Tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan wabak koronavirus (Covid-19).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada peruntukan atau hukuman dikenakan ke atas ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke kawasan awam berkenaan kerana ia tidak diwartakan.
Bawa jika perlu
“Tidak ada tegahan untuk tidak benarkan kanak-kanak pergi membeli mainan, beli-belah dan sebagainya bersama ibu bapa mereka.
“Cuma sering kali saya nasihatkan, kalau boleh jangan bawa kanak-kanak kerana mereka golongan berisiko tinggi dan ibu bapa kena jaga kepentingan anak mereka walaupun dipakaikan pelitup separuh muka.
“Tidak ada hukuman kerana tidak diwartakan yang kanak-kanak tidak boleh dibawa ke restoran dan pusat beli-belah tapi kerana anak-anak berisiko tinggi dengan jangkitan Covid-19, kita galakkan tidak bawa anak bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Ads
Boleh bawa anak beriadah, cuma ikut SOP
Tegasnya, kerajaan juga tidak menetapkan halangan untuk kanak-kanak beriadah di taman permainan dan pusat beriadah, namun perlu mematuhi jarakan sosial selain tidak berhimpit-himpit.
Ads
Ditanya sama ada panggung wayang sudah dibenarkan beroperasi, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Teruskan pemeriksaan SOP di seluruh negara
Ads
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat sebanyak 69,370 pemeriksaan di seluruh negara bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP dengan melibatkan seramai 16,712 anggota.
Pada masa sama beliau berkata, PDRM telah menahan 61 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
“Daripada jumlah ini, sembilan individu telah direman dan 52 individu telah dikenakan kompaun.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti di pub dan kelab malam (44 individu), aktiviti refleksologi atau urut (empat) dan aktiviti yang menyukarkan jarakan sosial,” tambahnya.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Si comel kesayangan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian ramai dengan gelagat comelnya.
Terbaru, gaya Fatima yang membuat video solekan mendapat perhatian ramai. Mana taknya, bukan hanya pandai melakukan langkah demi langkah solekan bahkan kepetahan Fatima buat ramai yang geram.
“Baru berapa hari mommy kerja kat Jakarta, anak mommy dah jadi influencer yaa.
“Tapi bagus productnya, satu je tapi boleh pakai untuk semua. Ada link tak nyamma? Mommy nak beli @fattahaminz,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Dengan hanya satu produk, Fatima lincah menyapukan produk itu di seluruh wajahnya. Memang comel dan cukup bersahaja.
Terbaru, Fatima juga rupanya cukup sukakan selebriti tersohor Korea, Blackpink bila mana tampil dengan kasut merah jambu dan hitam. Memang comel.
Fatima yang mengenakan kasut merah jambu di sebelah kanan dan kasut hitam di sebelah kiri memberi dia memilih gaya itu kerana sukakan Blackpink. Cute.
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, dan bekas isteri, Nina Ismail Sabri, di lihat menyambut hari jadi anak mereka yang ke-7 iaitu Jeanelle Nika Mandagie. Nyata menunjukkan kematangan dalam menjaga kebahagian anak kesayangan mereka.
Melalui perkongsian di Instagram milik Nina telah memuat naik video bersama Jovian dan Jeanelle berserta kapsyen ucapan hari jadi buat anaknya kala status hubungan mereka telah berubah.
“Ayahnya tiada pada hari lahirnya tahun lepas, jadi kami memberitahu ayahnya hanya akan kembali untuk makan malam hari jadinya tahun ini.”
“Saya memberitahunya dia (Jeanelle) boleh berjaga lewat kerana ia adalah malam hari lahirnya, tetapi semua kejutan hanya akan bermula hari ini.”
“HAPPY 7TH BIRTHDAY TO THE LOVE OF MY LIFE.”
“Daddy dan mommy mungkin mempunyai perbezaan pada ini, tetapi satu perkara yang pasti ialah kami akan sentiasa bersama mu.”
“Rain or shine you know you can count on us and abah. We love you so much sayang!”
NETIZEN PUJI CARA NINA & JOVIAN
Usaha Nina dan Jovian ini untuk mencipta momen bahagia dan istimewa untuk anak mendapat pujian para netizen.
“Pasangan contoh..walaupun dh xbersama tp masih bersama memberikan yg trbaik utk anak mereka..good job Nina & Jovian.”
“Mereka berpisah tetapi tetap bersikap profesional di hadapan anak mereka “Warmest love and hug to this beautiful relationship.”
“Awesome co parenting. Happy birthday little one.”
“Happy birthday princess! But y am I crying to this!
Bukan mudah mahu menguruskan keluarga dalam kesibukan bekerja. Dengan adanya pembantu rumah, sedikit-sebanyak ia dapat meringankan beban tugasan harian yang harus diselesaikan. Aktres cantik dan berbakat besar, Emma Maembong juga menggunakan khidmat pembantu rumah bagi memudahkan urusan hariannya.
Tambahan pula kini Emma sah hamil anak keduanya, jadi khidmat pembantu rumah sangat diperlukan kerana dia masih sibuk dengan kariernya biarpun mengandung. Selain jadual penggambaran yang padat, pelakon ini juga banyak menerima jemputan bagi memeriahkan majlis-majlis tertentu.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @themariposa7 menunjukkan Emma membawa anaknya Shariq Gariel berjalan sambil ditemani pembantu rumah. Bukan mereka saja, bahkan anak pembantu rumah tersebut juga ada bersama-sama mereka.
Jom, tengok video;
@themariposa7Emma layan anak bibik dia macam anak sendiri, Arshan pun rapat suka sangat. Adore dengan Emma.
Di dalam video itu juga menunjukkan Emma yang melayan kanak-kanak perempuan itu seperti anaknya sendiri. Apabila dipeluk oleh anak pembantu rumahnya, Emma memegangnya sambil tersenyum.
Antara komen warganet;
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, seperti mana layanan baik Emma terhadap pembantu rumahnya, perkara yang sama dapat dilihat pada Shariq. Tidak kekok bermain dengan anak pembantu rumah mereka, jelas terlihat kemesraan antara dua kanak-kanak itu.
Sama-sama kita doakan hubungan keluarga Emma dan pembantu rumahnya sentiasa baik dan terus saling menyayangi serta menghormati. Satu pujian buat Emma dan suami kerana mendidik anak mereka untuk tidak memandang rendah orang lain dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan sesiapa sahaja.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.