“Tiada Jalan Pintas. Doa, Usaha, Tawakal”. Adam Corrie Kongsi Tip Isteri Hamil Selepas 4 Kali Gugur

Share

Sejak perkongsian Adam Corrie Lee mengenai isterinya, Fazema Mohd Fuad yang berjaya hamil selepas beberapa kali mengalami keguguran, ramai yang ingin tahu tip dari pasangan ini.

Terbaru melalui instagramnya, Adam Corrie Lee terbuka berkongsikan beberapa tip dengan peminatnya.

Secara ringkas, Adam menyatakan pasangan yang ingin menimang cahaya mata boleh mendapatkan rawatan atau merujuk dengan doktor pakar sakit puan di mana-mana hospital.

“Bagi saya semua tempat dan doktor pakar sakit puan terbaik. Saya jumpa 8 doktor pakar sakit puan. Semua ok dan terbaik,” katany

Tambahnya, isterinya turut menjalani rawatan seperti pcos, cyst, endometriosis dan tiub tersumbat untuk memudahkan kehamilan berlaku.

Paling penting, Adam berpesan jika bajet tidak mencukupi, boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Buat pemeriksaan suami isteri dengan doktor sakit puan untuk tahu sama ada ada masalah atau tidak.

“Jika ada masalah, ikut nasihat doktor. Apa rawatan yang sesuai dengan anda berdua,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Adam berpesan agar pasangan suami isteri tidak mengambil ubat suplemen tanpa saranan doktor.


“Saya mula berjumpa doktor pakar sakit puan sejak usia perkahwinan kami 2 tahun. Maksudnya selama 8 tahun buat rawatan dgn 8 doktor pakar.

“Tiada jalan pintas. Doa, usaha dan tawakal. Cepat atau lambat berserah pada Allah,” katanya.

4 kali hamil (1 kali hamil luar rahim, 2 kali hamil tapi keguguran, 1 kali hamil kembar (sekarang ) tapi satu keguguran dan satu ni sdg tunggu masa utk dilahirkan .. insyaAllah .. doakan semua selamat.)

Sumber: instagram adamcorrielee

Published by
Wan Amy