Anak-anak memang penyejuk hati, meskipun kadang mereka buat mak ayah pening ada ketikanya bila terjadinya sesuatu keadaan yang kita sendiri tak jangka, mereka berupaya membuat sesuatu yang menjadikan kita sebak dan terharu.
Itulah yang berlaku kepada pasangan selebriti dan juga pelakon Datuk Fiz Fairuzz dan Datin Almy Nadia. Baru-baru ini Fizz ada berkongsi di Instagram miliknya perihal Almy Nadia yang dimasukkan ke hospital kerana mempunyai batu karang dalm hempedu.
Almy dimasukkan ke Hospital Columbia, Setapak, dan menurut Fizz keadaan Almy stabil. Namun, satu perkongsian video tentang anaknya yang turut membantu adik-adiknya yang lain menyebabkan ramai yang sebak.
Video tersebut dikongsi oleh Fizz sendiri di akaun Instagram.
“Bila papa tengok video ni, mata papa masuk habuk. Tak tahu nak cakap, dengan keadaan mama dia sakit. Tapi papa bersyukur dapat anak yang paham dan rajin macam kakak.
“Thank you kakak.. bantu papa, faham mama sakit. Love you sayang… @almynadiaofficial,” tulis Fizz Fairuz pada entri tersebut.
Almy Nadia yang turut melihat video tersebut juga terharu dengan sifat anaknya yang membantu walaupun pada usia yang masih kecil, tetapi memahami keadaan yang dialami.
“Itulah Arianna, bila susah, nampak sangat-sangat membantu dan memahami keadaan mama, papa dan family. Syukur Ya Allah. Mama tengok video ni pun mama (menangis). Thank you love sebab jaga anak- anak masa mama sakit. Thank you love,” tulis Almy di ruangan komen.
Rata-rata memuji sifat tanggungjawab Arianna sebagai seorang kakak biarpun usianya terlalu mentah.
Ads
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Sumber: Gempak & IG Fizz Fairuzz
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Adakah anda sudah bergelar papa & mama? Atau baru disahkan hamil atau juga sedang menyusukan anak? Jika ya, anda layak join kelab komuniti keibubapaan terbesar di bawah jenama Pa&Ma.
Pa&Ma Club mengalu-alukan semua ibu bapa, ibu hamil dan ibu menyusukan anak mendaftar sebagai ahli kelab.
Anda berpeluang mendapat :
* Voucher & sample produk percuma
* Hadiah cabutan bertuah
* Info terkini setiap hari dan banyak lagi
Pastinya setiap ibu bapa inginkan anak pintar. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk rangsang otak bayi. Bagi ibu bapa yang mempunyai cahayamata pastinya mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya termasuk membelikan permainannya. Permainan yang betul dapat membantu stimulasi anak-anak semasa mereka bermain. Ini kerana anak kecil pada usia ini penuh dengan tenaga dan sentiasa mahu melakukan penerokaan di persekitarannya.
Ikuti 5 jenis permainan yang boleh digunapakai untuk merangsang minda bayi anda.
1.Permainan warna hitam dan putih
Bayi anda masih kecil. Bagi tahap penglihatan bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Jadi adalah penting menyediakan permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan buat si kecil. Warna sebegini mampu merangsang penglihatannya. Tetapi setelah bayi berusia dua bulan, kemahiran penglihatannya telah berkembang. Jarak penglihatan bayi anda bertambah dan mulai boleh melihat pelbagai warna. Jadi anda boleh mulai membeli permainan yang mempunyai warna terang misalnya merah, biru dan kuning.
2.Permainan kain lembut
Anak anda masih kecil. Kulit amat sensitif. Bayi memerlukan permainan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya. Biasannya permainan ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain. Pastikan juga buku itu mempunyai imej yang tidak terlalu banyak dan tidak mudah terkoyak.Lebih menarik permainan ini boleh mengeluarkan bunyi muzik yang menenangkan si manja anda. Bunyian ini akan dapat merangsang deria pendengarannya dan perkembangan bahasa anak jika anda menceritakan isi kandungan buku itu.
