sahaja.
-Gunakan ubat gigi khas untuk bayi yang tidak mempunyai kandungan menghakis terlalu kuat.
-Gosokkan gigi mereka dengan perlahan dan menyeluruh di bahagian depan, tepi dan belakang gigi.
-Bilaskan gigi yang telah dicuci dengan menggunakan air bersuhu sederhana.
-Floskan gigi si kecil dengan menggunakan flos yang halus di antara celah gigi.
-Bilaskan gigi sekali lagi untuk membuang kotoran yang berjaya dicungkil.
berus gigi bayi
Bagaimana jika berlaku pendarahan pada mulut mereka?
Sedang ibu bapa asyik membantu si kecil memberus dan memflos gigi, tiba-tiba kalian perasan bahawa keluar darah daripada mulut mereka.
Apa yang perlu dibuat? Yang paling penting, jangan panik!
Ini kerana pendarahan ketika pertama kali flos gigi anak terutamanya yang masih kecil adalah normal. Pendarahan tersebut juga mungkin boleh berlaku kepada orang dewasa yang memflos gigi buat pertama kalinya.
Hari demi hari, pendarahan ini akan berhenti dengan sendiri ketika memflos gigi anak kerana gusi mereka sudah menjadi lebih kuat dan sihat.
Sekiranya pendarahan ini berlaku dengan sangat teruk dan tidak berhenti setelah beberapa hari atau minggu, segera berjumpa doktor gigi untuk rawatan lanjutan.
Akhir kata, jangan lambat sangat untuk mula flos gigi anak ya? Mulakan dari hari ini juga!
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah dimaklumkan anaknya itu cuma ada tempoh hayat sehingga usia lima tahun, Fazley bersyukur masih diberikan kesempatan untuk bersama-sama Fieradz hingga ke usia 12 tahun.
“Fieradz anak kedua saya yang diduga dengan pelbagai cara. Masa Azrene (isteri) mengandungkan dia, hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam hal lagi.”
“Tapi bila Fieradz keluar dia kurang sebulan setengah daripada sepatutnya, dia kurus dan tak cukup nutrisi. Rupa-rupanya bila periksa, dia ada lubang berdekatan dengan leher dia dan berdepan sindrom squeaky baby.
“Bila bernafas ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor cakap umur lima tahun kalau dia masih hidup sekali pun kita kena masukkan tiub di tekak dia. Kami ketika itu menangis berpelukkan.”
“Kalau dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat, akan muntah macam pili air. Kita sebagai parents, menunggu masa untuk anak itu pergi, adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.
“Tapi syukur, dia boleh main bola dan sebagainya, kemana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar”
“Hakikatnya, perasaan menunggu anak meninggal dunia adalah perasaan yang saya tak nak ulangi”
Katanya, senaman menaikkan peranakan itu hanya boleh dilakukan oleh ibu berpantang tertentu dengan situasi tertentu sahaja.
“Ya saya menerima banyak kecaman ketika melakukan senaman itu dan orang mengaitkannya dengan demam bentan.
“Ramai cakap siapa suruh saya angkat kaki dalam senaman peranakan itu dan mereka katakan ia punca saya demam bentan.
“Sebenarnya ia tiada kaitan pun, malah sebelum melakukan senaman itu saya sudah meminta nasihat doktor dan bidan.
“Malah senaman itu diajar oleh doktor sendiri untuk menaikkan peranakan dan baik untuk ibu yang baru lepas bersalin.
“Lagipun situasi saya berbeza kerana saya bersalin normal dan tiada sebarang jahitan sekalipun. Jadi saya dibenarkan melakukannya dan ia selamat,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Dynas telah dikecam apabila memuat naik video bersenam ketika sedang berpantang.
Dynas baru sahaja melahirkan anak ketiganya Edriel Obil pada Mei lalu.
Justeru, Dynas berkata dia tidak melayan segala komen netizen mengecamnya kerana bimbang berdepan risiko ‘meroyan’ ketika berpantang.
“Ada sahaja kata-kata negatif diberikan seolah-olah mereka (netizen) lebih tahu mengenai situasi dialami.
“Jadi, saya memilih untuk menyekat akaun yang berpotensi meninggalkan komen berbaur negatif.
“Bukan apa, saya masih berpantang. Jika tersilap langkah boleh membuatkan diri meroyan kerana hormon pun kurang stabil,” katanya lagi.