Meneruskan puasa walau pun tidak mampu melaksanakannya, ibu hamil sebenarnya sedang merisikokan bahaya kepada bayi dalam kandungan.
Puasa di bulan Ramadan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam. Sementelah pada penghulu segala bulan ini, semua berlumba-lumba melakukan ibadah yang terbaik termasuk kewajipan berpuasa. Wanita hamil juga tidak terkecuali, tapi pada keadaan kesihatan yang tertentu puasa tidak boleh diteruskan.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, ibu hamil perlu peka dengan keadaan diri serta tidak mengabaikan kesihatan janin dalam kandungan.
BOLEHKAH WANITA HAMIL BERPUASA?
Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.
“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.
Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.
Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada’) puasanya kelak.
Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa. Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.
Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.
Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka. Hal yang demikian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.
PAKSA DIRI PUASA BOLEH MEMBAHAYAKAN JANIN
Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.
Di sini ingin saya berkongsi tips-tips mudah bagi ibu-ibu hamil mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.
APAKAH CARA TERBAIK BAGI WANITA HAMIL BERBUKA PUASA?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
APAKAH SAYA PERLU MAKAN SAHUR JIKA SAYA BERPUASA SEMASA HAMIL?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari
MINUMAN SELEPAS BERBUKA
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
APAKAH YANG PERLU SAYA AMBIL & ELAKKAN DALAM DIET SEMASA BERPUASA?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Kepada ibu mengandung yang difikirkan sihat dan boleh berpuasa oleh doktor, selamat berpuasa. Yang tak boleh tu, atau dalam erti kata lain berpuasa boleh memudaratkan, jgn degil gak tuk berpuasa.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan