Tetap Sayang Walaupun Anak Angkat! Ini Pendirian Aliff Syukri Dan Isteri

Share

Tak perlu nak membezakan anak sendiri dengan anak angkat! Itu pendirian Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. Pasangan ini wajar dipuji kerana walaupun dah mempunyai tiga anak kandung, namun masih lagi menerima kehadiran dua anak angkat dalam keluarganya.

Ternyata Ameena dan Qayyum cukup bertuah kerana mendapat sepenuh kasih sayang. Malah anak-anak Aliff Syukri pun teruja dengan dua adik baru mereka. Masing-masing cukup mesra melayannya.

Melalui perkongsian di instagram, kemanjaan Ameena dan Qayyum dengan Aliff serta isterinya membuatkan ramai peminat kagum.

Di sebalik kesibukan mereka menjalankan perniagaan, perhatian pada anak-anak diberi keutamaan. Boleh dikatakan Aliff sentiasa meluangkan masa dengan dua anak angkatnya setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur.

Paling terkesan sekali, Aliff dan isteri tak sanggup bila tahu dua anak angkatnya kurang sihat. Seboleh mungkin dia mahukan yang terbaik. Memang respect sungguh pada pasangan ini yang begitu ikhlas menjaga anak angkatnya.

Sementara itu, Aliff juga turut terkilan dengan pandangan orang ramai mengenai tindakannya tidak membawa dua anak angkat bercuti ke luar negara bulan lalu. Aliff dalam kenyataan kepada MStar Online menyatakan kedua-dua anak angkatnya tak boleh dibawa keluar negara selama dua tahun kerana masih di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Jangan buat andaian mengatakan kami tak bawa sekali sebab mereka anak angkat. Kalau boleh kami nak bawa semua,” jelasnya.

Walau apa pun pandangan orang ramai, semoga Aliff dan isteri dapat terus mencurahkan kasih sayang kepada dua permata hati istimewa mereka. Semoga Ameena dan Qayyum dapat membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan seluruh ahli keluarga Aliff.

Sumber: instagram babyterlajaklaris

Published by
Wan Amy