Cikgu mengadu anak saya lambat menulis. Anak saya berusia 6 tahun. Dia akan tengok pada White Board dengan sangat lama kemudian dia akan menulis satu persatu huruf sambil merujuk kembali white board untuk menulis huruf seterusnya. Dia akan mengambil masa yang lama untuk menyiapakan tugasan yang guru berikan. Saya risau dengan perkembanganya. Adakah anak saya tak pandai?

Ibu Mohd Rayqal, Teluk Intan

Jawapan daripada En. Hazhari (Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

Kenapa menyalin semula perkataan dari papan putih menjadi sesuatu yang sangat sukar buat kanak-kanak? (Dari sudut pandang masalah penglihatan) sebagai ibu bapa dan juga guru, ia adalah sesuatu perkara yang agak membimbangkan.

Tambahan pula, jika kanak-kanak itu mempunyai penglihatan yang normal 20/20, atau sudah memakai spek mata, atau mungkin guru sudah alihkan kedudukan mereka ke hadapan kelas supaya mereka dapat melihat white board dengan lebih jelas – tetapi masalah yang sama masih berlaku, dan kanak-kanak tersebut masih lambat menyalin perkataan, atau mempunyai banyak kesalahan, dan tertinggal maklumat yang penting yang diberikan.

Ads

Jika kita tidak peduli, ia akan berterusan kepada tingkah laku yang lebih membimbangkan seperti cuai, malas dan memberi alasan. Untuk situasi begini, mungkin mereka mempunyai masalah penglihatan yang mengganggu mereka untuk menyalin perkataan dari papan putih dengan mudah.

Antara masalah mata yang mungkin wujud ialah;

Ads

a. Kemahiran Penglihatan Binokular (poor eye teaming)– kemahiran ini memerlukan dua mata untuk berkerja bersama. Maka, menggerakkan mata dari satu point ke satu point yang lain adalah sesuatu yang mencabar bagi kanak-kanak. Ingat, menyalin perkataan dari papan putih memerlukan proses yang agak rumit untuk kanak-kanak 6 tahun. Mereka perlu memandang ke papan putih, kemudian pandang ke meja dan buku/kertas dan tulis. Dalam pada masa yang sama, mereka perlu mengingat bentuk setiap huruf yang membentuk perkataan. Disebabkan itu, mata kanak-kanak akan berasa sangat penat (eye fatigue) dengan cepat ketika cuba untuk menyalin perkataan dari papan putih.

b. Accommodative dysfunction – ia merujuk kepada sejauh mana penglihatan mereka boleh fokus. Di dalam ujian penglihatan, kanak-kanak mungkin memperoleh 20/20 tahap penglihatan, walaubagaimanapun, ujian tersebut tidak memerlukan mereka untuk sustain fokus dalam tempoh yang tertentu, atau mengubah fokus dengan cepat dari dekat ke jauh, atau sebaliknya. Jika sistem penglihatan mereka masih lemah atau tidak sepenuhnya developed, tempoh adjustment mereka untuk melihat dari point ke sesuatu point yang lain mungkin akan mengambil masa yang lama berbanding average – yang lead kepada challenging dan frustrating.

Ads

c. Oculomotor skills – merujuk kepada masalah kekurangan/kelemahan mata untuk mengesan (eye tracking) yang menyebabkan pergerakan pengawalan mata tidak berlaku dengan efisien dan tepat – yang juga menyebabkan mata mereka melompat-lompat atau skip perkataan yang dilihat (tak sempat lihat). Macam proses menyalin perkataan di papan putih tadi, mereka akan tercari-cari direction atau informasi yang perlu disalin semula dan menyebabkan pergerakan berlaku dengan sedikit lambat.

d. Proses maklumat dari penglihatan – ia berkait rapat dengan masalah memori penglihatan, Kanak-kanak ini mungkin mempunyai kekurangan kemahiran visual spatial dan visual discrimination dan menyebabkan mereka memproses perkataan atau huruf secara terbalik atau kebelakang (backwards). Masalah ini dikenali sebagai dyslexia, yang lazimnya symptom ini dapat dikenalpasti ketika kanak-kanak baru masuk ke sekolah.

Kesukaran untuk menyalin perkataan dari whiteboard akan menyumbang kepada pencapaian yang rendah dan kekecewaan (diri sendiri dan dari orang lain). Untuk ibu bapa, bawa anak anda berjumpa kepada doktor mata dan buat screening. Tiada anak yang ‘bodoh’ ataupun tak pandai cuma ada masalah yang dia perlukan bantuan kita.

https://www.youtube.com/watch?v=UrGkvX0EjUQ

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI