Suka tengok cara didikan Yana Samsudin yang mendedahkan anak lelakinya, Aisy Mateen dengan melakukan kerja-kerja rumah. Walaupun orang tengok anak kecil ni buat kerja lebih banyak main, tetapi ia bagus untuk perkembangan bila besar.

Bagi Yana melatih Mateen buat kerja rumah sesuatu yang baik dengan umurnya sekarang. Anak kecil ini mereka mudah ingat dan faham bila kita dedahkan sesuatu perkara padanya.

Tak salah pun ibu bapa bagi peluang anak buat sendiri lagi-lagi anak lelaki. Sikap tanggungjawab ini akan disemai dan dipraktikkan bila mereka besar dan berumah tangga nanti.

Melalui apa yang dikongsi oleh Yana di instagramnnya dia cukup bangga dapat dedahkan Mateen buat sesuatu aktiviti yang biasa dilakukan oleh orang dewasa.

IKLAN
View this post on Instagram

Dah 3 bulan tak cuci kusyen kerusi. Hari ni baru teringat nak cuci. Ada 6 kerusi, cuci 3 dulu. Takut tak kering… . . Tengah cuci, mak (nenek @aisymateen ) jerit. "Mateen nanti basah baju!! " . . Momy tolong jawab " tak pa lah mak, kita kena dedahkan aktiviti dengan anak kita. Lagi lagi kerja mencuci ni. Karang dah besar tak tahu macam mana cara nak cuci. Budak lelaki paling bagus ajar kerja cuci cuci ni. Dah besar nanti tak lah suruh perempuan je yang buat kerja cuci cuci ni… " membebel mommy … . . Hahaha mak cakap sepatah , anak jawab banyak… . . Manakala mateen masih kusyuk sambung menyabun dan memberus kusyen kerusi. . . Hakikatnya memang kita kena bagi anak kita tengok kita ketika menukang ke, menyapu ke, mencuci baju ke , mencuci kereta ke, cuci pinggan ke. Asas supaya dia nampak, dia rakam dalam kotak minda dia, dah besar tau lah dia nak buat macam mana. Sebab mommy rasa mommy tahu banyak benda kerja kerja rumah dan menukang ni sebab selalu tengok mak dan abah buat kerja semua tu… . . Sekarang saya tengah korek tanah nak tanam pokok pun riuh panggil anak suruh tengok… hahaha.. kepoh… . . So, kepada suri rumah yang selalu dukung anak ketika masak ke atau tengah buat kerja, tahniah!! Anda telah melahirkan anak yang rajin juga bila dewasa nanti. ??❤️? #MateenDanMommy #tipsbolehgunapakai

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

“Kita kena dedahkan aktiviti dengan anak kita. Lagi-lagi kerja mencuci ni.  Nanti bila dah besar tak tahu macam mana cara nak cuci. Budak lelaki paling bagus ajar kerja cuci-cuci ni. Dah besar nanti tak lah suruh perempuan je yang buat kerja cuci-cuci ni… ”

“Hakikatnya memang kita kena bagi anak kita tengok kita ketika menukang ke, menyapu ke, mencuci baju ke , mencuci kereta ke, cuci pinggan ke. Asas supaya dia nampak, dia rakam dalam kotak minda dia, dah besar tau lah dia nak buat macam mana. Sebab mommy rasa mommy tahu banyak benda kerja-kerja rumah dan menukang ni sebab selalu tengok mak dan abah buat kerja semua tu.

IKLAN

”Sekarang kalau saya tengah korek tanah nak tanam pokok pun riuh panggil anak suruh tengok” kongsinya.

IKLAN

Yana juga turut memuji sikap sesetengah ibu yang sambil buat kerja mendukung anak. Walaupun kita rasa terpaksa berbuat demikian tetapi itu satu pembelajaran tak formal untuk anak.

Jadi lepas ini, ibu bapa jangan fikir anak kecil tak sesuai buat kerja rumah. Galakan penting untuk pastikannya gembira. Sekali-sekala bagi hadiah tak salah asalkan itu dapat memberi motivasi pada anak.

Sumber: ig yanasamsudin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI