Masalah jerebu yang melanda negara kita dikhuatiri semakin serius. Boleh dikatakan setiap tahun Malaysia dilanda jerebu yang teruk. Puncanya masih lagi tidak diketahui secara rasmi. Bila dah jerebu aktiviti anak-anak juga menjadi terhad kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan mereka

Ummi Nazeera melalui laman Instagramnya berkongsi juga terkesan dengan keadaan jerebu yang semakin teruk melanda Semenanjung Malaysia hari ini. Menurutnya dia kasihankan kanak-kanak yang perlu lalui keadaan jerebu yang teruk. Orang dewasa sepertinya juga terkesan apatah lagi anak-anak yang masih kecil.

Tambahnya lagi, keadaan ini berlaku setiap tahun dan ia menyebabkan kanak-kanak tidak dapat membuat aktiviti luar kerana udara yang tercemar.

“Pity our children have to go thru this Haze. It’s affecting me as an adult. Imagine how it affects children. Even tho in this photo ayra looks so happy hahaha”

“Every year same case. Sadly. Siapa tahu dari mana datangnya jerebu ni tiap tiap tahun? And r we NOT DOING ANYTHING about it?  No more outdoor activities kids.”

IKLAN

Teruknya Jerebu Sekarang! Ummi Nazeera Pun Turut Terkesan. Kesian Anak-anak Tak Boleh Buat Aktiviti Luar

Ternyata ramai yang setuju dengan apa yang dikongsikan oleh Ummi Nazeera di laman Instagramnya itu dan berharap keadaan ini akan segera pulih.

“Kan. Kita yang dewasa pun susah nak bernafas. Kanak-kanak lagi lah”

IKLAN

“Ya, anak-anak nak main outdoor pun tak selesa”

“Yes…kesian anak-anak. Tambah-tambah yang ada penyakit asthma like me and my kakak… So struggle to go outside”

Teruknya Jerebu Sekarang! Ummi Nazeera Pun Turut Terkesan. Kesian Anak-anak Tak Boleh Buat Aktiviti Luar

IKLAN

Teruknya Jerebu Sekarang! Ummi Nazeera Pun Turut Terkesan. Kesian Anak-anak Tak Boleh Buat Aktiviti Luar

Teruknya Jerebu Sekarang! Ummi Nazeera Pun Turut Terkesan. Kesian Anak-anak Tak Boleh Buat Aktiviti Luar

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan 10 langkah pencegahan untuk diikuti ikuti sepanjang keadaan berjerebu ini:

  1. Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
  2. Selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
  3. Banyakkan berada berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
  4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
  5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
  6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
  7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
  8. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
  9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
  10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

KKM turut menyarankan orang ramai mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.

sumber: Instagram Ummi Nazeera & Utusan Online

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI