“Tiada rezeki kami..” Pelakon Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina reda apabila hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila kandungan yang sudah mencecah empat bulan keguguran.
Menerusi perkongsian di instagramnya, Safwan berkata ini adalah ujian besar buat dirinya dan isteri melalui saat getir ini. Namun disebabkan perancangan Allah lebih dari segala-galanya, mereka reda.
Pasangan ini juga telah memberi nama bayi sulung mereka Muhammad Kaif yang membawa maksud ‘semangat yang kuat.’
Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai disini sahaja. Nama dia Muhamad Kaif ❤️ Maksud : Semangat yang kuat! Dia semangat untuk hidup, semangat untuk jumpa mummy dengan daddy dia, tapi perancangan Allah itu lebih sempurna!
Ads
Kita jumpa di Syurga nanti ye Kaif ! Teruskan doa untuk mummy and daddy okay ! Dia dah cukup sifat, dah nak masuk 4 bulan, Comel, Sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia !
Dalam pada itu, Safwan turut memberi penghargaan kepada isterinya yang disifatkannya sangat hebat dan kuat dalam keadaan dirinya berdepan detik sukar ini.
Terima kasih sayang @lynakhairul ! You memang HEBAT ! You wanita yang sangat KUAT ! Saya dapat tahu benda ni terjadi ketika saya sudah sampai Turkey, Isteri saya lalui benda ni sorang2 dengan family tanpa suami🥺 Ya allah hebatnya you sayang ! I sayang sangat dekat you ! Kita lalui benda ni together okay !
Ads
Muhamad Kaif, you will always be our Child, Thankyou temankan Mummy selama ini, kita jumpa nanti okay❤️
Safwan yang merupakan bekas finalis Hero Remaja 2017 mendirikan rumah tangga dengan kakitangan kerajaan, Fathin Nur Amalina pada bulan Mac lalu.
Tahun 2021 yang semakin ke penghujungnya membuatkan kita terpaksa mencari altenatif baru untuk meneruskan perbelanjaan dengan sempurna.
Tabungan dengan konsep berjimat cermat dan disiplin dalam menabung antara yang perlu diamalkan oleh setiap dari kita agar dapat memastikan kita sentiasa punya wang untuk berbelanja untuk anak-anak dan keluarga.
Apa plan tabungan mak ayah untuk tahun hadapan? Tak perlu bersusah payah, tabungan simple dan ringkas tapi pasti menjadi ini memang satu cabaran yang memberi pulangan paling memuaskan hati.
Nak menyimpan macam mana? Trik mudah dengan enam konsep simpanan ini mak ayah perlu cuba. Menarik tapi agak mencabar.
Tabungan 1 RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
Tabungan 2 RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
Tabungan 3 RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
Tabungan 4 RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
Tabungan 5 RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun RM300.
Tabungan 6 RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun RM600.
Ringkas dan mudah tapi perlukan disiplin yang tinggi. Selain mak ayah, boleh juga meminta anak-anak melakukan konsep tabungan yang sama. Pasti bertambah seronok dan semangat anak menyimpan.
Semalam kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang bayi berusia Sembilan bulan yang ditemui mati dalam kereta bapanya di tempat letak kereta Komplek Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan.
Bayi berkenaan, Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui ketika bapanya mahu keluar makan pada waktu tengah hari setelah terlupa untuk menghantar bayinya ke sebuah taska di Kawasan yang sama.
Dengan berita sedih tersebut, ada pula segelintir yang menyalahkan kerusi keselamatan bayi atau crs. Terpanggil untuk membetulkan kenyataan tersebut, Dietitian Fizah Sobrimenerusi laman facebook miliknya berkongsi tip buat ibu bapa kat luar sana bagi mengelakkan terlupa anak yang dibawa berada di bahagian belakang kereta.
Sedih dengan nasib baby yang tertinggal dalam crs sehingga menyebabkan kematian
Tapi takde orang yang boleh come close dengan kesedihan yang dialami oleh parents baby tersebut.
Yang saya nak naikkan adalah isu crs.
Ada jugak ambil kesempatan berita ini untuk kata kalau anak tak duduk dalam crs,keadaan macam ni tak akan berlaku…
Mengapa salahkan crs?
Ia hanya satu benda yang tak bernyawa
Meh kita tengok apa jadi dekat baby kalau takde crs ketika ayahnya hantar ke taska tanpa terlibat dalam apa apa accident…
Dan macam macam lagi…
Nak suh maknya pegang sebelum hantar ke taska?
