Pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli menimang cahaya mata ketiganya selepas isterinya, Haliesah Rusman selamat melahirkan bayi lelaki ketiga mereka pada Jumaat lalu.
Melalui satu entri di instagram miliknya semalam, Mahali berkongsi khabar gembira itu sambil berkongsi beberapa keping gambarnya memegang bayi yang baru dilahirkan juga bersama isteri dan ketiga-tiga anaknya.
Malah kata pemain bola sepak itu lagi, anak ketiganya itu dilahirkan pada jam 3.30 pagi Jumaat lalu.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby boy ketiga kami pada 4 December 2020, 3.30 pagi,” kongsinya ringkas menerusi instagram.
Dalam pada itu, Mahali juga turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasihnya pada isteri atas kelahiran bayi ketiga mereka itu.
Mahali yang kini menggalas tanggungjawab bersama pasukan Petaling Jaya City itu turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah SWT.
Ads
“Thanks my superwife. Love you @lisa_rusman.
“Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan tidak terhingga ini,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan seperjuangan juga tidak ketinggalan selebriti tanahair serta pengikutnya di instagram turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata ketiga itu.
Ads
Semoga kelahiran zuriat ketiga ini semakin mecambahkan rasa bahagia buat pasangan ini.
Terdahulu, Mahali mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Haliesah Rusman pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang melengkapkan bahagia mereka.
Adakah pemakanan ibu akan mempengaruhi susu yang dihasilkan? Ya, dan tidak. Kenapa?
Menurut Dr Aimi Jaafar, ibu yang menyusukan anak, selalu terbeban dengan pantang larang dari orang tua. Ini sebenarnya berlaku di kebanyakan negara Asia, bukan Malaysia sahaja. Minuman ais, sayur berangin, pulut, dan lain-lain. Itu adalah antara perkara biasa yang dilarang untuk ibu-ibu makan.
Ini adalah subjektif pada setiap orang. Sesetengah bayi memang agak sensitif pada sayur ubi contohnya. Kalau ibunya makan, bayi akan kembung. Terutamanya pada bayi yang baru lahir. Kalau begitu, ibu elakkan lah makanan tersebut. Tetapi setelah bayi semakin besar, biasanya perutnya akan lebih matang dah makin boleh terima banyak makanan.
KOPI DAN KAFEIN
Kurang dari 1% daripada kafein yang diminum akan masuk ke dalam susu ibu. Namun pada bayi yang baru lahir, badannya ambil masa lebih lama untuk proses kafein.
Bayi 6 bulan ke atas biasanya sudah boleh proses kafein dengan cepat.
Untuk berjaga-jaga, ambillah kafein dalam 300mg / hari sahaja (lebih kurang 1 cawan kopi) untuk bayi yang baru lahir. Untuk bayi lebih 6 bulan, boleh dalam 3 cawan sehari. Tapi sekiranya bayi anda lebih sensitive, nampak resah, sukar tidur, dan meragam, maksudnya anda perlu kurangkan kopi anda.
MAKANLAH MAKANAN YANG PELBAGAI RASA DAN WARNA
Ibu yang makan pelbagai jenis makanan sewaktu menyusukan anak, akan membantu anak menjadi seorang ‘pemakan’. Ini kerana sewaktu menyusu, susu yang diminum selalu berubah-ubah rasa mengikut pemakanan ibu. Mungkin jika ibu makan makanan yang kuat rasanya dan bau seperti petai atau durian, pertama kali sewaktu menyusukan anak, mungkin anak akan kelihatan menolak pada awalnya. Tapi lama-lama anak akan terbiasa dan boleh terima.
Selain itu, anak juga akan dapat pelbagai khasiat dari makanan yang berbeza beza tadi. Setiap makanan, buah dan sayuran, banyak khasiatnya, tergantung jenis, rupa dan warna.
Ini ada pengaruhnya sewaktu anak sudah boleh makan sendiri. Anak akan jadi seorang yang lebih ‘adventurous’ dengan makanan dan berani mencuba. Jadi kalau ibu maukan anak-anak suka makan makanan yang sihat, amalkanlah dari sewaktu bayi menyusu lagi.
MILK BOOSTER?
Sesetengah makanan memang boleh merangsang pengeluaran susu yang lebih, dan sebaliknya, contohnya; halba dan moringa adalah milk booster semulajadi yang diamalkan secara turun temurun.
Namun yang lebih tinggi pengaruh dalam penghasilan susu adalah demand, stimulasi dan emosi ibu.
Kalau ibu sukakan makanan tersebut, makanan tersebut boleh jadi milkbooster ibu, kerana ibu rasa gembira. Tapi tak bermakna ianya sama pada orang lain.
Carilah milkbooster anda sendiri. Tapi kalau ianya adalah makanan yang manis / tinggi kalori, tak perlulah ambil hari hari ya.
ADAKAH MAKANAN BERPROSES / FAST FOOD / JUNK FOOD AKAN GANGGU KUALITI SUSU?
Pada ibu yang sukakan fast food, mungkin anda akan rasa lega bila saya cakap, susu anda masih lebih berkualiti daripada susu formula.
Tapi dalam masa yang sama, kandungan transfat dalam susu anda juga adalah lebih tinggi daripada ibu yang tidak mengamalkan pemakanan makanan berproses.
Apa yang terjadi sekiranya transfat dalam susu anda tinggi? Bayi akan ada risiko untuk menjadi obese sewaktu besar nanti. Dan banyak lagi penyakit kronik yang disebabkan transfat yang tinggi.
DHA dalam susu juga akan berkurangan disebabkan transfat yang tinggi. DHA yang akan membantu perkembangan otak, mata, dan perkembangan bayi.
APA MAKANAN YANG PENTING DIAMBIL OLEH IBU MENYUSU?
Pertama sekali, makanlah dengan seimbang. Pastikan anda tidak kelaparan, ia boleh menyebabkan susu kurang, kerana anda stress. Kalau perlu, minumlah air dengan banyak kerana ia akan mengelakkan anda berasa lapar dan haus. Juga, carilah snek sihat untuk diambil in between meals. Cadangan saya adalah seperti kekacang, buah-buahan, dan rice crackers.
Makanan yang tinggi omega 3 seperti ikan, dan minyak ikan akan meningkatkan DHA dalam susu. Seperti dalam kajian yang saya tampal di atas, DHA akan membantu pembentukan dan perkembangan bayi. Lemak sihat (PUFA) seperti minyak kelapa dara, minyak zaiton juga boleh diambil selalu. Badan kita tak hasilkan PUFA ini, harus didapatkan dari makanan. Kalau anak kekurangan lemak, berat kurang, lagilah sesuai untuk ibu amalkan pengambilan lemak baik ini.
Probiotic, prebiotic. Hebatnya ciptaan Allah, susu ibu adalah benda hidup. Kenapa? Ianya penuh dengan probiotic. Probiotic adalah bakteria baik yang hidup bersama sama dengan manusia, dan penuh di dalam usus kita. Bakteria baik inilah yang akan membantu pertahankan system imuniti badan manusia. Susu ibu yang penuh dengan probiotic ini akan bantu sihatkan susu bayi, dan seterusnya kesihatannya secara umum. Pemakanan ibu yang tinggi probiotic dan prebiotic (makanan kepada probiotic), akan pastikan susu ibu lebih berkualiti. Prebiotic biasanya dijumpai dalam makanan yang berserat seperti bawang besar, sayur, buah, ataupun gum Arabic, baobab, psyllium husk, dan lain-lain.
Susu ibu memang tinggi dengan vitamin. Tapi sekiranya pemakanan ibu kurang dengan vitamin, dari manakah vitamin itu terhasil? Oleh itu ibu sendiri harus makan banyak buah-buahan, sayur sayuran, berjalan petang di taman (untuk dapatkan vitamin D), makan makanan dengan sumber protein yang sihat (ayam, ikan, kekacang, tahu, tempe, daging segar). Vitamin C sangat tinggi dalam susu ibu, sesuatu yang sangat berharga terutama sekali sewaktu anak sedang sakit. Gunakanlah kurniaan yang tidak ternilai ini dengan bijak.
Dr. Aimi Jaafar
Pegawai Perubatan
Kaunselor Laktasi
Klinik Taqwa Bangi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, pelakon dan usahawan Rafidah Ibrahim memaklumkan dirinya sedang hamil dan usia kandungannya kini sudah tiga bulan. Bagaimanapun, Rafidah mohon doa daripada orang ramai agar dirinya dan kandungan terus kuat selepas dia disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Menurut Rafidah, suaminya Shahzemir Shahzulkarib terlebih dulu dijangkiti virus berkenaan selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
Sekadar berkongsi.. Pada hari Rabu lepas, saya hubungi pihak hospital unit wanita & kanak-kanak untuk bertanya.. Saya sedang pregnant 3 bulan dan berlaku sedikit pendarahan, dalam masa yg sama saya juga positif covid kerana suami saya baru pulang dari umrah dan didapati positif covid.
Alhamdulillah pihak hospital menerima kehadiran saya untuk pemeriksaan. Pemeriksaan jantung dan darah saya dalam keadaan normal dan tidak kritikal. Paling saya risaukan adalah keadaan baby.
Alhamdulillah denyut nadi baby masih ada dan itu merupakan satu berita gembira buat saya berbanding kandungan yg lepas (tiada denyutan). Itupun saya dah bersyukur sangat kerana ada progress berbanding dengan yang lepas. Terima kasih Dr Norliza Abdul Manap, Dr Khoo Er Hau & misi-misi (nurses) yang bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh melakukan pemeriksaan ke atas saya & kandungan.
