Teruja Beraya Dengan Siti Aafiyah, Datuk Siti Tempah Baju Raya Sedondon

Share

Kehadiran Siti Aafiyah dalam hidup Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami kali ini memberi sejuta makna yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Lagi-lagi dengan kehadiran Syawal tak lama lagi. Hampir 11 tahun beraya berdua kali ini pastinya Siti Nurhaliza lebih teruja menyambutnya bersama si comel pipi merah.

Menurut Siti Nurhaliza, tahun ini keterujaan lain sikit kerana kehadiran puteri sulung yang sangat dinantikan selama ini dalam keluarga kedua-dua belah pihak.

Penyanyi kesayangan ramai ini juga turut berkata,  seperti biasa pada Hari Raya, mereka sekeluarga akan pulang ke kampung suaminya di Kedah dan kampungnya di Kuala Lipis.

“Saya sendiri tak sabar untuk bawa Siti Aafiyah ke Lipis untuk bertemu dengan saudaranya yang lain. Cuma tak tahu bila sahaja lagi,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persiapan hari raya pula, Siti Nurhaliza mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengirimkan hadiah untuk anaknya itu.

“Untuk Aafiyah, dah banyak bajunya, dan saya sendiri tak mahu membazir. Tetapi untuk baju raya yang matching dengan saya tu, saya akan tempahlah,” jelasnya lagi.

Sumber: ig Siti Aafiyah & media hiburan

Published by
Wan Amy