Tiada Sekatan Balik Kampung Untuk Hari Raya Aidiladha, Cuma Perlu Patuhi SOP

Share

Perjalanan rentas negeri dan daerah dibenarkan sempena sambutan Aidiladha, Jumaat ini kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun katanya, orang ramai perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Sebenarnya tidak ada sekatan perjalanan, sebab itu saya kata masih boleh balik kampung, cuma patuhi SOP.

“Walaupun dibenarkan tapi kita kena jaga diri kita,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan kerajaan akan melarang pergerakan rentas negeri dan daerah susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19, sejak kebelakangan ini.

Cuma ingin diingatkan sekali lagi pada orang ramai, terus patuhi SOP sepanjang masa walaupun bukan pada perayaan besar agar negara kita terus pulih dan dapat bebas dari wabak Covid-19 ini.

Sumber: Berita Harian 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy