“Syukur alhamdulillah.” Ini perkataan pertama yang keluar dari mulut seorang ibu saat diberitahu oleh doktor pembedahan membuang ketumbuhan di otak anak telah selamat dilakukan pada 11 Januari lalu.
Danish Raykarl Kuat!
Tiada seorang ibu atau ayah yang sanggup melihat anaknya sakit. Tapi ujian yang diberikan Allah ini pasti ada hikmah. Seperti yang dikongsikan oleh ibu adik Muhammad Danish Raykarl, Noor Baizura Mohd Shariff, semua ini dianggap macam mimpi. Sekelip mata Danish berubah dari seorang anak yang ceria kini pergerakannya dah sedikit terbatas.
Namun berkat doa orang ramai, walaupun Danish Raykarl tidak seperti dirinya yang dulu, kejayaan melakukan pembedahan kanser otak itu pun satu anugerah yang tak ternilai. Lagi bersyukur Danish Raykarl juga telah dibenarkan keluar wad dan balik ke rumah di Melaka.
Selepas ini, perlu membuat rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur dengan beberapa pakar bagi memastikan sel-sel kanser itu tidak menganggu perkembangan dirinya.
Ambil masa untuk mata ok semula
Cuma sekarang ini, mata Danish Raykarl tak normal seperti sebelum ini kesan daripada proses pembedahan. Bagaimanapun insyaAllah pakar bedah beritahu, matanya akan normal semula tetapi ambil sedikit masa.
Banyak saraf terganggu
Ini kerana sepanjang pembedahan itu dilakukan, banyak saraf yang terganggu. Semasa pembedahan tersebut dilakukan, pakar turut memasang tiub kekal (VP Shunt) dalam kepalanya untuk saluran cecair otak lebih lancar.
Mula tunjukkan perubahan positif
Cuma sekarang ni Danish Raykarl perlu minum susu ikut tiub terlebih dahulu untuk pastikan semuanya ok. Tapi bersyukurnya kaki, tangan, kepala dan badan boleh bergerak macam biasa.
Apabila dia menangis pun dah boleh dengar suaranya berbanding sebelum awal-awal pembedahan langsung tak keluar suara.
Terima kasih sumbangan dan doa orang ramai
Sebagai ibu apa yang membuatkan saya terharu, ramai yang bagi bantuan dan sumbangan untuk Danish Raykarl sebelum ini. Sehinggalah saya dapat sewa alatan luar masa pembedahan Danish atas saranan doktor bedah untuk memudahkan kerja doktor dengan harga RM 2,500.
Terima kasih atas doa dan sumbangan orang ramai pada kami sekeluarga untuk memudahkan urusan Danish Raykarl. Moga Allah membalas semuanya. Biarpun bukan sumbangan wang tunai, doa dari anda pun boleh jadi kekuatan untuk Danish terus kuat dan cepat sembuh.
Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah Danish Raykarl yang secara tiba-tiba kepalanya senget ketika usia 11 bulan dan lagi jelas kelihatan apabila menonton televisyen. Sebelum itu, semuanya sihat dan normal.
ARTIKEL BERKENAAN [Sekelip Mata Berubah! Usia 11 Bulan Kepala Danish Senget Sebelah Kanan, Rupanya Ada Ketumbuhan]
Sehinggalah keputusan yang diperoleh oleh doktor menunjukkan ada ketumbuhan dan bermulah perjalanan hidup baru anak ini.
Terus doakan anak kecil ini kuat dan dapat membesar dengan sihat seperti anak-anak yang sebaya dengannya. Amin.
ARTIKEL MENARIK [Cuba Check Kita Marah Anak Sebab Mendidik Atau Ikut Perasaan Kerana Penat]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak Cakap Banyak Tapi Pelat. Biasakan Dua Latihan Asas Ni Dulu, Lama-Lama Ok!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)