Ibu mana yang tidak bimbang apabila anaknya ditimpa musibah. Penyanyi Jaclyn Victor baru-baru berkongsi mengenai kecederaan tulang bahu yang dialami oleh anak lelakinya, Jonah Joshiah Rivera.

Menerusi satu entri ringkas di Instagram, Jaclyn memuat naik foto hasil ujian x-ray yang menunjukkan keadaan tulang bahu anaknya itu. Membimbangkan namun ibu kepada dua anak ini percaya anak sulungnya itu kuat.

“Tiada Lagi Lagu ‘Monkeys Jumping On The Bed’. Baby Boy Saya Kuat”, Anak Jaclyn Victor Alami Kecederaan Bahu!

Menurut Jaclyn, dia yakin bahawa Jonah merupakan seorang kanak-kanak yang kuat untuk berhadapan ujian sebegitu.

“Baby boy saya memang kuat, lagu yang akan dia dengar seumur hidupnya, tiada lagi ‘monkeys jumping on the bed!” tulis Jac sebagai kapsyen.

Walaupun tidak mendedahkan punca sebenar kecederaan itu, namun pengikut di instagram mendoakan agar keadaan Jonah segera pulih.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Jaclyn terkejut dan mengharapkan kesembuhan segera buat Jonah.

IKLAN

“Tiada Lagi Lagu ‘Monkeys Jumping On The Bed’. Baby Boy Saya Kuat”, Anak Jaclyn Victor Alami Kecederaan Bahu!

OMG Get Well Soon Jonah”

“Hope he recovery fast .. amin”

“Omg.. Gws little Jonah. NO more monkeys jumping on the Bed! Okay,” begitu kata-kata semangat buat Jonah. 

Semoga Jonah cepat sempuh. Moga yang baik-baik sahaja buat si comel kesayangan ibunya ini.

IKLAN

Selain Jonah, Jaclyn juga turut mempunyai seorang lagi anak, si comel Mommy Marguerite Rivera yang sentiasa menceriakan hari-hari mereka sekeluarga. Gelagat Jonah dan Molly sering menghiasi instagram Jaclyn dengan aksi lincah kedua-duanya.

 

Jac sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan penyanyi R&B Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014.

Namun, rumah tangga yang dibina mereka menemui titik noktah pada sekitar Januari lalu. Biarpun begitu, ternyata Jonah dan Molly sentiasa menjadi peneman setia ibunya.

IKLAN

EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

“Tiada Lagi Lagu ‘Monkeys Jumping On The Bed’. Baby Boy Saya Kuat”, Anak Jaclyn Victor Alami Kecederaan Bahu!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Sumber: instagram @jaclyn_victor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI