top

Setiap ibu bapa tentunya mahukan anak-anak membesar dengan sihat dan baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun itu semua tidak dilalui oleh anak sulung Md Roslin Kamaruddin, 34 yang telah menjalani dua pembedahan besar termasuk membuang satu buah pinggangnya bagi merawat kanser buah pinggang tahap empat yang dihidapinya sejak setahun yang lalu.

Ahmad Maulana Md Roslin, 6 merupakan kanak-kanak yang aktif dan dilahirkan sihat tapi kini anak yang masih lagi kecil terpaksa bergantung dengan rawatan kemoterapi kerana penyakit yang dihidapinya itu.

Menurut laporan Sinar Harian, Md Roslin berkata pembedahan tersebut tidak mematikan sel kanser sebaliknya telah merebak ke bahagian usus dan buah pinggangnya.

Tiada Dokumen Sukarkan Rawatan,  Maulana Hidap Kanser Buah Pinggang Tahap 4 Sejak Setahun Lalu

"Saya sedih melihat keadaannya dan bimbangkan masa depannya. Sebagai bapa saya mahu yang terbaik untuk anak saya dan diberikan rawatan terbaik kepadanya, namun saya tidak berkemampuan.

Ads

Tak Dapat Bantuan Kerana Masalah Dokumentasi

"Dia tidak mendapat bantuan sewajarnya kerana masalah dokumentasi. Walaupun lahir dalam negara namun pendaftaran kelahirannya yang lewat kerana dibesarkan isteri di Medan sehingga umurnya tiga tahun menyukarkan proses pendaftaran," katanya.

Katanya, dia berharap proses peroleh kewarganegaraan diselesaikan segera bagi menyelesaikan isu tunggakan bil di dua hospital mencecah hampir RM20,000.

"Kerana tiada Mykid, kos hospital menjadi mahal. Alhamdulillah rawatan kemoterapi yang berjumlah RM2,000 bagi setiap sesi ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor.

Ads

Keluarga Md Roslin menerima kunjungan daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya (kiri) yang turut menyampaikan salam serta sumbangan mewakili Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Tiada Dokumen Sukarkan Rawatan,  Maulana Hidap Kanser Buah Pinggang Tahap 4 Sejak Setahun Lalu

"Permohonan pendaftaran Maulana telah dibuat sebanyak dua kali dan dokumen yang diperlukan juga sudah lengkap hanya menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Tiada Pendapatan Tetap

Ads

Katanya, keadaan Maulana yang kerap keluar masuk hospital menyebabkan dia dan isteri, Aguslina Suhaimi, 31, tiada pendapatan tetap sebaliknya hanya bekerja secara sambilan bagi menyara keluarga.

"Masalah anak yang sakit dan kerap masuk ke hospital menyebabkan saya sibuk menguruskannya sehingga dibuang kerja sebagai pengawal keselamatan.

Tiada Dokumen Sukarkan Rawatan,  Maulana Hidap Kanser Buah Pinggang Tahap 4 Sejak Setahun Lalu

"Selepas jalani pembedahan saya mula cari pekerjaan namun tidak kekal lama hanya mampu bertahan kurang dua bulan selepas keadaannya kembali merosot kerana serangan sel kanser," katanya.

Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga Md Roslin boleh bersama-sama menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB miliknya, 7006413748.

Sumber: Sinar Harian & Kaki Jalan RT

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI