“Tiada Zuriat Selama 10 Tahun” Adam Corrie Minta Suami Fikir Panjang Sebelum Kahwin Lain!

Share

Pelakon Adam Corrie meminta para suami berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lagi demi mendapatkan zuriat.

Adam yang menempuh pengalaman selama 10 tahun tanpa kehadiran zuriat dalam perkahwinannya itu turut berkongsi nasihat dan pesanan melalui Instagramnya.

Menimang cahaya mata sulungnya selepas 10 tahun berkahwin kata Adam perlu disusuli dengan doa dan usaha malah berikhtiar semampu yang boleh untuk memiliki zuriat.

“Nak kahwin lagi sebab tak ada anak? Ini pengalaman saya. Usaha dulu, cari jalan sama-sama. Usaha itu kena sungguh-sungguh. Ia bukan esok lusa boleh dapat anak. Makan masa, ada cepat dan ada yang makan tahun,” katanya berkongsi.

Menurut Adam lagi, ditambah dengan kemajuan dalam dunia perubatan kini, bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk mendapatkan zuriat dengan mengikut syariat.

“Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih. Macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat. Jika dah usaha semuanya dan gagal, cuba lagi gagal juga, berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi.

“Minta pertunjuk, adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah pertunjuk.

“Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?.

“Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang dah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40 tahun. Sekarang Fateh dah 5 tahun. Alhamdullilah,” tulisnya.

Terdahulu, Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun menanti.

 

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM