Bagi seorang ibu yang anak-anak mula dah bersekolah, tempoh menunggu untuk mendapat keputusan peperiksaan adalah saat paling mendebarkan.

Tambah lagi pada zaman sekarang ini dengan silibus pelajaran yang semakin mencabar tak sama macam dulu.

Tiada Istilah Anak Pandai Atau Tak Pandai. Kita Kena Usaha Jadikannya Berjaya 

Melalui perkongsian di instagram pelakon Noorkhiriah, dia ada memuat naik satu video keputusan peperiksaan yang diperoleh anaknya. Melalui video itu Noorkhiriah terkejut dengan keputusan cemerlang yang diraih anaknya dan menjadi tanda tanya bila anak-anaknya membaca buku. Walaubagaimanapun dia bersyukur dikurniakan anak yang pandai atas izin Allah.

IKLAN

Alhamdulillah..Allah berhak nak bagi pandai..Allah juga berhak untuk bagi tidak pandai..kita sebagai hamba sentiasa usaha, buat yang terbaik, dan hasilnya juga mesti baik’!

Tiada Istilah Anak Pandai Atau Tak Pandai. Kita Kena Usaha Jadikannya Berjaya 

IKLAN

Dalam pada itu, Noorkhiriah juga mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin kerana atas usaha mengajar dan mendidik anak-anaknya menjadi orang cemerlang.

Perkongsian Norkhiriah itu juga turut mendapat ucapan tahniah dari peminatnya serta mendoakan kecemerlangan pada masa akan datang.

IKLAN

Tiada Istilah Anak Pandai Atau Tak Pandai. Kita Kena Usaha Jadikannya Berjaya 

Noorkhiriah yang sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah ,10, dan Muhammad Yusoff, 8 turut mempunyai seorang anak angkat perempuan diberi nama Nur yang kini genap setahun.

Sumber: ig Norkhiriah & mehbaca.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI