Rezeki Allah nak bagi dalam pelbagai cara. Cuma kita tak tahu macam mana rezeki yang dah ditentukan pada kita. Rezeki anak, wang, kerjaya antara yang cukup berharga buat seseorang dalam hidup mereka.
Begitu juga buat pasangan suami isteri ini, Siti Nur Izati Azmi dan Ahmad Zulhadi Ghazali yang dikurniakan cahaya mata kembar lelaki berusia 1 tahun 3 bulan.
Mungkin ramai menganggap anak kembar ini mestilah salah seorang pasangan mempunyai keturunan kembar. Namun bagi Izati dan Zulhadi, mereka berdua tiada genetik kembar dan tak sangka pun dikurniakan anak kembar.
Menurut Izati, pertama kali semasa tahu dirinya hamil pada usia kandungan 4 minggu. Namun semasa kandungan masuk 8 minggu barulah tahu mengandungkan anak kembar.
Ads
“Itupun masa awal-awal doktor tak perasan tapi bila buat pemeriksaan secara teliti nampak ada dua janin dalam rahim. Apabila beritahu ahli keluarga memang semuanya terkejut dan tak percaya namun kami menerima dengan reda dan gembira rezeki dari-Nya.
“Syukur juga sepanjang mengandung tiada alahan teruk dan masih aktif. Naik turun tangga pun tiada masalah,” katanya.
Ads
Kata Izati, selepas lahirkan anak kembar mereka, Ali Yusuf dan Ali Umar, baru rasa sedikit cabaran terutama aspek mental. Nak kena urus anak dua orang serentak bukan perkara mudah. Bagaimanapun, pertolongan dari ahli keluarga buatkannya sentiasa positif.
Ads
“Kini semuanya mudah kerana dah tahu apa rutin mereka, macam mana nak urus masa bawa keluar berjalan, ketika demam atau tak sihat.
“Satu lagi formulanya, saya dah tetapkan rutin mereka berdua sejak bayi lagi. Contohnya bila nak makan bersama, menyusu dan tidur pun sama. Jadi tiadalah saya rasa penat sepanjang masa.
“Ibaratnya saya belajar dari zero hinggalah dah mampu urus anak sendirian walaupun ada ketikanya mereka berdua agak lasak,” katanya.
Nak tahu lagi apa yang menarik mengenai dunia si kembar dan perkongsian tip dari Pakar Sakit Puan, tonton rancangan Pa&Ma malam ini, jam 9 malam di Astro Prima dan Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini Yana Samsudin berkongsi sebuah foto di laman Instagramnya. Dengan caption yang agak lucu kerana dia berkongsi pengalaman membeli makanan untuk anaknya, Aisy Mateen ketika bulan Ramadan. Menurut pelakon dan pengacara cantik ini, dahulu dia segan untuk membeli anaknya makanan.
Sehinggakan ketika membuat order, dia beritahu untuk anaknya. Tambahnya lagi, apabila sudah masuk dua tahun pengalaman, dia sudah semakin okay. Sudah biasa belikan makanan untuk Mateen. Katanya kalau malu-malu, anak pula yang kelaparan dan dahaga. Apatah lagi jika berada di luar, kerana anak ibu ayah sanggup buat apa sahaja.
Kiranya ada ‘lesen besar’ untuk beli makanan di siang hari bila dah ada anak. Sempat bertanya kepada pengikutnya di Instagram, pernah atau tidak dilihat pelik orang lain ketika membeli makanan pada waktu siang. Berseloroh, kata Yana jangan pula ada yang mengirim makanan untuk dia belikan hanya kerana Yana memiliki ‘lesen besar’.
“Nakkkk!!” sambil menangis, bergolek, pukul, jatuhkan barang, mengamuk kerana keinginanya tidak diendahkan. Begitulah cara anak-anak kecil untuk mendapatkan sesuatu dan jika ibu bapa tewas dengan amukanya, maka dia tahu cara inilah sebenarnya untuk dia mendapatkan sesuatu dengan mudah.
1) Bila anak menangis sebab nakkan sesuatu, sedangkan dia dah tau peraturannya tak boleh mohon mak ayah kekal tenang.
2) Kalau mak ayah kalah, dan turutkan kemahuan anak (macam dalam komik 1), bersedialah untuk dimanipulasi oleh anak pada hari lain.
3) Manipulative tantrum berlaku atas 2 sebab utama:
i. Anak nak sesuatu yang kita tak bagi
ii. Anak nak elak buat sesuatu yang kita suruh
4) Jadi anak perlu ‘lakonkan’ tangisan untuk capai kehendak mereka.
5) Manipulative tantrum berbeza dengan MELTDOWN. Meltdown ni bukan ‘lakonan’. Anak sendiri terseksa untuk kawal emosi kecewa, letih dan marah mereka. Meltdown biasa terjadi pada sekitar usia 2 tahun.
6) Kalau tak nak anak membesar pandai manipulate, jangan sesekali ikut komik nombor 1, sebaliknya cuba buat macam komik nombor 2 tu.
BE FIRM, YET CALM AT THE SAME TIME.
Jangan rasa down sangat kalau anak-anak berguling atas lantai mall, atau meraung kat kenduri orang. Sebaliknya, tahniah kat diri sendiri. Sebab ia petanda kalian adalah PARENT YANG NORMAL.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumbesaran kanak-kanak adalah suatu perkara yang sangat diraikan oleh ibu bapa. Daripada berat badan, ketinggian atau pelbagai lagi aspek perkembangan anak, mereka sangat teruja untuk melihatnya. Begitu juga dengan aspek pergerakan anak mereka. Daripada mengiring, meniarap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri sehinggalah berjalan, ibu bapa perlu sentiasa ada untuk membantu anak anda.
Kebiasaannya, kanak-kanak akan mula mampu berjalan sekitar umur mereka 1 tahun atau lebih bergantung kepada keupayaan fizikal mereka. Sebagai ibu bapa, anda perlulah memainkan peranan dan menjadi cikgu yang baik untuk melatih mereka belajar berjalan dengan betul dan selamat. Berikut merupakan 7 tip yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu anak anda belajar berjalan.
1. Jangan memaksa anak anda berjalan
Anda perlu tahu bahawa perkembangan kanak-kanak itu berbeza mengikut kemampuan mereka. Oleh itu, jangan membanding-bandingkan anak anda dengan anak individu lain yang sudah mampu berjalan meskipun sama usianya. Paling penting, jangan memaksa anak anda untuk berjalan selagi mereka belum bersedia untuknya. Keyakinan mereka akan jatuh merudum sekiranya mereka dapat mengesan yang anda hampa dengan mereka.
2. Berikan mereka ruang untuk praktis
Anak anda memerlukan ruang dan peluang yang secukupnya untuk praktis dan memperbaiki kemahiran berjalan mereka. Apa yang anda boleh lakukan untuk menyediakan kesempatan itu adalah dengan membawa mereka ke taman permainan atau mana-mana tempat yang menarik dan biarkan mereka sendiri menerokai kawasan tersebut dengan berjalan perlahan-lahan. Namun, anda diingatkan untuk sentiasa mengawasi pergerakan mereka.
3. Berikan galakan dan dorongan kepada mereka
Kadangkala, kanak-kanak akan mudah putus asa atau menangis setiap kali mereka gagal melakukan sesuatu termasuklah cubaan untuk berjalan. Jika ini berlaku, jangan sesekali memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan dan berikan semangat kepada mereka untuk cuba berjalan perlahan-lahan sehingga berjaya.
4. Pastikan keselamatan mereka terjamin
Kanak-kanak masih belum dapat membezakan apa yang bahaya dan apa yang selamat untuk mereka cuba. Ketika mereka sedang dalam proses belajar berjalan, pastikan di sekeliling mereka tidak terdapat sebarang objek yang berbahaya dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka seperti guli, mainan kecil, alatan tajam ataupun perabot berbucu yang terdapat di ruang tamu rumah anda.
5. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan
Sebagai ibu bapa, anda disarankan untuk tidak memberikan tekanan kepada anak anda ketika mengajar mereka berjalan. Sebaliknya, anda boleh lakukan aktiviti yang menarik seperti berjalan bersama haiwan peliharaan anda. Ini kerana aktiviti yang menarik dapat membuat mereka rasa teruja dan lebih relaks untuk belajar sesuatu pergerakan yang baru.
6. Biarkan mereka bermain di luar rumah
Kadangkala, belajar berjalan di rumah sahaja boleh mendatang kebosanan kepada anak anda. Oleh itu, ambil inisiatif dengan membawa mereka keluar ke taman permainan atau padang rekreasi yang selamat untuk anak anda. Mereka akan berasa lebih seronok dan selamat lebih-lebih lagi jika anda berjalan bersama-sama mereka dengan perlahan-lahan.
7. Lakukan praktis secara berperingkat
Tidak semua perkara perlu digesa termasuklah kemampuan anak anda untuk berjalan. Jangan sesekali menganggap sekali latihan sahaja sudah mencukup untuk mereka berjalan sendiri kelak. Sebaliknya, beri peluang untuk anak anda melakukan praktis secara berperingkat. Satu persatu langkah anak anda sebenarnya akan membuahkan hasil yang bagus juga akhirnya.
Adakah anda perlu risau jika anak anda lambat berjalan?
Menurut ‘Red Flags of Development’, ada petanda yang perlu menjadi ukuran seseorang kanak-kanak itu lambat berjalan. Berikut merupakan petandanya:
12 bulan: masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: masih belum stabil semasa berjalan
Sekiranya anda mendapati bahawa terdapat petanda ini pada anak anda, segera bawa mereka berjumpa dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan doktor.
Pendakap gigi, berapa umur kanak-kanak sesuai pakai. Pendakap gigi, atau juga dikenali sebagai braces, adalah alat perubatan pergigian yang digunakan untuk memperbaiki susunan gigi yang tidak sekata, gigi yang berlapis, atau masalah gigitan (seperti overbite dan underbite).