Orang wanita memang teruja bila tengok pinggan mangkuk. Terbaru yang menjadi tular dalam masyarakat hari ini adalah pinggan mangkuk ayan atau dikenali sebagai enamelware. Sekali pandang memang cantik dan pastinya membuatkan hati teruja untuk memilikinya.
Namun dalam kita tak sedar rupanya terdapat risiko bahaya disebalik rupa menawan set pinggan mangkuk ini. Merujuk kepada satu entri di laman Facebook Public Health Malaysia, jika pembeli membeli pinggan mangkuk jenis ini daripada pengeluar yang sahih maka risiko bahaya menggunakan pinggan mangkuk ini tidak menjadi masalah.
Tapi jika didapati daripada sumber atau pihak yang diragui maka ia amat berisiko untuk kesihatan kerana penggunaan bahan kimia yang tidak dapat dipastikan tahap keselamatannya.
Selain itu, pembeli juga dinasihatkan untuk tidak mengguna pakai peralatan tersebut sekiranya mempunyai kesan calar, retak, kemek dan berkarat.
Pinggan viral terkini adalah pinggan mangkuk ayan atau dikenali sbg enamelware. Ya, ia pinggan rekabentuk vintage yang kembali menjadi perhatian masyarakat.
Untuk menghasilkan pinggan mangkuk enamelware, asasnya adalah dari keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan disaluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.
Bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat. Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.
Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui. Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.
Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.
Boleh akibatkan masalah perkembangan otak anak
Menurut perkongsian tersebut juga, antara kesan terdedah kepada bahan ini termasuklah juga kepada kanak-kanak iaitu menyebabkan risiko masalah perkembangan otak. Ia juga boleh mengakibatkan kerosakan organ seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.
Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak anak. Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.
Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan ataupun pelapik pinggan lain.
Jika anda baru berjinak jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.
Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.
Sumber: Public Health Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI