Seharian di rumah menguruskan anak-anak dan rumah tangga, bekerja tanpa henti adakalanya buat kita terlalu lelah. Penat dengan semua ini adakalanya kita tertengking, termarah dan terjerit pada anak. Bukan sengaja tetapi dek kerana gagal mengawal emosi.
Tak mengapa mama, jangan stress atau kecewa. Kita bukan robot untuk berlaku sempurna setiap masa. Ada waktunya kepenatan membuatkan kita gagal mengawal emosi dan keadaan. Menurut kata Dr Tauqiq Razif, meminta maaf daripada anak adalah jalannya jika termarah atau tertengking.
Kadang dah cuba kawal emosi tapi kita tetap
– tertengking
– termarah
– terjerit
– tercubit
Kadang ianya berlaku secara automatik lebih lebih bila si ibu
– sedang penat
– sedang lapar
– sedang serabut
– sedang tertekan
– sedang sakit badan
Ketahuilah ibu ibu semua, bahawa ianya normal untuk kadangkala teremosi pada anak anak asalkan kita
– belajar untuk baiki diri
– belajar untuk improve kawalan emosi
– belajar untuk tampal balik kecederaan emosi anak sendiri
Paling penting sekali adalah belajar untuk merendahkan diri dan meminta maaf pada anak anak kita sendiri.
Dari situ anak kita akan belajar tentang
– kerendahan hati
– kematangan diri
– kekayaan hati
Meminta maaf tidak menjadikan kita orang yang kalah. Meminta maaf bererti kita punya hati yang tunduk merendah tetapi tetap terhormat dan gagah.
Artikel berkaitan: Tak Perlu Jadi Ibu Terbaik Setiap Masa, Ada Waktu Menyinga & Baran, Itu Normal Mama
Nampak Isteri Hilang Manja & Makin Menyinga, Suami Kena Cepat Ambil Hati Isteri
Marah Melebih-Lebh, Tinggikan Suara Pada Anak Petanda Isteri Penat, Suami Jangan Buat Tak Tahu
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)