Bagi seorang ibu yang anak-anak mula dah bersekolah, tempoh menunggu untuk mendapat keputusan peperiksaan adalah saat paling mendebarkan.
Tambah lagi pada zaman sekarang ini dengan silibus pelajaran yang semakin mencabar tak sama macam dulu.
Melalui perkongsian di instagram pelakon Noorkhiriah, dia ada memuat naik satu video keputusan peperiksaan yang diperoleh anaknya. Melalui video itu Noorkhiriah terkejut dengan keputusan cemerlang yang diraih anaknya dan menjadi tanda tanya bila anak-anaknya membaca buku. Walaubagaimanapun dia bersyukur dikurniakan anak yang pandai atas izin Allah.
‘Alhamdulillah..Allah berhak nak bagi pandai..Allah juga berhak untuk bagi tidak pandai..kita sebagai hamba sentiasa usaha, buat yang terbaik, dan hasilnya juga mesti baik’!
Ads
Dalam pada itu, Noorkhiriah juga mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin kerana atas usaha mengajar dan mendidik anak-anaknya menjadi orang cemerlang.
Perkongsian Norkhiriah itu juga turut mendapat ucapan tahniah dari peminatnya serta mendoakan kecemerlangan pada masa akan datang.
Ads
Noorkhiriah yang sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah ,10, dan Muhammad Yusoff, 8 turut mempunyai seorang anak angkat perempuan diberi nama Nur yang kini genap setahun.
Rahsia didik anak supaya dengar cakap dan tidak memberontak perlu diketahui oleh setiap ibu bapa. Peranan sebagai ibu bapa dalam mendidik anak bukan urusan yang mudah lantaran perlau membentuk nilai-nilai positif dlam diri anak. Jika silap tunjuk ajar dalam mendidik, ia akan memberi kesan kepada sikap anak-anak.
Melalui temubual disebuah majlis ilmu baru-baru, Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sedia berkongsi rahsia dalam mendidik anak-anak. Antara yang dinyatakan adalah mengenai kuasa sentuhan. Selanjutnya ikuti perkongsian ini. Semoga kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.
Ustazah melihat hari ini adalah dunia gajet. Ia bermaksud, ada segelintir ibu asyik menyentuh gajet. Jari jemarinya dengan dunia media sosial seperti twitter, instagram, facebook dan pelbagai lagi. Tetapi lupa nak menyentuh anak. Asyik menyentuh telefon. Oleh sebab itu, Ustazah selalu berpesan kepada anak-anak dan menantu-menantu ustazah,apabila anak-ana nak tidur , sentuh, bercakap dan peluk anak.
Jadi apabila anak-anak membesar dalam keadaan mata mereka menilai ibu dan ayah yang jarang menyentuh mereka tetapi asyik dengan menyentuh gajet. Akibatnya ia akan membuatkan anak sukar mendengar cakap ibu dan ayah. Jadi jika kita hendak anak-anak mendengar cakap, kita kena banyak menyentuh mereka.
Kuasa sentuhan
Ingat tak kepada peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama. Baginda gementar apabila Malaikat Jibrail menyuruhnya membaca Lantaran itu, Jibrail memeluk NNabi Muhammad SAW untuk memberi semangat.
Jadi ini bermakna sentuhan secara pelukan itu memberi semangat. Berikan pelukkan itu kepada anak-anak kita. Kita kena banyak menyentuh dan membelai. Ini kerana sentuhan itu sangat penting.
Sentuhan itu membahagiakan kerana apabila anak menangis, ibu akan memeluk dan anak akan berasa tenang.
Sentuhan dengan limpahan kasih sayang. Nabi Muhammad SAW selalu memeluk dan sentuh cucu-cucunya. Perbuatan baginda telah mendapat perhatian seorang sahabat yang tidak pernah memeluk anaknya seramai 10 orang. Maka Baginda bersabda bermaksud,”barang siapa yang tidak mengasihi, mereka tidak akan dikasihi.Justeru, apabila anda inginkan anak sayangi dan dengar cakap, ibu bapa harus rajin memeluk dan menyentuh anak.
Sentuhan adalah rahmat Allah, mendapat pahala dan kekuatan emosi. Sentuhan ini akan memberi kekuatan emosi kepada anak yang dapat mengelak anak memberontak.
Yang pasti, dengan kuasa sentuhan ini, kita berharap anak menjadi seorang yang patuh kepada ibu bapa, menjadi anak soleh dan solehah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila mempunyai anak, akan melalui keletah anak yang aktif. Namun ia normal bagi seorang anak yang aktif dan sihat. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat anda perlu tahu cara bagaimana menghadapi keletah anak dengan cara yang betul.
Ada 4 keletah si manja untuk anda selidiki.
1.Suka menanggalkan pakaian
Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.
Cara atasi:
Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permainan’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.
2.Menconteng
Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!
Cara atasi:
Pastikan pen, pencil, pencil warna dan karyon disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah menyediakan ruang untuknya melakukan aktiviti ‘menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menujukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.
3.Buang lampin
Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.
Cara atasi:
Inilah masa untuk latihan ‘potty training’! Ajar dia untuk mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya. Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.
4.Suka mengetuk
Si manja suka melakukan penerokaan dipersekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.
Cara atasi:
Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Usia 18 bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagai playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.
Selamat mencuba
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum nak bagi anak menulis, penting ibu bapa pastikan anak dah kuasai beberapa kemahiran motor halus. Ini bagi memastikan tiada masalah ketika anak nak menulis dan tulisan juga cantik.
KEMAHIRAN MOTOR HALUS YANG PERLU DIKUASAI SEBELUM AJAR ANAK MENULIS
Menurut seorang guru dan juga homescholer, Puan Hanis Athirah Rusli, ada beberapa aktiviti boleh diajar pada anak. Ikuti perkongsiannya.
ARM AND HAND STRENGTH
Aktiviti yang menguji kekuatan otot tangan dan lengan anak.
Contoh Aktiviti
1. Perah span kedalam botol
2. Uli playdough
3. Pecahkan ais dengan gunakan hammer
GRASP
Kebolehan untuk memicit (grasp) dan melepaskan objek bila perlu. Memerlukan koordinasi pergerakan jari untuk kutip dan pegang objek yang berbeza saiz dan warna.
Contoh Aktiviti
1. Cucuk toothpicks atas playdoh
2. Asingkan pom pom mengikut warna bekas
3. Main air dengan dropper
4. Susun batu warna warni
BILATERAL COORDINATION
Aktiviti yang melibatkan kedua-dua belah tangan anak sekaligus dengan cara koordinasi seperti memanipulasikan objek. Contoh satu tangan buat task, satu lagi tu bantu siapkan task.
Contoh Aktiviti
1. Lacing
2. Melempar dan menangkap bola
3. Mengunting
FINGER DEXTERITY
Finger Dexterity bermaksud kecekapan dan ketangkasan dalam mengendalikan objek yang kecil. Bila finger dexterity anak develop, anak dapat melakukan aktiviti motor halus dengan cepat dan senang.
Contoh Aktiviti
1. Picit dan keluarkan clothespegs pad la carton telur
2. Bermain dengan clay atau putty
3. Buat hand exercises
IN-HAND MANIPULATION
Kebolehan mengerakkan objek yang ada dalam genggaman tangan dengan menggunakan sebelah tangan saja
Contoh Aktiviti
1. Genggam pom pom secara banyak dan drop pom pom ikut warna bekas
2. Bilang duit syiling
3. Menggolekan guli
HAND DOMINANCE
Kecenderungan menggunakan satu tangan untuk perform aktiviti.
Contoh Aktiviti
1. Menyusun objek menggunakan tweezer
2. Melukis
3. Scop beras menggunakan sudu
HAND EYES COORDINATION
Kordinasi kawalan pergerakan mata dengan pergerakan tangan. Aktiviti yang dijalankan melibatkan dua anggota ini serentak.
Contoh Aktiviti
1. Mencari dan mengutip sesuatu dengan fine motor tools seperti chopstick
2. Membina lego yang tinggi
3. Beading
Masa mengajar dahulu, saya seringkali berhadapan dengan anak murid yang bila membaca, boleh membaca dengan fasih dan lancar, tapi tidak mahir menulis. Tidak mahir dekat sini bermaksud murid tersebut tak dapat membentuk huruf dengan betul, pegangan pensel yang kekok dan tulisan yang cakar ayam. Apabila saya berikan latih tubi penulisan, hasilnys tetap kurang memuaskan.
Akhirnya, barulah saya tahu murid tersebut tidak melakukan aktiviti pra tulis dahulu, sebaliknya terus dipaksa menulis huruf! Selain itu, kemahiran motor halusnya yang kurang berkembang menyebabkan kesukaran menulis untuk membentuk huruf yang sempurna.
Ini boleh saya lihat apabila melihatnya mempunyai masalah dalam mengasah pensel dan mengutip barang kecil yang jatuh ke lantai. Dipendekkan cerita, alhamdulillah, akhirnya berkat kesungguhan ibu bapanya, murid tersebut berjaya menulis dengan sempurna dan boleh katakan tulisannya paling cantik dalam kelas.
Oleh sebab itu, untuk ajar anak menulis bagi saya bukan terus beri mereka pensel dan kertas. Sebaliknya, saya lakukan aktiviti hands on untuk kembangkan motor halus anak-anak.
Alhamdulillah, memang nampak hasilnya jika kita konsisten beraktiviti dengan anak. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan beberapa komponen dan contoh aktiviti melibatkan motor halus bersama anak semasa homeschooling.
Semoga bermanfaat!
Keep follow dan set see first ya supaya tak ketinggalan update dari anis. Stay tuned 💕
Jemput join channel supaya tak terlepas setiap perkongsiaan dari saya😘.
https://t.me/fingergymkids
#fingergymchallenge
#literasiawalchallenge #ideahomeschooling
#earlyyears #learnthroughplay
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!