Rezeki untuk memiliki seorang anak lelaki tidak kesampaian bila mana pelakon, Faralyna Idris mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia empat bulan.

Berkongsi khabar duka itu menerusi Instagramnya, kata Faralyna dia reda dengan ketentuan Allah yang sudah semestinya mengaturkan yang lebih indah buatnya dan keluarga.

“Tiada Rezeki Bonda Ayah Peluk Cium Dia” Hasrat Timang Anak Lelaki Tak Kesampaian, Faralyna Keguguran!

Malah kata Faralyna lagi, dia tetap bersyukur kerana Allah memberi rezeki bayi lelaki untuk dia dan suami biarpun hanya seketika.

“Pukul 3.30am Bonda terus ajak Ayah pergi hospital sebab memang tak tahan sangat dah. Nak keluar rumah, bleeding.

“Otw about 5 mins to reach the hopsital, Bonda rasa air ketuban pecah,” kongsinya di Instasotry.

“Tiada Rezeki Bonda Ayah Peluk Cium Dia” Hasrat Timang Anak Lelaki Tak Kesampaian, Faralyna Keguguran!

Namun menerusi Instagramnya, Faralyna menjelaskan keadaan ini.

“ Dari awal tahun, ramai tegur dan tanya mana bonda. Kenapa lama tak update IG. Mana IGStory bonda. Inilah sebabnya. Alhamdulillah diberi lagi rezeki untuk mengandung kali ketiga.

IKLAN

“ Selama mengandungkan yang teristimewa ni, bonda dengan phone bertukar status, jadi love-hate relationship, sorry. Namun, sekali pun Dia (Allah) beri rezeki, bila-bila masa juga Dia boleh ambil kembali,” kongsinya di Instagram.

“Tiada Rezeki Bonda Ayah Peluk Cium Dia” Hasrat Timang Anak Lelaki Tak Kesampaian, Faralyna Keguguran!

Kata Faralyna lagi, pada awalnya dia dan suami merasa cukup teruja kerana bakal menimang cahaya mata lelaki. Namun terpaksa akur kerana bukan rezekinya untuk menimang anak ketiga mereka kali ini.

“Tiada Rezeki Bonda Ayah Peluk Cium Dia” Hasrat Timang Anak Lelaki Tak Kesampaian, Faralyna Keguguran!

“Tiada rezeki bonda ayah untuk peluk cium dia, tapi rezeki kami merasa gembira dan teruja bila tahu, kami akan dapat baby boy!

IKLAN

“Terima kasih, Ya Allah. Telah kau gembirakan hati kami dengan kehadiran yang teristimewa ini. Telah kau pinjamkan dia sekejap pada keluarga kami. Empat bulan yang penuh makna,” tulisnya.

“Tiada Rezeki Bonda Ayah Peluk Cium Dia” Hasrat Timang Anak Lelaki Tak Kesampaian, Faralyna Keguguran!

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya, malah merasakan Ramadan kali ini cukup bermakna bersama arwah anaknya yang sudah diberikan nama.

“Tiada Rezeki Bonda Ayah Peluk Cium Dia” Hasrat Timang Anak Lelaki Tak Kesampaian, Faralyna Keguguran!

“Kepada yang tahu bonda pregnant, terima kasih kerana sentiasa doakan untuk bonda. Sentiasa cakap yang baik-baik pada bonda. Salam Ramadhan buat semua.

IKLAN

“Ini detik permulaan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan tahun ni untuk keluarga kami. Paling istimewa, bersama yang teristimewa, Muhammad Farid Muhammad Fikri,” ujarnya.

 

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar Faralyna serta keluarganya kuat menghadapi dugaan itu.

Terdahulu, Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Fira Anggun dan Fira Ayu.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @faralynaidris

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI