Ada macam-macam cara ibu ayah menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka. Sama ada disambut secara sederhana bersama keluarga atau diadakan majlis untuk famili dan kenalan rapat. Paling penting, anak rasa gembira dapat meraikan ulang tahun bersama kedua orang tuanya.
Berbeza pula cara pelakon cantik dari tanah seberang, Nikita Willy dan suaminya Indra Priawan yang menyambut ulang tahun kelahiran anak pertama mereka, Issa Xander di Hospital Pesakit kanser Dharmais, Jakarta, Indonesia pada Sabtu lalu.
Baca Juga:
“Baru Seronok-Seronok Jaga Baby, Kena Masuk Wad.” Usia 26 Hari, Anak Safwan Nazri Dijangkiti RSV
“Wait, Sabar.” Video Anak Zahirah MacWilson Tahan Diri Makan Coklat Buat Ramai Kagum. Cerdik!
Memilih untuk tidak menganjurkan majlis mewah untuk ulang tahun pertama anaknya, nikita berkongsi foto dengan pesakit kanser yang berjuang melawan penyakit mereka.
Dia mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan buat semua warga hospital yang telah menyambut baik mereka sekeluarga untuk meraikan ulang tahun Issa bersama pesakit di sana. Turut melahirkan rasa terima kasih kepada para doktor yang terus komited menjalankan tanggungjawab mereka.
“Terima kasih untuk para doktor dan perawat yang tak kenal lelah untuk selalu merawat adik-adik di hospital.”
Nikita telah membuat hantaran di akaun Instagramnya untuk berkongsi tentang aktiviti mereka sekeluarga ketika berkunjung ke hospital tersebut.
Selain itu, pelakon ini juga turut memberi kata semangat kepada pesakit kanser dan sentiasa mendoakan mereka untuk menunjukkan sokongannya kepada mereka.
“Untuk adik-adik atau rakan-rakan yang sedang dalam perjuangan melawan penyakit, teruskan semangat dan ingatlah kalian tidak bersendirian. Saya mewakili pengikut di media sosial akan selalu menyokong dan mendoakan kalian.”
Melalui ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Nikita dan suami dalam menghargai pesakit kanser dan turut meraikan mereka untuk sebagai tanda sokongan.
Ada juga yang mengatakan sambutan ulang tahun kelahiran anak yang dibuat Nikita ini berbeza dengan orang lain yang biasanya mengadakan parti hari jadi. Sesetengah follower juga mengatakan tindakan sebegini dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pesakit kanser.
Sekadar recap, Nikita telah berkahwin dengan suami tercinta pada 16 Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Issa Xander Djokosoetono yang kini berusia setahun. Terdahulu, ratu sinetron Indonesia ini telah melahirkan Issa di hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles pada bulan April tahun lalu.
Sumber: mStar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!