“Tiada Istilah Anak Angkat. Semua Saya Sayang!” Zizie Beri Layanan Sama Rata Untuk 4 Anaknya

Share

Meskipun mempunyai dua orang anak angkat, namun pelakon Zizie Izette akui dia melayannya sama seperti anak kandungnya.

Zizie Izette berkata dalam keluarga tidak pernah ada istilah anak angkat kerana mereka semua tanggungjawabnya.

“Nak jawab soalan ini pun saya tidak selesa. Selalunya orang luar yang selalu mention itu anak angkat.

“Dalam keluarga kami tak ada istilah anak angkat. Perkataan anak angkat itu tidak pernah wujud.

“Mereka semua adalah tanggungjawab dan amanah Allah. Semua disayangi sama rata,” luahnya di Instagram (IG) Story.

Isu itu tercetus selepas salah seorang pengikutnya bertanya menerusi “Ask Me Question’ di IG Story tentang bagaimana dia melayan anak angkat secara adil bersama anak-anak kandungnya.

Selain itu, Zizie turut diajukan soalan bagaimana dia menjaga anak-anaknya tanpan bantuan suami, Datuk Seri Bung Mokhtar (DSBM) yang selalu sibuk sebagai wakil rakyat.

Zizie memberitahu dia beruntung kerana meskipun suaminya sibuk namun tidak pernah melupakan tanggungjawab.

“Walaupun DSBM selalu sibuk tapi tak pernah lupa akan tanggungjawab dan telah memudahkan tanggungjawab saya dengan mengupah pengasuh bayi.

“Saya tidak hebat tanpa mereka,” tulisnya lagi.

Zizie juga turut diajukan soalan-soalan megenai kembarnya serta bagaimana dia mengekalkan bentuk badan yang cantik.

 

Zizie berkahwin dengan Bung Moktar, 58, pada 2009 dan dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017.

Mereka turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.

Sumber: astro gempak & Ig Zizie Izette

Published by
Wan Amy