Sejak perkongsian Adam Corrie Lee mengenai isterinya, Fazema Mohd Fuad yang berjaya hamil selepas beberapa kali mengalami keguguran, ramai yang ingin tahu tip dari pasangan ini.
Terbaru melalui instagramnya, Adam Corrie Lee terbuka berkongsikan beberapa tip dengan peminatnya.
Secara ringkas, Adam menyatakan pasangan yang ingin menimang cahaya mata boleh mendapatkan rawatan atau merujuk dengan doktor pakar sakit puan di mana-mana hospital.
“Bagi saya semua tempat dan doktor pakar sakit puan terbaik. Saya jumpa 8 doktor pakar sakit puan. Semua ok dan terbaik,” katany
Ads
Tambahnya, isterinya turut menjalani rawatan seperti pcos, cyst, endometriosis dan tiub tersumbat untuk memudahkan kehamilan berlaku.
Paling penting, Adam berpesan jika bajet tidak mencukupi, boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
“Buat pemeriksaan suami isteri dengan doktor sakit puan untuk tahu sama ada ada masalah atau tidak.
Ads
“Jika ada masalah, ikut nasihat doktor. Apa rawatan yang sesuai dengan anda berdua,” katanya.
Dalam perkongsian itu, Adam berpesan agar pasangan suami isteri tidak mengambil ubat suplemen tanpa saranan doktor.
Ads
“Saya mula berjumpa doktor pakar sakit puan sejak usia perkahwinan kami 2 tahun. Maksudnya selama 8 tahun buat rawatan dgn 8 doktor pakar.
“Tiada jalan pintas. Doa, usaha dan tawakal. Cepat atau lambat berserah pada Allah,” katanya.
4 kali hamil (1 kali hamil luar rahim, 2 kali hamil tapi keguguran, 1 kali hamil kembar (sekarang ) tapi satu keguguran dan satu ni sdg tunggu masa utk dilahirkan .. insyaAllah .. doakan semua selamat.)
Sumber: instagram adamcorrielee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu bapa memang ramai yang tahu bahawa kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup untuk perkembangan tumbesaran yang baik. Namun dengan gaya hidup pada hari ini, untuk menidurkan si kecil kita memang sesuatu yang agak mencabar.
Menurut Khairul Abdullah melalui pembacaannya dalam satu jurnal, pakar menyatakan bahawa anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk mengalami obesiti, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup.
Dia juga turut menyatakan waktu tidur sesuai dengan usia anak-anak. dalam masa yang sama bapa ini juga turut berkongsi beberapa tip untuk mendidik anak-anak supaya cukup setiap malam.
Selain itu juga, ayah ini turut berkongsi kebaikan tidur yang cukup buat anak-anak:
Korang tahu tak, anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk gemuk, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup. Itu kata pakar kanak-kanak mengikut artikel yang aku baca.
Anak-anak yang seawal jam 8 dah bersiap sedia untuk tidur didapati lebih sihat dan kurang risiko dijangkiti penyakit, kurang risiko untuk gemuk bila dewasa dan berjaya dalam akademik.
Waktu tidur untuk anak anak yang disarankan adalah seperti berikut:
Bayi 0-1 tahun perlu tidur antara 12-16 jam.
Anak berumur 1-2 tahun perlu antara 11-14 jam.
Anak berumur 3-5 tahun antara 10-13 jam.
Anak-anak yang tak cukup tidur akan terganggu kemampuan depa untuk belajar, menyimpan maklumat, dan mengatur emosi. Kesan lain tak cukup tidur ni adalah potensi untuk kena penyakit, dan juga gemuk bila meningkat remaja.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik (link ada di bahagian komen) menunjukkan tidur awal dikalangan kanak-kanak memberi kesan yang besar bila anak tu remaja. Yang tidur awal lebih sihat, kurang gemuk dan lebih berjaya dalam akademik.
Jadi, jomlah mak ayah sekalian pakat-pakat latih anak-anak untuk tidur awal. Lagi awal lagi bagus kerana tidur yang cukup:
Membantu tumbesaran. Hormon tumbesaran dirembaskan sewaktu anak-anak tidur dengan nyenyak.
Menyihatkan jantung. Anak yang tak cukup tidur tahap glukosa dalam darah dan kortisol depa meningkat yang menjadi punca kepada obesiti, diabetis dan masalah jantung.
Mengelak kegemukan. Anak yang tak cukup tidur di dapati tabiat makan dia berbeza dengan yang cukup tidur dan sebab tu depa akan lebih gemuk.
Membantu melawan kuman. Waktu tidur badan mengeluarkan protein bernama Cytokines yang mana diperlukan oleh badan untuk lawan jangkitan kuman, penyakit dan juga stress. Sebab tu waktu kita demam atau selsema badan lemah asyik nak tidur sebab badan nak keluarkan protein tu nak lawan penyakit.
Mengurangkan risiko kecederaan. Kajian mendapati budak tidur tak cukup 9 jam selalu tercedera. Jatuhlah, berlanggar lah, patah tangan lah dan macam-macam.
Kurang hyperaktif. Budak tak cukup tidur lebih hyper berbanding yang cukup tidur. Kalau start umur 3 tahun tidur lambat, nanti umur 6 tahun masalah impulsif dan hyperaktif akan muncul.
Membantu pembelajaran. Tidur yang cukup memberikan daya ingatan yang baik kepadasemua peringkat umur terutamanya anak-anak kecil.
Jadi, paksalah anak tidur awal yer. Tips aku dah share dalam post sebelum ni.
Bagi depa main dan penat.
Bagi makan awal dan elakkan benda manis.
Lepas Isyak gelapkan rumah tutup semua lampu.
InshaAllah dalam sejam lepas tu depa akan tidur dah. Cuba dan terus cuba sampai berjaya okeh.
Teringat waktu aku tinggal di Jerman dulu.
Pukul 9.30 semua rumah dah sunyi sepi, pakat tidur habis dah. Korang tak akan nampak budak-budak di luar rumah, di kedai, di restoran, mall dan sebagainya selepas 8 malam.
Kalau diorang nampak kau bawak anak jenuh kau kena tegur dan marah dengan orang ramai. Depa kata budak-budak pukul 8 tu patut dok atas katil dah. So pukul 6-7 malam semua orang kelam kabut bawak balik anak dan bersiap untuk tidur dah.
Kita pulak bawak anak pergi mamak jam 11 malam okeh.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Taman permainan merupakan satu keseronokan untuk kanak-kanak tapi bukan kepada ibu bapa kerana menurut mereka taman permainan boleh mengundang bahaya. Penting untuk ibu bapa memastikan peralatan dan permukaan yang tidak sesuai serta perlakuan cuai yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
Anda perlu memastikan anak anda menikmati masa mereka sepanjang berada di taman permainan di samping mengelakkan mereka daripada kecederaan dengan mengamalkan cara-cara ini:
Memantau anak anda menggunakan peralatan taman permainan
Cara paling selamat untuk memastikan keselamatan anak anda adalah memantau ketika mereka bermain. Ini tidak susah kerana mereka sentiasa akan memanggil anda untuk melihat mereka bermain. Anda perlu memastikan tiada peralatan yang berkarat atau rosak sebelum anak anda bermain serta memastikan tiada objek bahaya seperti kaca atau permukaan yang tidak rata.
Ajar anak anda untuk berjaga-jaga
Sebelum membiarkan anak anda memasuki taman permainan, buka semua rantai atau gelang yang dipakai oleh mereka untuk mengelakkannya tersangkut pada apa-apa peralatan. Jika terdapat golongan umur kanak-kanak yang pelbagai, ajar anak anda untuk bermain di kalangan kanak-kanak seusia mereka. Ajar anak anda bahawa menolak, menarik, bersesak-sesak di taman permainan boleh mengundang bahaya.
Pilih kawasan bermain berdasarkan umur anak anda
Pastikan anak anda menggunakan peralatan yang sesuai dengan umurnya. Kawasan khas untuk kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun seharusnya diwujudkan dan dibaikpulih.
Untuk bayi yang baharu belajar berjalan, kawasan permainan haruslah mempunyai kawasan dan permukaan yang sesuai dan lembut untuk memudahkan mereka.
Jika bayi anda sudah boleh mengawal tindak-tanduk mereka dan boleh duduk dengan sokongan (biasanya berumur sekitar 9 bulan), boleh cuba menggunakan buaian yang mempunyai sokongan yang selamat.
Pastikan permukaan dan kawasan permainan tersebut selamat
Elakkan taman permainan yang mempunyai tapak permukaan yang keras seperti konkrit, rumput, berbatu atau bertar.
Sebaliknya gunakan taman permainan yang mempunyai tapak permukaan seperti pasir dan getah. Tikar getah, rumput tiruan dan apa-apa material artifisial juga merupakan tapak permukaan yang selamat dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap.
Pastikan taman permainan tersebut diperiksa dan diselenggara oleh pihak berwajib
Pastikan dengan pihak sekolah atau pusat penjagaan untuk memastikan mereka mempunyai taman permainan yang sesuai mengikut umur kanak-kanak dan mempunyai penyelenggaraan yang baik.
Jika terdapat apa-apa bahaya di kawasan taman permainan, laporkan segera kepada mereka dan halang anak anda menggunakan taman permainan tersebut sehingga diselenggara.
Laporkan apa-apa bahaya kepada organisasi bertanggungjawab untuk taman permainan tersebut (contohnya sekolah, rukun tetangga atau majlis bandar raya).
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.