Sejak perkongsian Adam Corrie Lee mengenai isterinya, Fazema Mohd Fuad yang berjaya hamil selepas beberapa kali mengalami keguguran, ramai yang ingin tahu tip dari pasangan ini.

Terbaru melalui instagramnya, Adam Corrie Lee terbuka berkongsikan beberapa tip dengan peminatnya.

Oleh kerana ramai yg tanya lagi.. macamana bidadari boleh hamil setelah lama berkahwin 10tahun. Jadi saya minta bidadari saya @puan_fazi_fuad coretkan di ig beliau kemudian saya kongsikan di sini. . Kali ini ringkas sahaja. Tak nak cerita panjang2 mcm post yang lepas2. 1. Buat rawatan apa dan kat mana.. Semua hospital yang ada doktor pakar sakit puan yang berhampiran dgn tuan puan. – jgn tanya saya buat kat rawatan APA, kat mana yg terbaik. Bagi saya semua tempat dan doktor pakar sakit puan terbaik. Saya jumpa 8 doktor pakar sakit puan. Semua ok dan terbaik. . Nak tahu juga saya buat rawatan. ???? Saya ada pcos, cyst, endometriosis, tiub tersumbat. Kena buat rawatan itu lah .. baru mudah hamil. . 2. Kita tengok bajet kita, buat survey dengan pergi bertanya setiap hospital / klinik. Kalau bajet kita tak banyak boleh je pergi hospital kerajaan. Hospital kerajaan lengkap semuanya. . 3. Buat pemeriksaan suami isteri dengan doktor sakit puan utk tahu samada ada masalah atau tidak. . 3. Jika ada masalah , ikut nasihat doktor. Apa rawatan yang sesuai dengan anda berdua. Setiap pasangan tak sama cara rawatan yang diterima dan ubat apa yang di sarankan ambil. Jangan ambil sebarang suppliment tanpa saranan doktor. Kalau nak mkn juga bawa suppliment atau jamu tersebut tanya doktor boleh tak makan. Kadang-kadang suppliment yang kita ambil tanpa kebenaran doktor akan mengganggu proses rawatan kita. . Saya mula berjumpa doktor pakar sakit puan sejak usia perkahwinan kami 2 tahun. Maksudnya selama 8 tahun buat rawatan dgn 8 doktor pakar. Tiada jalan pintas.. . 4. Doa , usaha dan tawakal. Cepat atau lambat berserah pada Allah. InsyaAllah Ingat nak tulis ringkas, terpanjang juga nampaknya ❤️❤️?? . ❤️ 4 kali hamil. ❤️ . 1 kali hamil luar rahim 2 kali hamil tapi keguguran 1 kali hamil kembar (sekarang ) tapi satu keguguran dan satu ni sdg tunggu masa utk dilahirkan .. insyaAllah .. doakan semua selamat . Fazi ❤️? #adamcorrie

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Secara ringkas, Adam menyatakan pasangan yang ingin menimang cahaya mata boleh mendapatkan rawatan atau merujuk dengan doktor pakar sakit puan di mana-mana hospital.

“Bagi saya semua tempat dan doktor pakar sakit puan terbaik. Saya jumpa 8 doktor pakar sakit puan. Semua ok dan terbaik,” katany

IKLAN

Tambahnya, isterinya turut menjalani rawatan seperti pcos, cyst, endometriosis dan tiub tersumbat untuk memudahkan kehamilan berlaku.

Paling penting, Adam berpesan jika bajet tidak mencukupi, boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Buat pemeriksaan suami isteri dengan doktor sakit puan untuk tahu sama ada ada masalah atau tidak.

IKLAN

“Jika ada masalah, ikut nasihat doktor. Apa rawatan yang sesuai dengan anda berdua,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Adam berpesan agar pasangan suami isteri tidak mengambil ubat suplemen tanpa saranan doktor.

IKLAN

“Tiada Jalan Pintas. Doa, Usaha, Tawakal”. Adam Corrie Kongsi Tip Isteri Hamil Selepas 4 Kali Gugur
“Saya mula berjumpa doktor pakar sakit puan sejak usia perkahwinan kami 2 tahun. Maksudnya selama 8 tahun buat rawatan dgn 8 doktor pakar.

“Tiada jalan pintas. Doa, usaha dan tawakal. Cepat atau lambat berserah pada Allah,” katanya.

4 kali hamil (1 kali hamil luar rahim, 2 kali hamil tapi keguguran, 1 kali hamil kembar (sekarang ) tapi satu keguguran dan satu ni sdg tunggu masa utk dilahirkan .. insyaAllah .. doakan semua selamat.)

Sumber: instagram adamcorrielee

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI