“Tiada Ubat Untuk Virus Ini” Anak Ain Edruce Dijangkiti Parainfluenza, Mohon Doa Ramai

Share

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyatakan rasa bimbang apabila anak tersayang yang baru berusia tujuh bulan demam panas sehingga mencecah suhu 39 darjah.

Keadaan lebih merisaukan apabila doktor memaklumkan baby Soraya dijangkiti virus Parainfluenza dan terpaksa di tahan di wad sejak 3 hari yang lalu.

Baby Soraya dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, doktor hanya memantau keadaan Soraya memandangkan tiada ubat untuk virus tersebut.

“Dia mula batuk dan selesema pada rabu. Masa bangun tidur tengah hari suhu badan dia naik sehingga 39. Saya dan suami terus bawa ke unit kecemasan.”

“Soraya terpaksa ditahan wad dan diambil darah. Doktor maklumkan Soraya dijangkiti Parainfluenza.. tapi bukan Influenza”

“Virus ini tak ada ubat untuk dia. Apa yang doktor boleh buat, pantau keadaan suhu badan, batuk dan selesema”

Tambah Ain, jika keadaan anaknya dalam keadaan baik mereka dibenarkan pulang hari ini.

“InsyaAllah kalau keadaan dia semakin baik, akan dibenarkan pulang. Harap semua boleh doakan Soraya cepat sembuh”

Ain mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 209 dan dikurnikan cahaya mata perempuan, Soraya pada Mei 2021.

Kredit: Ain Edruce

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa