Tiada Parti Hari Lahir Sempena Ulangtahun Kelahiran Pertama Arsalan. Jihan Muse Bawa Anak Ke Jepun!

Share

Tiada parti hari lahir sempena ulangtahun kelahiran pertama Arsalan. Jihan Muse membawa anak sulungnya itu ke Jepun!

Anak Jihan, Ungku Arsalan Haq telah pun mencecah usia setahun pada 26 Januari lalu.

Jihan melawak menyatakan yang tiada parti sambutan ulangtahun kelahiran buat Arsalan kerana anaknya itu masih belum boleh memakan kek lagi.

Jadi sebagai ganti, dia telah membawa Arsalan ‘balik kampung’ ke Jepun.

jihanmuse Happy 1 year old birthday my son. No birthday party for you sebab u still cannot eat the cake. So we bring u balik kampung okay sayang. So let’s #jejakjepunjihan 

Kata Jihan, ini adalah kali pertama Arsalan ke Jepun tetapi dahulu Jihan pernah datang ke Jepun ketika Arsalan masih dalam kandungan.  Jihan turut menyatakan yang Jepun ialah destinasi yang disukainya.

jihanmuse Dulu dtg sini masa dalam perut. Skrg da keluar dari perut. Alhamdulillah sampai dah. Tempat fav bonda.. Thank you pilots & crews

Sumber: jihanmuse ungkuarsalanhaq

Published by
Azma ML