3.Mainan gantung
Mainan berwarna cerah dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Mainan ini boleh merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran si manja. Mainan ini digantung di atas katil bayi atau buai supaya boleh diraih oleh tangan. Permainan ini boleh membantu anak mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Permainan yang boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat dari bahan yang lembut.
4. Blok warna warni
Permainan blok ini melibatkan kanak-kanak menyusun kepingan-kepingan atau bongkah-bongkah yang dipisahkan menjadi satu model yang lengkap seperti kapal terbang,kereta, bangunan dan sebagainya. Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana blok ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran. Semasa kanak-kanak ini menyiapkan permainan blok ini keupayaan kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan ini tidak berjaya dicantumkan, anak kecil ini akan cuba lagi untuk membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan betul. Dengan ini, permainan ini dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat memperkembangkan lagi kemahiaran kognitif mereka.
5.Gerakan fizikal
Anda juga perlu mengetahui bahawa bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik (kemahiran fizikal). Jadi anda boleh memperkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya. Jadi perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakkan ini mampu merangsang mindannya untuk aktif dan cergas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman menyusukan anak sememangnya meninggalkan kenangan yang cukup manis buat semua ibu. Payah dan penat namun terasa amat berbaloi bila mana melihat anak mengukir senyuman selepas kekenyangan.
Bagi personaliti media sosial, Dr Fatin Liyana, pengalamannya menyusukan dua cahaya matanya, Ajda dan Nolan amat meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya namun bersyukur bila Allah mengurniakan susu yang melimpah ruah buat kedua anaknya.
Kata Dr Fatin, anak sulungnya yang lahir tidak cukup bulan ketika itu mengajar dirinya untuk menjadi ibu yang lebih baik, lebih-lebih lagi proses menyusukan anaknya yang lain dari orang lain.
“Ajda sekarang dah 5 tahun, Nolan 3 tahun. Ajda ni special sebab dia baby pramatang, masa lahir dia ada masalah dengan suckling tak pandai menyusu. Dia masuk nicu, dia memang tak pandai nak menyusu. Kalau bagi breast dia tak reti nak hisap, botol dan shrink pun tak pandai.
“Jadinya waktu lahir tu memang bagi melalui tiub sahaja. Setiap 2-3 jam saya masa tu dekat HUKM, saya akan turun ke ward untuk feeding dia. Kami buat physio jugak untuk rangsang dia menyusu.
“Bila balik rumah dia dah pandai sikit minum pakai botol susu, tapi still tak pandai nak breastfeed. Waktu Ajda pula saya hanya pam sahaja, penat sangat rasanya sebab terpaksa ikuti rutin basuh botol, pam setiap beberapa jam, ulang perkara yang sama.
“Saya rasa waktu tu saya rasa sangat penat, sebab bersungguh nak bagi anak minum susu badan. Sebab satu je sebab kita tahu susu badan ni ada banyak khasiat, ada antibodi dan semua nutrisi yang diperlukan oleh baby. Seboleh-bolehnya saya nak cuba bagi anak susu.
“Dan alhamdulillah anak kedua saya Nolan, saya dapat susukan dia dengan baik hingga sekarang usianya dah tiga tahun. Sama saja, dulu anak pertama dan kini anak kedua alhamdulillah susu saya banyak. Alhamdulillah Allah bagi rezeki, susu melimpah-limpah, banyak sangat.
“Cumanya, sebab banyak sangat saya alami masalah bengkak susu. Dua kali pantang mesti pergi klinik sebab ada masalah bengkak susu sebab susu banyak sangat. Masa Ajda lagi lah, asyik pam sentiasa sebab kalau tak pam mesti bengkak dan sakit. Susahnya saya rasa waktu tu.
“Untuk Nolan saya rasa mudah sangat, bila dia nak susu saja, saya bagi sahaja sambil baring. Tak payah bangun, tidur pun lebih lena,” kata Dr Fatin bercerita.
Pilih makanan yang menggembirakan
Dianugerahkan dengan susu yang melimpah, pasti ada petua yang diamalkan oleh doktor muda ini. Namun kata ibu kepada dua orang cahaya mata inilah berkat pemilihan makanan yang menggembirakan hidupnya ketika dalam pantang hinggalah sekarang.