Alhamdulillah semuanya ok, cuma kerana yang lepas saya ada record keguguran, Dr kata chances ni 50-50 bergantung pada keadaan baby. Dan jika pendarahan semakin banyak, terus datang ke hospital.
“Tak semestinya yang tak baik tu tak baik, dan tak semestinya yang kita rasakan baik tu baik untuk kita” – Ustazah Asma Harun. Semoga segala perancangan dan yang terbaik itu sentiasa daripada Allah s.w.t.
Pada November tahun lalu, hasrat Rafidah untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran ketika kandungan berusia lebih 10 minggu.
Kredit: IG Rafidah Ibrahim
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Bila mana anda melawat ibu yang baru bersalin, adalah lebih baik anda bercakap tentang perkara yang positif sahaja. Ini kerana emosi ibu yang sedang berpantang agak rapuh dan mudah terganggu. Terutama sekali apabila melibatkan dirinya dan anaknya yang dikandung 9 bulan.
Atau lebih baik anda menangguhkan dahulu keinginan untuk melawat dan berikan si ibu masa untuk pulih daripada proses melahirkan. Jika anda merancang untuk melawat juga, elak daripada mengajukan soalan-soalan seperti ini.
Anda kelihatan letih!
Sebagai ibu baru, siapa sahaja yang tidak mengalami masalah tidak cukup tidur malam? Setiap ibu baru tentunya sedar akan rutin baru mereka itu membuatkan wajah mereka kelihatan lesu, jadi, anda tidak perlu menegurnya tentang lingkaran gelap bawah mata dan bengkak mata pada wajahnya. Kata-kata anda, walaupun dinyatakan secara simpati, hanya akan mengguris perasaan ibu sahaja.
Bila anda boleh masuk semula bekerja?
Ibu baru bersalin ingin selalu dekat dengan bayinya. Jadi, ibu akan sering berasa bimbang untuk kembali semua bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh. Oleh itu, jangan tambahkan tekanan kepada ibu baru dengan menanyakan soalan tersebut.
Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata seperti berikut jika ibu sudah kembali bekerja, seperti “Adakah kerja anda lebih penting daripada bayi anda?” atau “Bagaimana anda boleh meninggalkan bayi anda yang masih kecil di pusat jagaan harian bayi?” Kata-kata ini boleh mengurangkan keyakinan ibu baru dan menambahkan kerungsingannya tentang kerja dan anak.
Selain itu, jika seseorang ibu itu memutuskan untuk berhenti kerja bagi menjaga bayi sepenuhnya di rumah, jangan sesekali anda meluahkan pendapat bahawa keputusannya untuk berhenti bagi membesarkan bayi adalah keputusan yang salah.
Bayi anda tidak kelihatan seperti anda!
Kebanyakan ibu berkongsi bahawa ramai yang mengatakan wajah bayi mereka kelihatan seperti bapa atau tidak mewarisi wajah ibunya. Walaupun anda hanya berjenaka, namun sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang perlu diungkapkan. Anda perlu faham bahawa ibu yang bersusah payah mengalami proses kelahiran yang menyakitkan untuk melahirkan bayi. Jadi, kebanyakan ibu pasti akan terasa jika menerima jenaka yang tidak sensitif seperti itu. Begitu juga, jika anda menyatakan bayi yang dilahirkan tidak kelihatan seperti si bapa, itu juga adalah tidak patut. Mengapa tidak jika anda hanya mengatakan “Comelnya bayi anda!
Anda perlu memberikan bayi susu badan
Semua orang tahu bahaya penyusuan susu ibu adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun, bukan semua ibu boleh menyusukan bayi dengan susu badan mereka sendiri. Oleh itu, jika ibu baru tidak mempunyai pilihan untuk menyusukan bayi mereka, tetapi terpaksa memberikan bayi susu formula, janganlah menghakimi ibu tersebut kerana ia hanya akan membuatkannya rasa lebih bersalah.
Sebagai tambahan, jangan pula anda bertanyakan ibu berapa lama dia berhasrat untuk menyusukan bayinya. Meskipun kebanyakan pakar menyarankan ibu baru untuk menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya enam bulan pertama, namun ada ibu yang akan menyusukan bayi lebih pendek atau lebih panjang berbanding yang disarankan. Jadi ianya tiada kaitan dengan anda. Itu adalah tubuhnya, bayinya dan itu juga pilihannya. Jadi, simpan pendapat anda untuk diri anda sahaja.
Bercakap mengenai berat badan ibu baru
Jangan katakan sesuatu tentang berat badan ibu! Ini adalah sesuatu yang sensitif. Kata-kata ini akan hanya membuatkan ibu bertambah kecewa dan malu.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.