“Tiada Rezeki Kami..” Kandungan 4 Bulan, Isteri Pelakon Safwan Nazri Keguguran

Share

“Tiada rezeki kami..” Pelakon Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina reda apabila hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila kandungan yang sudah mencecah empat bulan keguguran.

Menerusi perkongsian di instagramnya, Safwan berkata ini adalah ujian besar buat dirinya dan isteri melalui saat getir ini. Namun disebabkan perancangan Allah lebih dari segala-galanya, mereka reda.

Pasangan ini juga telah memberi nama bayi sulung mereka Muhammad Kaif yang membawa maksud ‘semangat yang kuat.’

Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai disini sahaja. Nama dia Muhamad Kaif ❤️ Maksud : Semangat yang kuat! Dia semangat untuk hidup, semangat untuk jumpa mummy dengan daddy dia, tapi perancangan Allah itu lebih sempurna!

Kita jumpa di Syurga nanti ye Kaif ! Teruskan doa untuk mummy and daddy okay ! Dia dah cukup sifat, dah nak masuk 4 bulan, Comel, Sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia !

Dalam pada itu, Safwan turut memberi penghargaan kepada isterinya yang disifatkannya sangat hebat dan kuat dalam keadaan dirinya berdepan detik sukar ini.

Terima kasih sayang @lynakhairul ! You memang HEBAT ! You wanita yang sangat KUAT ! Saya dapat tahu benda ni terjadi ketika saya sudah sampai Turkey, Isteri saya lalui benda ni sorang2 dengan family tanpa suami🥺 Ya allah hebatnya you sayang ! I sayang sangat dekat you ! Kita lalui benda ni together okay !

Muhamad Kaif, you will always be our Child, Thankyou temankan Mummy selama ini, kita jumpa nanti okay❤️

Safwan yang merupakan bekas finalis Hero Remaja 2017 mendirikan rumah tangga dengan kakitangan kerajaan, Fathin Nur Amalina pada bulan Mac lalu.

Kredit: IG Safwan Nazri

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

 

Published by
Wan Amy