“Saya tak ada apa-apa petua, pada saya kita jena jaga kita punya well being. Bila kita happy, cukup makan kita akan positif dan susu memang ada.
“Kalau dalam pantang, pertama sekali pada saya jangan duduk dalam gelap. Pagi-pagi tu bangun buka tingkap dan pintu bagi matahari masuk. Siapkan diri kita, mandi pagi-pagi pakai cantik-cantik. Kita makanlah kenyang-kenyang.
“Macam saya dulu, apa sahaja favourite food saya, itulah milk booster saya. Macam saya dalam pantang saya suka makan nasi, lauk tak berapa sangat tapi nasi saya makan banyak. Susu saya memang banyak. Lagi satu saya suka makan yogurt dan coklat waktu dalam pantang. Saya makan benda yang buat saya happy. Tak adalah banyak tapi buat rasa-rasa.
“Saya jaga pengambilan air, minum air memang banyak sampai 2 hingga 3 liter. Sebab kita buat susukan, kita tak boleh minum sikit. Nanti badan akan rasa lesu, tekanan darah jadi rendah, so benda tu tak bagus. Kalau kita minum lebih, untuk badan cukup, buat susu pun cukup,” katanya berkongsi.
“Bengkak susu memang buat air mata saya mengalir”
Namun satu hal yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang menyusukan anak dari awal hingga kini adalah pengalamannya mengalami masalah bengkak susu pada kedua-dua pengalaman penyusuannya. Setiap kali pantang pasti masalah ini menghantui dirinya.
” Saya boleh terima sakit bersalin tapi breast bengkak saya memang tak boleh terima. Lepas pembedahan masa lahirkan anak pun saya tak menangis, tapi masa bengkak susu memang air mata saya mengalir.
” Waktu itu saya buat macam-macam treatment, panggil orang urut dan cuba juga rawatan guna kobis untuk surutkan bengkak. Saya makan juga ubat-ubatan seperti antibiotik, ponstan dan sebagainya.
” Saya memang tak boleh lupakan pasal bengkak susu ni. Dahlah sakit lepas tu nak susukan anak pulak. Memang sakit.
” Bagi saya pada ibu-ibu kalau baru belajar nak menyusukan, please dont be to hard on yourself. Jangan ingat kita baru belajar menyusu kita dah sukses.
” Dulu saya rasa saya macam ibu yang gagal bila anak saya tak pandai menyusu, saya pun tak pandai nak susukan anak.
“Kita sentiasa belajarlah benda baru dan jadikan pengalaman yang lalu contoh macam saya tak berjaya susukan anak pertama dan akhirnya saya berjaya untuk kedua.
” Kita pun kena terima yang baby pun tengah belajar, kita cuba sebaiknya perlahan-lahan dan pastikan dia sentiasa cukup susu dengan cara yang betul. Tapi jangan putus asa.
” Bonding dengan anak memang sangat rapat, kita rasa sayang sangat dengan anak dan anak pun sama. Lepas tu anak jarang sakit. Betullah orang kata liquid gold, memang tak ternilai harganya” kongsi lagi.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021.
Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam.
Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @dr_afl
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang ibu, kita tak sanggup bila lihat anak sakit. Mesti akan doa biarlah kita yang sakit. Namun cara ini tak sepatutnya diucapkan.
Melalui perkongsian Dr Hjh Azuraida Shahadan, ibu-ibu sepatutnya minta diberi kekuatan sepanjang masa. Walaupun kita rasa tak mampu, tapi suami dan anak-anak memerlukan kita sebagai kekuatan mereka. Bayangkan jika kita sakit, apa nasib orang yang kita sayang.
Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.
Tapi mak saya cakap, “Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit”. Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam tu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, saya baru faham apa yang mak saya cuba sampaikan.
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya benar sekali.
Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, belilah & makan sendiri. Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Conneto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utnuk menikmatinya lebih dari kita. Doakan rezeki anak-anak dimudahkan.
Sebagai mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Carilah me time sendiri. Tak perlu untuk jadi sempurna untuk segalanya. Kita manusia, ada kelemahan. Berehatlah bila penat, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta tiada yang peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.
Moga mak-mak diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah SWT & diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!