Throwback Sempena Birthday Harum Dalia, Ezzaty Abdullah Kongsi Proses Kelahiran Secara Indius Tanpa Penahan Sakit

Share

Sempena birthday pertama anaknya, Harum Dalia yang pertama, aktres Ezzaty Abdullah mengimbau kembali saat-saat melahirkan. Indius tetapi tidak menggunakan sebarang penahan sakit!

Ezzaty yang melahirkan Harum pada 6 Disember 2017 dengan berat 2.9kg. Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini menyatakan kesyukurannya atas kehadiran Harum sebagai kurniaan Allah yang terindah. Ia dinyatakan dalam posting Instagramnya, yang turut memaparkan video Harum sejurus selepas dilahirkan.

Ezzaty berkongsi yang proses kelahiran Harum bermula dari 5 Disember apabila melakukan rutin pemeriksaan berkala dan doktor mendapati bukaan serviks adalah 2cm. Doktor menganggarkan yang Harum akan lahir pada malamnya.

Namun pada 6 Disember 2017, proses bukaan hanya 3cm dan membuatkan doktor memecahkan air ketuban dan mungkin diberikan ubatan/drip sebagai indius bagi menggalakkan bukaan serviks. Lazimnya, apabila indius, kontraksi menjadi lebih kuat dan mungkin disebabkan itu doktor yang merawat menawarkan Ezzaty epidural sebagai penahan sakit, namun dia menolak kerana belum rasa sakit.

Berikut ialah perkongsian Ezzaty;

Para follower mengucapkan selamat hari ulang tahun buat Harum dan mendoakan kesejahteraan Harum.

Sumber: ezzatyabdullah

Published by
Azma ML