Seri ibu mengandung memang auranya lain daripada yang lain. Macam pelakon Farah Nabilah yang kini sedang hamil anak pertama. Dia yang berkongsi gambar terbarunya di Instagram baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai.
Pada Jun yang lalu, Farah mengumumkan berita kehamilannya kepada peminat dengan menyatakan bahawa usia kandungan ketika itu sudahpun memasuki usia 19 minggu atau hampir lime bulan.
Pelakon Titian Cinta ini dijangka akan bersalin pada penghujung Oktober atau awal November tahun ini.
Pernah berkongsi bahawa dia alah dengan santan dan ayam pada awal trimester tapi sudah pun kembali ok setelah peralihan fasa kehamilan seterusnya.
Dalam posting terbarunya di media sosial, Farah berkongsi gambar terbarunya untuk tatapan peminat dengan penampilan terbaru bersama ‘baby bump’ yang comel.
Dengan kapsyen yang menyatakan itu adalah gaya fesyen terkini untuknya iaitu apa sahaja yang boleh muat kerana diri kini sedang hamil.
“Current fashion style: Anything that still firs,” tulisnya ringkas pada entri di Instagram miliknya.
Menjenguk ke ruangan komen, para peminat serta rakan artis memberikan reaksi yang rata-ratanya memuji bakal ibu ini yang kekal cantik dan nampak semakin berseri-seri.
Farah dan suaminya seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus selamat disatukan pada 20 November 2019. Pada Jun yang lalu Farah berkongsi bahawa dirinya hamil cahaya mata pertama mereka.
Sumber: Media Hiburan & IG Farah Nabilah
Artikel berkaitan: Tahniah Farah Nabilah & Suami. Kongsi Berita Gembira Dah Berbadan Dua. Usia Kandungan Sudah 19 Minggu