paksa guna

Sebagai ibu ayah, kita harus bijak untuk memujuk dan bercakap dengan anak. Pendekatan yang salah akan menyebabkan si anak merasa marah dan bosan dengan arahan yang diberikan. Mereka tidak suka merasa seperti dipaksa ketika melakukan sesuatu.

Jangan sesekali cakap anak degil atau nakal jika kita tidak faham psikologi mereka. Kenali karakter anak sebelum kita memberikan sebarang arahan kepada mereka.

Tiada Anak Yang Degil, Cuma ‘Banyak Akal’. Jangan Gelar Dia Panggilan Tak Baik
Sumber foto: www.freepik.com

Ikuti perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang hal ini.

JANGAN CAKAP ANAK DEGIL!

Kita yang tak berapa faham psikologi anak, lepas tu selamba je cakap budak tu degil.

Saya dulu hampir jadi macam tu jugak.

Kadang tu nak suruh anak saya pergi pakai pakaian lepas mandi je pun tapi tak selesai-selesai sebab dia asyik duk meragam.

Ada saja benda tak kena.

Mulanya pening kepala jugak kenapalah susah sangat dia ni nak dengar cakap. Rupanya saya ni yang bermasalah sebab saya tak nampak fitrah anak kecil yang sebenar.

Ads

Kalau ikutkan lingkungan umur setahun setengah hingga 4 tahun ni, tengah dalam fasa Ego-centric lagi. Anak kita tu duk rasa dialah decision maker yang paling bijak. Paling genius.

Adakalanya kalau dia rasa dipaksa-paksa, memang dia akan meragam dan tak nak buat benda tu.

Sebab tu kita mak ayah lah kena jadi lebih hebat dan kreatif. Ini saya nak kongsi tips paling mudah untuk kita berdepan kerenah macam tu.

Baca Juga:

“Syukur Alhamdulillah.” Ajak Buat Reviu, Rupanya Emma Suprise Suami Beritahu Hamil Anak Ke-2

“Baby B Nak Mommy Sha Je, Tak Nak Lepas.” Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga, Comelnya!

Ads

Panggil Daddy, Siap Tunjuk TV. Fatima Menangis Tengok Babak Fattah Amin Kena Pukul

Tiada Anak Yang Degil, Cuma ‘Banyak Akal’. Jangan Gelar Dia Panggilan Tak Baik
Sumber foto: www.freepik.com

BIAR DIA RASA ‘BERKUASA’

Kita buatkan si kecil tu rasa seolah-olah dia yang berkuasa untuk buat keputusan, dengan cara kita berikan dia pilihan.

Contohnya kita tanya dia, “Adik nak pakai baju merah ni ke atau baju biru tu?”

Sebenarnya kita dah tentukan pilihan tu daripada awal. Jadi tak apalah kalau dia pilih pakaian yang mana pun sebab tujuan asal kita memang nak dia pakai baju.

Ads

Yang tak bagusnya bila kita asyik memaksa je. Lagi tak best bila sampai ke tahap tinggikan suara. Itu yang buatkan anak memberontak.

Namun bila kita dah berjaya tawan hati si kecil dengan cara yang betul, jangan terkejut kalau makin lama dia makin kurang meragam.

Tolong #kongsikan tips penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Mak ayah yang bijak dia tahu apa nak buat untuk jadikan anak lebih tenang dan tak mudah meragam.

Supaya dengan perkongsian Dr. Luqman ni dapat membuatkan kita menjadi ibu ayah yang lebih kuat dari segi mental. Tak mudah marah-murah apatah lagi menggelar anak dengan panggilan yang tidak baik.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI