Kementerian Kesihatan menafikan mesej yang tular dalam media sosial bahawa Malaysia akan dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) hari ini ekoran penularan Covid-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, dalam sebuah hantaran menerusi akaun Facebook rasminya, berkata penyebaran infografik mengenai ‘lockdown’ di negara ini malam ini adalah palsu.

Tiada Perintah LockDown Buat Masa Ini. KKM Sahkan Infografik Tular Palsu

“Tiada sebarang perintah ‘lockdown’ buat masa ini. Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini,” katanya.

IKLAN

Sejak petang semalam, tular satu infografik yang dikongsi netizen melalui Facebook dan Whatsapp dengan tanda pagar #Malaysialockdown pada Isnin 16 Mac 2020, 8 hingga 10 pm.

Infografik itu juga menyebut Covid-19 Hour dengan mengandungi beberapa larangan iaitu jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.

IKLAN

Ia juga menyuruh rakyat Malaysia supaya berada di kediaman masing-masing.

Tiada Perintah LockDown Buat Masa Ini. KKM Sahkan Infografik Tular Palsu

IKLAN

Bagaimanapun, dalam hantaran yang sama, Dr Adham menggesa rakyat Malaysia mematuhi nasihat kesihatan dan penjarakkan sosial satu meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan.

Malaysia mencatatkan rekod kes baharu dengan mendadak sehingga lebih 400 kes. Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan penjagaan kesihatan dan sebaiknya elak berada di kawasan orang ramai.

Sumber: Bernama & KKM

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI