Tahun 2014, merupakan tahun yang meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan krew kabin Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pesawat yang membawa 239 orang itu dipercayai terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.
Menerusi Instagram Intan Maizura Othaman iaitu isteri kepada salah seorang pramugara yang terkorban, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan dia berkongsi suka dan duka dalam membesarkan dua cahaya mata tanpa suami tercinta di sisi.
Tambahnya, 8 Mac ini genap 6 tahun hari peringatan kehilangan pesawat itu. Sedihnya!
6 tahun sudah berlalu tanpa perkhabaran
Menurut Intan, walaupun sudah 6 tahun masa berlalu, dia masih tidak perasan waktu tersebut berlalu dengan pantas. Sehingga kini tiada kubur dan pesanan yang diterima olehnya daripada suaminya iaitu Mohd Hazrin Mohamed Hasnan.
Namun, sebagai manusia dia seharusnya kuat dan meneruskan kehidupan dalam membesarkan kedua-dua cahaya mata mereka iaitu Iman (11 tahun) dan Muhammad (5 tahun).
Di samping itu, Intan memberitahu bahawa dia terpaksa menipu anaknya hari demi hari kerana mereka masih belum mengerti.
Tambahnya, kedua-dua zuriatnya itu senang dijaga dan mereka sangat berdikari. Sebagai ibu, dia mengharapkan anak-anaknya di bawah lindungan Allah S.W.T sentiasa.
6 tahun sudah berlalu..Tak perasan waktu pantasnya pergi.. Tiada kubur..
Tiada pesan..Tiada lagi tangisan seperti dulu.. hidup mesti aku teruskan
Kan Allah dah janji “mati itu pasti” Takpe, Allah ada.. Anak-anak makin membesar..
Mereka membesar dengan tangisan..
Anak-anak seolah memahami
Tak mengerti sepatah apa..Hanya jawapan tipu hari demi hari..Buntu nak jawab apa lagi..
Sehingga kini baru Iman mengerti, mengerti tak semestinya boleh fahami tapi semuanya samar-samar hingga ke mati..
Lahirnya Muhammad seorang bayi yang kuat. Dia fahami untuk tidak menyusahkan hati ibunya yang kosong..Sedari kecil anak ini tak pernah menyusahkan..hanya tangis bila lapar, lapar dan lapar..
Tidurnya mudah, senyum sahaja..Sedari kecik sudah berdikari.. semuanya mudah berkat dari Ilahi.
Sakit kuning, batuk, demam selsema, itu biasa..ke hulu ke hilir ibu sendiri..Janji anak kecil ini sembuh dan tak susahkan hati mommy..
Aku harapkan anak-anak ini sentiasa di bawah lindungan Allah yang Esa.. menjadi anak-anak yang soleh supaya dapat mendoakan papa yang berada di sana.
Tak lekang dari bibir setiap mereka menyebut papa papa papa..Moga cinta mereka sentiasa mekar hingga ke syurga..Ya Allah, permudahkanlah segalanya.
Sumber: Intan Maizura Othaman