Dr Sheikh Muszaphar meluahkan rasa syukur di atas kehamilan ke-tujuh isterinya, Dr Halina walaupun kehamilan kali ini bukan kehamilan kembar.
Menurutnya, dia tetap berharap adanya janin kembar namun bukan rezeki untuk Dr Halina hamil anak kembar setelah di periksa oleh doktor.
“Bukan kembar kali ni”
“I told Dr Imelda (O&G) to look for the other Twin … Probably hiding behind the uterus But Doc adamantly said only one heartbeat . Not a Twin this time …”
Ads
“Tetap bersyukur. Alhamdulillah …Maybe next one”
Tambahnya lagi, mungkin kehamilan akan datang adanya janin kembar kerana sebelum ini Dr Halina pernah hamil bayi kembar sebanyak 2 kali iaitu Adam dan Noah serta Emilia dan Eusoff.
“Dr Halina is now at 14 weeks pregnancy. Fasting Blood sugar is slighly raised. Probably due to lack of sleep last nigh. Kerja sampai 12 malam kat hospital
Sugar need to be monitored.”
Ads
“Did a Chromosomal Blood test. To rule out all the Syndromes. Also to find out the gender of the baby. Scan was good. Heartbeat was strong. Growing well”
“Ya Rabb. Semoga dipermudahkan kehamilan Dr Halina. Amiinn …”
“We are excited to know the gender … Feeling like a first time Parent all over again”
Isteri kepada pelawak, Fad Bocey iaitu Syaheera kini sedang hamil anak kelima mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Syaheera sendiri di laman Instagramnya.
Dia tidak sangka akan diberikan lagi rezeki zuriat serta menitipkan doa buat wanita yang masih menantikan kehadiran cahaya mata.
“Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulisnya.
Sebaik mengetahui diri berkemungkinan hamil melalui ujian kehamilan sendiri, anda perlu segera dapatkan pengesahan daripada doktor.
Jika memilih untuk menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan untuk bersalin kelak, anda perlu ke klinik kesihatan untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu hamil yang turut popular dengan nama buku pink.
Buku pink adalah kad antenatal yang diperolehi di klinik kerajaan. Dalam terma perubatan, ia dipanggil antenatal red card. Namun disebabkan warna buku ini kelihatan seperti merah jambu, ia disebut-sebut sebagai buku pink.
Untuk mendaftar diri bagi mendapatkan buku pink, waktu yang disyorkan adalah seawal lapan minggu dan tidak melebihi 12 minggu.
Jangan tunggu lama-lama untuk mendaftar ya. Jika lambat mendaftar, anda yang mungkin berisiko dalam kehamilan berdepan dengan pelbagai isu berbangkit pula.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Malah bagi anda yang hamil kali kedua atau seterusnya pun mungkin pernah mengalami komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin di kehamilan terdahulu.
Buku antenatal ini adalah penting kerana di dalamnya terdapat pelbagai maklumat penting seperti tarikh akhir haid, tarikh dijangka bersalin, rekod sejarah kehamilan, termasuk tarikh temu janji pemeriksaan antenatal dan sebagainya.
Semasa lawatan pertama, sejarah perubatan anda dan keluarga; pemeriksaan fizikal dan ujian darah akan dilakukan.
Anda juga diminta mengingat tarikh akhir haid. Dengan itu tarikh anda dijangka bersalin (expected date of delivery – EDD) dapat ditentukan. EDD ini akan disahkan berdasarkan ujian imbasan ultrabunyi yang dipanggil revised expected date of delivery (REDD).
Oleh itu, anda perlu membawa segala dokumen berkaitan dengan kesihatan anda apabila merancang mendaftar dan membuat pemeriksaan antenatal pertama.
Dokumen Penting Semasa Pendaftaran
Apa yang paling penting ialah kad pengenalan. Selain itu, bil utiliti seperti bil air atau elektrik juga perlu dibawa. Ada juga klinik kesihatan tertentu yang meminta sijil nikah atau kad nikah.
Bil utiliti diperlukan kerana pihak klinik mahu memastikan alamat rumah anda disebabkan pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Jika selepas mendapat pemeriksaan di klinik kesihatan dan anda berubah fikiran untuk bersalin di hospital swasta pun, buku pink ini sangat berguna.
Hal ini kerana, di dalam kad berkenaan terdapat pelbagai maklumat penting mengenai status kehamilan anda.
Kandungan buku pink sangat sistematik. Malah ia dilengkapi pelbagai maklumat berkenaan kehamilan serta amat mudah dan menyenangkan kaki tangan perubatan atau di bilik bersalin mengetahui status atau masalah yang dialami anda dengan cepat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kencing manis semasa hamil seringkali terjadi. Pemilihan jenis sajian yang tepat penting untuk mengawal paras gula.
Ibu hamil amat memerlukan zat-zat nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan dan pertumbuhan bayi berada pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan. Keperluan nutrien semasa hamil meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Selain karbohidrat, anda juga memerlukan protein, lemak, kalsium, asid folik, zink, Vitamin B, C, D, E dan pelbagai mikronutrien lain.
Menurut Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, semasa hamil anda memerlukan lebih kurang 1,000mg kalsium setiap hari.
Menurut laporan USDA, ibu hamil disyorkan untuk mengambil 3 cawan susu atau produk tenusu setiap hari. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium. Maka, 3 cawan susu dapat membantu anda memenuhi keperluan kalsium harian yang diperlukan ketika hamil.
Susu merupakan sumber kalsium yang penting. Kalsium yang terkandung dalam susu penting untuk pembentukan gigi dan tulang bayi dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga memiliki peranan penting dalam membantu melancarkan rangsangan pada saraf dan otot bayi. Selain kalsium, susu juga mengandungi vitamin D, nutrisi penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat dan pertumbuhan bayi terbantut (IUGR) dan mengurangkan risiko ibu hamil mendapat penyakit preeklampsia.
Di samping itu, susu mengandungi asid folik dan DHA yang memainkan peranan dalam pembentukan saraf serta otak bayi. Perubahan fisiologi ketika hamil menyebabkan anda cenderung untuk mengalami masalah pedih ulu hati dan gastrik. Jadi, pengambilan susu dapat melegakan simptom ini kerana susu adalah sejenis antasid.
Umum mengetahui, kepentingan pengambilan susu ketika hamil, namun persoalan yang sering diajukan oleh ibu hamil adalah susu yang mana lebih baik? Jom ketahuinya
1. Susu penuh krim
Susu penuh krim memiliki hampir 3.5% kandungan lemak dan 149 kalori secawan. Ia juga mengandungi sekitar 5gm lemak tepu untuk satu cawan penyajian.
2. Susu lembu yang dipasteur
Pasteurisasi adalah satu proses pemanasan makanan atau minuman dengan tujuan membunuh organisma seperti bakteria dan ia juga adalah suatu proses untuk melambatkan pertumbuhan mikrob pada makanan. Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), menyarankan agar semua wanita hamil menghindari makanan yang diperbuat daripada susu yang tidak melalui proses pasteurisasi.
3. Susu rendah lemak
Susu rendah lemak adalah pilihan yang tepat oleh ibu hamil. Di samping mengandungi nutrien dan zat yang mencukupi, ia juga rendah kalori. Malah, ia amat baik untuk ibu hamil yang menghidap penyakit kencing manis ketika mengandung (GDM).
Pengambilan susu rendah lemak yang dipasteur adalah disarankan supaya kenaikan berat badan tidak berlebihan daripada skala normal. Dalam pada itu, pengambilan susu yang diformulasikan khas untuk ibu hamil secawan sehari adalah tidak memudaratkan bagi ibu hamil yang tidak mempunyai apa-apa masalah perubatan.
Bagi ibu yang menghidap kencing manis ketika hamil (GDM) pengambilan susu formulasi adalah tidak digalakkan kerana ia mengandungi sukros yang boleh menyebabkan kawalan gula dalam badan ibu GDM menjadi tidak terkawal dan menyebabkan hyperglisemia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.