Pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri selamat bersalin baru-baru ini mendapat perhatian ramai setelah mengumumkan kelahiran anak sulung pada hari Selasa di instagramnya.
Memetik laporan mStar, individu paling teruja dengan kelahiran tersebut tentunya ibu Dr Amalina iaitu Sabariah Hassan.
Menurut Sabariah, anaknya selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital St Thomas, Londo, UK.
“Memang teruja sebab inilah cucu pertama daripada satu-satunya anak saya. Kalau nak luahkan rasa gembira itu, sama seperti gembiranya sewaktu melahirkan Amalina,” katanya.
Dr Amalina dan suami, Alexander Charles telah sepakat memilih nama Arabella Mia buat puterinya.
Dalam pada itu, Sabariah berkata, Dr Amalina selamat melahirkan anak pada pukul 5 pagi Ahad lalu waktu tempatan.
Ads
Sebagai ibu, dia turut meluahkan rasa syukur kerana doanya buat Dr Amalina sekeluarga di Tanah Suci ketika menunaikan umrah dan haji baru-baru ini dimakbulkan Allah.
“Saya berdoa di tempat-tempat yang mustajab doa, termasuk dihadapan kaabah..saya berdoa agar Amalina dipermudah urusan bersalinnya, agar dia dan bayi sihat selepas bersalin. Alhamdulillah dia saya dimakbulkan,” tambahnya.
Dalam pada itu, pesara guru dan bekas pengetua Sekolah menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram itu juga tidak sabar untuk bertemu dengan anak, menantu dan cucu sulung di London.
Sabariah berkata, dia merancang untuk berlepas ke London pada minggu depan, sambil menambah telah membuat persiapan untuk menjaga anaknya semasa berpantang.
Ads
“InsyaAllah saya akan ke London untuk menjaga Amalina selama lebih sebulan semasa berpantang. Saya akan campur sikit dengan cara berpantang moden dan tradisional secara sederhana, selebihnya terserah kepada Amalina sendiri.
“Antara yang saya bawa ke London adalah tungku elektrik yang akan digunakan untuk bertungku secara moden sekiranya perlu,” ujarnya.
“Tambah Sabariah, dia juga akan menyediakan masakan yang bersesuaian dan berkhasiat untuk Dr Amalina sepanjang tempoh berpantang.
“Lebih 20 menu saya sediakan untuk Amalina dan dia akan pilih ikut kesesuaian dan citarasa. Semua berkhasiat dan antaranya adalah sayuir brokoli yang dipanggang,” ujarnya.
Ads
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London, 31 Mac tahun lalu.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Isu penggunaan lift seperti tiada kesudahan kerana kurangnya kesedaran tentang keutamaan menggunakan lift dalam masyarakat kita.
Situasi ini turut dirasai oleh selebriti terkenal, Yana Samsudin yang mempunyai pengalaman serupa seperti kisah yang tular baru-baru ini.
Yana turut meluahkan rasa kesal dengan sikap masyarakat yang mementingkan diri. Ikuti perkongsian ini.
Macam tahu je kat mana, tempat tu memang orang sihat walafiat pun berebut naik lif
Pernah berlaku sendiri dekat saya, saya masuk bawa stroller baby, pastu seorang pemuda dalam tu kata dah penuh. Dalam tu semua anak muda.. takda pun yang bawa stroller atau yang mengandung.
Tak kan saya nak pisah dengan anak kecik saya dan baby saya? Saya terus jawab kat dia , “So ? Saya yang kena keluar atau awak? ” pastu muka dia selamba je buat tak faham.
Saya keluar juga sebab saya tak boleh satu lif dengan orang yang terlalu pentingkan diri sendiri. Saya guna escalator! Sampai ke atas saya tenung je muka pemuda itew.. biar dia ingat saya sampai mati.
Sedangkan PA saya boleh je pisah naik escalator tepi tu.
Kesedaran pasal keutamaan penggunaan lift sebenar sekarang dah kurang di kalangan masyarakat.
Sepatutnya beri keutamaan : 1-Orang Tua 2-Ibu mengandung 3- OKU 4- penjaga yang bawa stroler dan budak kecil
Yang muda sihat walafiat tu naik lah escalator bergerak yang jarak nya hanya 10 tapak dari tepi lif tu…
Atau, letak kan penjaga berhampiran lif untuk menunjuk arah siapa yang sepatutnya boleh pakai lif dan siapa yang sepatutnya perlu guna escalator.
Sementara saya masih di bumi Mekah, saya boleh kongsikan pengalaman saya disini. Orang berebut rebut nak tolong tolak orang yang guna wheelchair , nampak je orang terpinga pinga terus di tunjuk kan mana arah perlu pergi.
Mana yang boleh guna lift , dan mana arah escalator , orang awam sendiri dan penjaga di situ..
mungkin boleh menjadi ikutan kita di sini. Muliakan orang yang memerlukan.
Semoga dengan posting ini, bertambah lagi kesedaran orang ramai yang dah semakin berkurangan itew…
Satu kehilangan yang amat terkesan. Seorang bayi berusia dua tahun selamat selepas tercampak dari kereta yang dipandu ayahnya.
Namun anak kecil ini terpaksa berpisah di dunia ini selepas pemergian ibunya, Norfadilah Ismail, 34, yang turut berada di dalam kereta sebelum dilanggar kenderaan lain dari arah belakang di Kilometer 291.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, pagi semalam.
Bayi berusia dua tahun itu selamat dan tidak mengalami kecederaan fizikal namun kehilangan ibunya yang ketika itu berada di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Myvi yang dipandu oleh bapa kanak-kanak itu.
Menurut perkongsian Harian Metro, bayi berkenaan tercampak keluar apabila kereta dinaiki tiga beranak itu dilanggar kemudiannya menyusur keluar dari jalan raya berturap sebelum terbalik.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian jam 8.10 pagi itu membabitkan Perodua Myvi dinaiki tiga beranak yang dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi Perodua Myvi yang dipandu lelaki berkhidmat sebagai anggota tentera.
“Punca kemalangan akibat Perodua Myvi yang dipandu anggota tentera berusia 22 tahun itu melanggar Perodua Myvi dinaiki tiga beranak berkenaan dari arah belakang.
“Benar (bayi tercampak keluar dari kenderaan) dan mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan, namun setakat ini belum ada sebarang kecederaan serius dimaklumkan yang dialami bayi itu,” katanya berkongsi.
Jenazah ibu bayi yang juga seorang suri rumah akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Kampar.
Selain mangsa maut, kesemua yang terbabit dalam nahas itu meliputi bayi, bapanya, serta empat anggota tentera tidak mengalami kecederaan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Baru sahaja berusia 22 hari, bayi yang diberi nama Dzihni Keysha Humaira dikesan mengalami masalah jantung berlubang dan juga masalah saluran darah ke paru-paru sehari selepas dilahirkan.
Dengan penyakit kronik yang dihidapi oleh bayi tersebut, bapanya, Hamidon Abidin, 43, dan isteri Zuhaina Zulkamal, 42 memerlukan bantuan orang ramai bagi menyelamatkan bayi mereka itu.
Menurut laporan sebuah akhbar, Hamidon bekerja sebagai seorang pemandu bas manakala isterinya pula seorang suri rumah tangga.
Bayi pucat dan kebiruan selepas dilahirkan. Hanya bergantung alat bantuan pernafasan.
“Saya perasan, lepas dilahirkan, bayi saya kelihatan pucat sedikit dan bibirnya kebiruan, bukan putih kemerah-merahan seperti bayi normal yang lain.
“Bayi saya sekarang bergantung kepada bantuan alat pernafasan sejak lahir. Kini, berat badannya juga berkurang sebanyak 130 gram.
“Saya berharap orang ramai membantu kami supaya kesihatan Humaira bertambah baik dan dapat menjalani kehidupan normal,” katanya di sini, hari ini.
Perlu RM40,000 untuk kos pembedahan
Zuhaina berkata, pasukan doktor dari dua hospital berbeza mengesyorkan bayi kami menjalani pembedahan di Gleneagles Kuala Lumpur.
Katanya, Humaira memerlukan bantuan kewangan kira-kira RM40,000 bagi menampung kos pembedahan yang akan dijalankan secepat mungkin.
“Jika pembedahan tidak dilakukan, ini akan membahayakan nyawa Humaira kerana bayi saya kekurangan oksigen ke paru-paru,” katanya.
Orang ramai boleh menyumbang kepada Humaira menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 5141 0532 3170. Sumbangan dengan hendaklah ditulis nama pesakit (Dzihni Keysha Humaira Hamidon) di belakang cek dan dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, No. 31, Jalan Riong, 51900, Bangsar, Kuala Lumpur.
Usahawan kosmetik, Joy Revfa sebelum ini pernah berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia hamil pada Ogos tahun lalu. Baru-baru ini menerusi akaun TikToknya, Joy berkongsi suasana wad yang bakal 'dihuni' bersama bayinya nanti selepas bersalin nanti.