Tiada Dendam Pada Ayah Anak Saya. Hidup Terlalu Singkat Untuk Cipta Tembok Kebencian

Share

Bekas isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan, Ain Afini telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira itu dimaklumkan sendiri PU Abu menerusi posting di laman Instagram beberapa hari lalu.

Meluahkan rasa bersyukur, Ain Afini turut menitipkan pesanan buat bayi yang baru lahir selain berharap agar si kecil itu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Khalifah kecil umi ayah

“Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official . Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat.

“Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian.

“Pilihlah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah. Terima kasih family, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni,” tulisnya positif.

Perkongsian Ain ‘Afini itu telah mendapat reaksi positif daripada pengikutnya dan memuji sikap pemaaf ibu muda tersebut.

Terdahulu, PU Abu telah mengumumkan mengenai kelahiran bayi mereka dan turut mendoakan anak sulungnya menjadi seorang anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.

PU Abu turut memohon maaf kepada anaknya itu kerana, sepanjang berada dalam kandungan bekas isterinya dia sebagai bapa banyak melakukan kesilapan.

Selain itu, PU Abu turut berterima kasih kepada Ain ‘Afini kerana melahirkan anak mereka.

Contoh wanita hebat

Ketabahan dan sikap profesional Ain ‘Afini itu turut mengambarkan dia seorang wanita dan ibu yang kuat. Walaupun tiada suami disisinya saat bertarung nyawa melahirkan anak, dia sangat cekal.

Sokongan keluarganya turut memberi kekuatan buat Ain ‘Afini untuk terus melalui hidup dengan penuh sabar.

 

Published by
Wan Amy