Sama juga..kalau accident tetap anaknya akan lebih teruk keadaan banding dengan orang lain sebab dia paling kecil
Takde kena mengena letak anak dalam crs dan keadaan lupa anak di dalam kereta.
Kita manusia tidak sempurna dan sentiasa lupa.
Sini saya sertakan tips untuk elak dari keadaan lupa anak di crs
Ingat crs tak salah..
Ia hanya satu benda yang tak bernyawa tapi sedang bertanggungjawab menyelamatkan nyawa yang anak yang disayangi.
Ini 5 tip nak elak terlupa anak kat belakang kereta:
2. Letak barang anda di belakang berdekatan baby
3. Pasang baby dash cam untuk lihat anak anda di belakang
4. Posisi CRS di tengah jika boleh
5. Boleh buat keychain, tempat gantung, reminder baby ada di belakang
Ya betul benda kalau nak jadi bila dah beringat pun tetap akan berlaku. Tapi tak salah kalau kita ambil langkah berjaga-jaga. Mama papa boleh cuba tip yang diberikan supaya dapat mengurangkan risiko terlupa bahawa ada nyawa kecil yang kita bawa berada di belakang kereta. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.
Bukan saja orang dewasa, tetapi anak-anak pun berisiko untuk dijangkiti Covid-19. Dengan kes yang meningkat, dikhuatiri anak-anak antara golongan yang mudah mendapat jangkitan kerana mereka tidak divaksin. Oleh itu, program imunisasi untuk kanak-kanak dijalankan sebagai ikhtiar melindungi mereka.
Banyak ibu bapa yang menyokong program ini dan membawa mereka ke pusat pemberian vaksin yang ditetapkan. Hal ini tidak terkecuali buat pelakon Diana Danielle yang berkongsi cerita tentang anak-anaknya yang menerima vaksin.
Diana telah berkongsi tentang pengalaman ini di laman Instagramnya. Menurutnya, Muhammad dan Nur Aurora telah menerima suntikan dan syukur tidak mengalami sebarang gejala. Dia turut memberitahu yang anak-anaknya juga aktif seperti biasa.
Ketika diumumkan pemberian vaksin untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, anak-anaknya tak sabar dan teruja kerana menganggap mereka tak perlu pakai pelitup muka lagi bila dah dapat suntikan.

DAH DAPAT SUNTIKAN VAKSIN, TAK DEMAM ATAU SAKIT BADAN
“Dah rasmi divaksin 2 hari lepas. Tak demam, badan pun tak menggigil atau sakit-sakit. Saya ingat lagi bila diumumkan ada pemberian vaksin untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, anak-anak dan saya rasa tak sabar. Mereka fikir kalau dah divaksin tak perlu pakai pelitup muka.
Anak-anak baru baik selesema jadi saya beritahu yang mereka masih boleh dijangkiti walaupun selepas disuntik cuma gejalanya mungkin ringan saja. Anak-anak merajuk dan kekal pakai pelitup muka.
Ini kisah vaksin kami, percayalah ada drama hebat di PPV dengan budak baju merah tu. Dia akan baca post saya ni, tapi apa boleh saya cakap tiga orang atendan kesihatan kena pegang dia. Dengan jeritan dia, gelas pun boleh pecah!”.
Bila baca sharing Diana ni, mungkin boleh mengurangkan kegusaran ibu ayah yang masih memikirkan untuk beri atau menolak suntikan vaksin kepada anak.
“Dah rasmi divaksin 2 hari lepas. Tak demam, badan pun tak menggigil atau sakit-sakit. Saya ingat lagi bila diumumkan ada pemberian vaksin untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, anak-anak dan saya rasa tak sabar. Mereka fikir kalau dah divaksin tak perlu pakai pelitup muka
Anak-anak baru baik selesema jadi saya beritahu yang mereka masih boleh dijangkiti walaupun selepas disuntik cuma gejalanya mungkin ringan saja. Anak-anak merajuk dan kekal pakai pelitup muka.
Ini kisah vaksin kami, percayalah ada drama hebat di PPV dengan budak baju merah tu. Dia akan baca post saya ni, tapi apa boleh saya cakap tiga orang atendan kesihatan kena pegang dia. Dengan jeritan dia, gelas pun boleh pecah!”.
Bila baca sharing Diana ni, mungkin boleh mengurangkan kegusaran ibu ayah yang masih memikirkan untuk beri atau menolak suntikan vaksin kepada anak.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!