“Tetap Ikut Cara Pantang Tradisional.” Ibu Dr Amalina Siap Bawa Tungku Ke London

Share

Pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri selamat bersalin baru-baru ini mendapat perhatian ramai setelah mengumumkan kelahiran anak sulung pada hari Selasa di instagramnya.

Memetik laporan mStar, individu paling teruja dengan kelahiran tersebut tentunya ibu Dr Amalina iaitu Sabariah Hassan.

Menurut Sabariah, anaknya selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital St Thomas, Londo, UK.

“Tak tahu nak gambarkan betapa seronok dan gembiranya saya. Syukur alhamdulillah.

“Memang teruja sebab inilah cucu pertama daripada satu-satunya anak saya. Kalau nak luahkan rasa gembira itu, sama seperti gembiranya sewaktu melahirkan Amalina,” katanya.

Dr Amalina dan suami, Alexander Charles telah sepakat memilih nama Arabella Mia buat puterinya.

Dalam pada itu, Sabariah berkata, Dr Amalina selamat melahirkan anak pada pukul 5 pagi Ahad lalu waktu tempatan.

Sebagai ibu, dia turut meluahkan rasa syukur kerana doanya buat Dr Amalina sekeluarga di Tanah Suci ketika menunaikan umrah dan haji baru-baru ini dimakbulkan Allah.

“Saya berdoa di tempat-tempat yang mustajab doa, termasuk dihadapan kaabah..saya berdoa agar Amalina dipermudah urusan bersalinnya, agar dia dan bayi sihat selepas bersalin. Alhamdulillah dia saya dimakbulkan,” tambahnya.

Dalam pada itu, pesara guru dan bekas pengetua Sekolah menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram itu juga tidak sabar untuk bertemu dengan anak, menantu dan cucu sulung di London.

Sabariah berkata, dia merancang untuk berlepas ke London pada minggu depan, sambil menambah telah membuat persiapan untuk menjaga anaknya semasa berpantang.

“InsyaAllah saya akan ke London untuk menjaga Amalina selama lebih sebulan semasa berpantang. Saya akan campur sikit dengan cara berpantang moden dan tradisional secara sederhana, selebihnya terserah kepada Amalina sendiri.

“Antara yang saya bawa ke London adalah tungku elektrik yang akan digunakan untuk bertungku secara moden sekiranya perlu,” ujarnya.

“Tambah Sabariah, dia juga akan menyediakan masakan yang bersesuaian dan berkhasiat untuk Dr Amalina sepanjang tempoh berpantang.

“Lebih 20 menu saya sediakan untuk Amalina dan dia akan pilih ikut kesesuaian dan citarasa. Semua berkhasiat dan antaranya adalah sayuir brokoli yang dipanggang,” ujarnya.

Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London, 31 Mac tahun lalu.

Kredit: mStar; IG Dr Amalina Bakri

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy